Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN SELANGOR

46050 PETALING JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN

KATEGORI : PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2
NAMA MURID :
NO. K/P :
TAJUK : SI PEMOTONG KAYU YANG JUJUR

Terima kasih tuan pengerusi majlis.
Asslammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan panel
hakim yang arif lagi bijak bijaksana, guru-guru yang dihormati, para ibu bapa dan
rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Pada pagi yang cukup indah ini, saya _____________________________
dari SK (2) Jalan Selangor ingin sekali berkongsi sebuah cerita teladan yang bertajuk
SI PEMOTONG KAYU YANG JUJUR.
Kawan-kawan tahu tak siapa Si Pemotong Kayu? Apa yang berlaku kepada Si
Pemotong Kayu? Begini ceritanya kawan-kawan...
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu
yang tua dan miskin. Kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang
pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah
peneman hidup Si Pemotong Kayu saban hari. Ini kerana mereka tidak dikurniakan
anak walaupun telah bertahun mereka kahwin dan sudah bermacam cara mereka
usahakan.
Pohon di rimba menjadi saksi,
Hidup aku bersama isteri,
Kapak besi teman sejati,
Kawan, teman dan sumber rezeki.

Hendak dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, seperti biasa pergilah si
tua tersebut jauh ke dalam hutan untuk menebang pokok untuk dijadikan kayu api.
Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana
sakit. Berbekalkan kudratnya, si tua tersebut berjalanlah seorang diri mencari kayu
api untuk dijual di pekan. Hasrat dihati si tua, hasil jualan tersebut mahu digunakan
untuk membeli makanan dan ubat untuk isteri kesayangannya.
Maka si tua berseorangan pergi ke hutan pada awal-awal pagi sebelum
sempat terbit mentari. Perjalanan yang jauh itu sudah tentu meletihkan si tua.
Ditambah lagi seharian si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah
uzur seuzur usianya. Namun begitu, sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti
menebang pokok. Si tua terus menggagahkan dirinya agar isteri kesayangan dapat
diubati.
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu kapak kesayangannyaterlepas
dari tangandan terjatuh kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana
kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari, takut disambar
arus. Maka, merataplah ia mengenangkan nasib yang malang.
Kudrat ini semakin lelah,
Kayu berdegil kapak ku lemah,
Rajuk ia ke perut muara,
Derita hati tidak terhingga.
Tanpa pengetahuan si tua, kejadian tersebut telah disaksikan oleh si pari-pari
yang sangat cantik rupa parasnya dari langit. Si pari-pari bersimpati melihat
kegundahan si tua tersebut. Lalu turunlah si pari-pari bertanya.
"Wahai orang tua... kenapa kamu bersedih hati? Cuba nyatakan padaku apa yang
telah terjadi supaya aku dapat membantumu,"
Dengan perasaan takut dan terkejut, maka, si tua menggosok-gosokkan
matanya dengan perasaan tidak percaya. Si tua mengamati susuk lembaga di
hadapannya itu. Maka tahulah dia bahawa benarlah si pari-pari telah turun ke bumi
menyapanya. Lalu diceritakan peristiwa yang telah berlaku.
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"
Lalu dengan serta merta si pari-pari terjun ke dalam sungai. Selang beberapa
minit kemudian, timbullah kembali si pari-pari sambil membawa kapak emas lalu
dihulur kepada situa. Dengan sedih situa menjawab;
"Bukan..ini bukan kepunyaan hamba.Hamba tidak mampu memiliki kapak emas ini"
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan juga kapak
miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga
si tua itu menerimanya. Sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang
telah uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hati si tua kerana itulah
kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai
balasan kejujurannya tadi, si pari-pari telah menghadiahkan sebilah kapak emas,
kapak perak dan juga kapak gangsa telah dihadiahkan kepada si tua tersebut.
Datang pari untuk menguji
Rasa jiwa dan ikhlas hati,
Namun tekal amanahkan diri,
Emas, perak dan gangsa pengganti besi.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sebaik sahaja sampai di rumah si
tua tersebutmenceritakan kepada isterinya peristiwa yang telah berlaku kepadanya.
Si isteri turut gembira dan bersyukur dengan sikap jujur suaminya. Si isteri juga
berharap pemberian kapak emas, perak dan gangsa daripada si pari-pari dapat
mengubah kehidupan mereka menjadi kehidupan yang lebih baik.Keesokan harinya
isteri si tua itupun sihat.
Begitulah kisah Si Pemotong Kayu Yang Jujur. Maka dengan itu kawan-
kawan, kita perlulah jujur semasa berkata-kata. Kita tidak boleh bercakap bohong
kerana sikap suka bercakap bohong akan merugikan diri sendiri dan dibenci oleh
orang lain.Sekiranya kita jujur, kita akan mudah dipercayai oleh masyarakat dan
mendatangkan banyak kebaikan terhadap diri kita dan orang lain.
Disediakan oleh : Cik Nurul Haidah

Anda mungkin juga menyukai