Anda di halaman 1dari 1

Bismillah. Ilmu kewangan. Untuk kita (sebahagian daripada kita) yang mempunyai masalah ataupun hutang dan kedua-duanya.

Amalkan doa ini. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari rasa susah dan sedih, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari rasa lemah dan malas, dan sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari sifat pengecut dan kedekut, dan sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari dibebani dengan hutang dan dikuasai oleh orang lain terhadap diriku. Amin. Kepada yang mengamalkan doa ini nescaya Allah akan membebaskan kita dari belenggu itu. Berdasarkan hadis Apabila Nabi bertemu dengan Abu Umamah yang berada di dalam Masjid dalam keadaan tertekan kerana dililit masalah dan hutang. Mahukah, aku ajar kamu satu doa apabila kamu mengamalkannya ianya membuatkan masalah kamu itu hilang (dibayar oleh Tuhan). Lebih kurang macam itu maklumat yang saya pelajari, berkenaan dengan kata-kata Nabi kepada Abu Umamah. Wallahu A'lam. Saya secara peribadi menyokong, kerana melihat dan merasai sendiri kesannya. Allahu Akbar.

Anda mungkin juga menyukai