Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN : KATEGORI JARINGAN DAN DINDING

Memperoleh dan Mengembangkan Kemahiran


Menggalakkan murid untuk : i. Melakukan kemahiran membaling bola. ii. Melakukan kemahiran menangkap bola. iii. Kemahiran semangat bekerjasama. iv. Kemahiran menggunakan koordinasi tangan dan mata .

Penilaian dan Peningkatan Pencapaian


Menggalakkan murid untuk : i. Meningkatkan kemahiran balingan. ii. Meningkatkan kemahiran tangkapan. iii. Meningkatkan tahap tumpuan murid terhadap sesuatu permainan. iv. v. Semangat kerjasama sesama ahli kumpulan. Mengetahui cara balingan yang sesuai untuk membaling bola melepasi jaring.

Adaptasi dan Variasi Mudah


Gunakan kawasan yang kecil. Menggunakan bola yang bersaiz sederhana agar mudah dibaling. Kawasan balingan dalam jarak yang dekat.

Pemahaman dan Pengetahuan Kecergasan Sukar


Menggalakkan pelajar untuk : i. ii. iii. iv. v. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Mengenal dan mempamerkan aktiviti yang dapat meningkatkan kadar nadi. Meningkatkan keupayaan motor halus dan motor kasar. Meningkatkan kemahiran membaling dan menangkap bola. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sukan kepada tubuh badan.

Saiz kawasan permainan yang lebih panjang. Gunakan bola yang bersaiz kecil. Kawasan balingan dan dalam jarak lebih jauh.

Memilih dan Mengaplikasikan Kemahiran & Taktik


Menggalakkan pelajar untuk : i. Menggunakan strategi yang sesuai untuk mengalahkan pasukan lawan. ii. Berfikir dan bergerak secara aktif untuk meningkatkan peratusan kemenangan. iii. Mengetahui cara terbaik dalam teknik membaling dan menangkap bola agar permainan menjadi lebih mencabar.

PERMAINAN : KATEGORI JARINGAN DAN DINDING

GAMBAR RAJAH : KAWASAN PERMAINAN DINDING

CARA BERMAIN :
PERATURAN : 1. Dimainkan oleh 12 orang pemain 2. Dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B : 6 orang setiap kumpulan. 3. 6 biji bola disediakan. 4. Setiap pemain dibenarkan membaling 3 biji bola 5. Pembaling hendaklah membaling bola ke arah dinding melepasi jaring dan melantun semula ke arah penangkap. 6. Pembaling tidak dibenarkan melepasi garisan biru ketika hendak membaling bola. 7. Penangkap bola haruslah menangkap bola untuk mendapatkan mata. 8. Penangkap bola hendaklah memastikan bola tidak jejak ke lantai sebelum menangkap bola. 9. Sekiranya pembaling gagal membaling bola melepasi jaring mata akan diberikan kepada penangkap. 10. Satu permainan ada 3 pusingan PENANGKAP 1. 6 pemain satu kumpulan. 2. 2 pemain mula dahulu setiap kumpulan. 3. Manakala 4 lagi menunggu di tepi kawasan permainan. 4. Penangkap bebas berada di dalam kawasan antara garisan biru hingga ke garisan yang ditandakan kon sahaja. 5. Pastikan penangkap dapat menangkap bola sebelum bola jejak ke lantai. 6. Kumpulan penangkap akan mendapat markah jika dapat menangkap bola sebelum jejak ke lantai. PEMBALING 1. 6 pemain satu kumpulan. 2. 2 pemain mula dahulu setiap kumpulan 3. Manakala 4 lagi menunggu di tepi kawasan permainan. 4. Diberi 3 biji bola seorang. 5. Pastikan bola melepasi jaring selepas melantun ke arah penangkap 6. Tidak dibenarkan melepasi garisan biru ketika membaling bola. 7. Kumpulan pembaling akan mendapat markah jika penangkap tidak dapat menangkap bola.

PETUNJUK :
: PASUKAN A : PENGADIL

11. Membuat undian sebelum permainan bermula.

PEMARKAHAN : PASUKAN B : JARING 1. 1 mata akan diberi kepada pembaling jika penangkap tidak dapat menangkap bola atau bola jejak ke lantai. : BOLA : KAWASAN PERMAINAN : KON : ARAH BALINGAN : GELUNG ROTAN 2. 1 mata pula akan diberikan kepada penangkap jika bola yang dibaling oleh si pembaling tidak melepasi jaring atau bola dapat ditangkap oleh penangkap. 3. Permainan akan tamat apabila tiga pusingan berakhir dan markah dikira.

PERALATAN : Bola, jaring, kon dan gelung rotan.

Anda mungkin juga menyukai