Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN KEJOHANAN LARIAN MERENTAS DESA & KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPGKTAA 2014

ANJURAN PISMP SEMESTER 5 BERSAMA UNIT KOKURIKULUM IPGKTAA


Tarikh : 25 Februari 2014 (Merentas Desa) : 11,12 Dan 13 Mac 2014 (Kejohanan Olahraga
Tahunan)

Masa Tempat

: 4.30 7.00 Petang : Astaka Khalid Al-Walid

PENGENALAN

Kejohanan Merentas Desa dan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis merupakan kejohanan tahunan dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Kejohanan larian merentas desa diadakan selama sehari dan kejohanan Olahraga Tahunan telah diadakan di Astaka Khalid al-Walid selama tiga hari berturut-turut. Walaupun terdapat beberapa kekangan sebelum Kejohanan Olahraga ini berjaya dianjurkan, namun segala kesulitan telah dapat diatasi sehingga Kejohanan Olahraga ini berjaya dijalankan dengan lancar. Antaranya adalah kekangan daripada segi sumbangan yang tidak dapat diusahakan pada mulanya. Setelah mengambil beberapa inisiatif oleh beberapa pihak masalah tersebut ditangani. Unit PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2012 dengan sokongan Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis adalah penganjur bagi Kejohanan Merentas Desa dan Olahraga Tahunan pada kali ini. Kejohanan Olahraga ini bertujuan bagi mendedahkan asas-asas teori dan teknik yang perlu ada pada seorang bakal guru yang akan melibatkan diri dalam kejohanan-kejohanan yang akan diadakan di peringkat sekolah rendah, menengah sehingga ke peringkat zon, daerah dan negeri serta mencungkil bakat kesukanan dalam kalangan guru pelatih. Penganjuran Kejohanan Olahraga ini adalah untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Pada masa yang sama, guru pelatih keluaran IPGKTAA diharapkan dapat menjadi pendidik yang cemerlang bukan sahaja dalam arena akademik bahkan dalam bidang kokurikulum juga.

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA IPGKTAA 2014

Pada 25 Februari 2014, satu Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan dan Merentas Desa Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) telah diadakan bertempat di Astaka Khalid Al-Walid IPGKTAA. Kejohanan ini dianjurkan oleh guru pelatih PISMP Semester 5 dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPGKTAA. Peserta bagi acara merentas desa ini terdiri daripada guru pelatih PPISMP semester 2 seramai 49 orang, PISMP semester 3 seramai 118, 1 seramai 100 orang dan PISMP semester 2 (GSTT Ambilan Khas) seramai 74 orang peserta. Secara keseluruhannya, guru pelatih yang menyertai Kejohanan Larian Merentas Desa IPGKTAA seramai 341 orang peserta. Guru-guru pelatih mula berkumpul di astaka seawal jam 4.30 petang bagi guru pelatih bukan islam, manakala pukul 5.00 petang bagi guru pelatih beragama islam kerana menunaikan solat zuhur terlebih dahulu. Mereka berpakaian sukan dengan memakai baju rumah sukan masing-masing iaitu merah, hijau, biru dan kuning. Kaunter pendaftaran dibuka pada jam 4.30 petang

bagi mengambil kehadiran guru pelatih dan kaunter ditutup tepat jam 5.15 petang. Pada jam 5.20 petang, En. Rasdi Bin Saamah selaku setiausaha akademik IPGKTAA, merangkap perasmi

Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014 tiba di astaka Khalid al-walid diiringi Tn. Hj Sharom Bin Idris dan disambut oleh beberapa orang pensyarah dan ahli jawatankuasa

kejohanan. Sebelum majlis perasmian bermula,diadakan aktiviti senam seni dalam masa yang singkat. Senam seni ini diketuai oleh saudara Mohd Izham danrakan-rakan yang lain daripada unit pemulihan. Senam seni ini dilakukan selama 10 minit. Semua warga

IPGKTAA turut serta bersama-sama melakukan senam seni ini termasuk pensyarah yang hadir. Selepas itu, En Rasdi Saamah mengambil tempat bagi merasmikan kejohanan ini dengan memecahkan ketulan ais yang mengandungi bendera di dalamnya. Seterusnya, Naib Pengerusi Olahraga berlari ke arah tower sambil memegang bendera KOT bersama empat orang ketua rumah sukan dan kemudian menyerahkannya kepada salah seorang ajk

Kejohanan yang berada di atas tower tersebut kemudian bendera tersebut dari atas. Seterusnya, En Rasdi Saamah

memotong tali bagi melepaskan belon serta bendera yang digantung tersebut. Pengibaran bendera Kejohanan Olahraga Tahunan 2014 merupakan simbolik bermulanya kejohanan ini.

Kemudian acara merentas desa berlangsung dan dilepaskan oleh En Rasdi Bin Saamah menggunakan air horn. Guru pelatih perempuan dilepaskan terlebih dahulu dan setelah 10 minit berlalu, diikuti dengan pelepasan guru pelatih lelaki. Acara ini

mempunyai dua kategori iaitu kategori terbuka lelaki dan perempuan. Pada masa yang sama, semua ahli jawatankuasa yang ditugaskan menjaga check point telah pun berada di

kawasan yang telah ditetapkan bersama-sama dengan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi memberi rawatan kepada guru pelatih yang mengalami kecederaan. Selain itu, beberapa orang penjaga trafik juga ditugaskan pada hari tersebut bagi menjaga keselamatan guru pelatih yang menggunakan jalan raya sebagai trek larian merentas desa. Setelah beberapa minit berlalu, guru pelatih perempuan yang sampai terlebih dahulu. Pemenang larian pertama terawal sampai ke garisan penamat bagi kategori terbuka perempuan dimenangi oleh Khor Chu Wun daripada rumah merah yang mencatat masa 31 minit 7 saat. Manakala, peserta tempat pertama lelaki Kejohanan Merentas Desa ialah Hariharan A/L Yelomalai daripada rumah kuning yang mencatat 33 minit 52 saat.

Mata bagi acara merentas desa ini tidak akan dibawa ke kejohanan olahraga. Jumlah mata setiap rumah sukan ialah, rumah kuning 228, rumah merah 224, rumah biru 221 dan rumah hijau 159. Kedudukan paling tinggi disandang oleh rumah kuning iaitu

rumahTok Gajah. Setelah semua guru pelatih selamat sampai di garisan penamat, Ahli jawatankuasa makanan bagi setiap rumah sukan mengagihkan makanan iaitu nasi dan100 plus kepada semua guru pelatih. Kemudian, guru pelatih beratur untuk mendaftarkan diri untuk pulang.

En Chew selaku penyelaras Kejohanan Olahraga Tahunan 2014, mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga IPGKTAA kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam kejohanan merentas desa ini. Diharap semangat kesukanan dan kerjasama dapat diterapkan dalam diri setiap individu. Alhamdulillah Kejohanan Merentas Desa 2014 berlangsung dengan jayanya dan guru pelatih bergerak pulang ke asrama pada jam 7.00 petang.

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2014

Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis merupakan kejohanan olahraga tahunan dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga Tahunan telah diadakan di Astaka Khalid al-Walid selama tiga hari berturut-turut. Walaupun terdapat beberapa kekangan sebelum Kejohanan Olahraga ini berjaya dianjurkan, namun segala kesulitan telah dapat diatasi sehingga Kejohanan Olahraga ini berjaya dijalankan dengan lancar. Antaranya adalah kekangan daripada segi sumbangan yang tidak dapat diusahakan pada mulanya. Setelah mengambil beberapa inisiatif oleh beberapa pihak masalah tersebut ditangani. Unit PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2012 dengan sokongan Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis adalah penganjur bagi Kejohanan Olahraga kali ini. Kejohanan Olahraga ini bertujuan bagi mendedahkan asas-asas teori dan teknik yang perlu ada pada seorang bakal guru yang akan melibatkan diri dalam kejohanan-kejohanan yang akan diadakan di peringkat sekolah rendah, menengah sehingga ke peringkat zon, daerah dan negeri serta mencungkil bakat kesukanan dalam kalangan guru pelatih. Penganjuran Kejohanan Olahraga ini adalah untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insane yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Pada masa yang sama, guru pelatih keluaran IPGKTAA diharapkan dapat menjadi pendidik yang cemerlang bukan sahaja dalam arena akademik bahkan dalam bidang kokurikulum juga. Sepanjang proses pelaksanaan Kejohanan Olahraga Tahunan yang dijalankan ini, terdapat beberapa acara olahraga mengikut kategori yang telah dipertandingkan. Acaraacara ini telah menjadi rebutan dari empat buah rumah yang terdapat di IPG ini. Peraturan pertandingan yang digunakan adalah digubal dan didokumentasikan pada tahun ini. Peraturan tersebut tidak diberikan secara lisan sahaja. Perkara membuatkan semua acara yang dipertandinkan menjadi lebih sistematik dan melicinkan program pada ketiga-tiga hari kejohanan. Aturcara Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan pada hari pertama iaitu 11 Mac 2014 bersamaan dengan hari Selasa telah dimulakan dengan acara lompat jauh dan acara lempar cakera kategori terbuka lelaki dan wanita. Acara pada petang tersebut diteruskan dengan acara 100 meter dan 200 meter kategori lelaki dan wanita bagi PPISMP Semester 2, PISMP Semester 1 dan PISMP Semester 2. Kira-kira jam 5.30 petang Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kejohanan Merentas Desa kategori lelaki dan wanita. Penyampaian Hadiah diberikan oleh. Acara padang tersebut diakhiri dengan acara tarik tali yang selalunya dinantinantikan oleh semua warga IPGKTAA. Majlis pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan

kedatangan van Milo yang memberikan sumbangan sebanyak 1000 cawan daripada Nestle Sdn. Bhd Kuantan, Pahang. Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan disambung semula pada hari keesokannya iaitu 12 Mac 2014 bersamaan dengan hari Rabu dimana acara bermula tepat pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah acara lontar peluru bagi kategori terbuka lelaki dan wanita, acara merejam lembing kategori terbuka lelaki dan wanita. Di antara masa ini, Majlis Penyampaian Hadiah diadakan untuk acara lompat jauh terbuka, acara lempar cakera, 100 meter PPISMP Semester 2, PISMP Semester 1 dan 2. Acara diteruskan dengan pertandingan 100 meter dan 200 meter bagi kategori lelaki dan wanita PISMP Semester 3 dan PISMP Semester 5. Selain daripada acara yang disebutkan di atas, acara lompat tinggi juga dipertandingkan pada hari tersebut bagi kategori terbuka lelaki dan wanita. Majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar kerana ahli jawatankuasa sudah pun mempelajari apa yang perlu dibaiki daripada hari pertama. Kejohanan pada hari Rabu ini diakhiri lagi dengan acara tarik tali bagi kategori terbuka lelaki dan wanita. Pelajar bersurai selepas menandatangani kehadiran pada waktu balik. Keesokan harinya adalah hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan 2014 yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Pada hari Khamis yang bersamaan dengan 13 Mac 2014 merupakan hari yang akan dikenangi oleh semua warga IPGKTAA sampai bila-bila. Ini kerana pihak penganjur mendapat kepujian daripada semua pihak bagi penganjuran yang sangat teratur dan sistematik. Pada hari tersebut majlis dimulakan pada pukul 7.45 pagi. Semua guru pelatih berkumpul untuk mendaftarkan diri. Acara dimulakan dengan acara 5000 meter Jalan Kaki kategori terbuka lelaki dan kemudian disusuli dengan acara 3000 meter Jalan Kaki kategori terbuka wanita. Acara Jalan Kaki ini merupakan kali pertama dianjurkan di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Acara ini mendapat perhatian dan sokongan daripada semua pelajar yang hadir pada hari tersebut. Peserta yang menyertai acara ini mendapat sambutan dan sokongan yang padu dan mereka juga dapat mengakhiri pertandingan tersebut dengan tenang kerana cuaca pada pagi tersebut adalah indah dan aman. Acara diteruskan lagi dengan 5000 meter kategori terbuka lelaki dan 3000 meter terbuka wanita, acara 110 meter lari berpagar kategori terbuka lelaki dan 100 meter lari berpagar kategori terbuka wanita. Masa rehat diberikan kepada pelajar dari pukul 11 pagi sehingga 2 petang. Pelajar juga disediakan dengan makanan tengah hari dan mereka sangat berpuas hati. Acara pada petang tersebut disambung semula bermula pukul 2.00 petang. Acara yang dipertandingkan adalah acara 100 meter kategori terbuka lelaki dan wanita, acara 200 meter kategori terbuka lelaki dan wanita, acara 400 meter kategori lelaki

dan wanita, acara 800 meter kategori terbuka lelaki dan wanita, acara 4x100 meter kategori lelaki dan wanita, acara 1500 meter kategori lelaki dan wanita dan acara 4x400 meter kategori lelaki dan wanita. Bagi acara-acara yang disebutkan di atas dipertandingkan di antara guru-guru pelatih IPGKTAA. Seterusnya, pihak penganjur juga menggalakkan atau memberi peluang kepada staf dan pensyarah-pensyarah untuk turut turun padang bagi acara 4x100 meter kategori lelaki dan wanita. Pensyarah-pensyarah lelaki dan staf menyertai dengan semangat yang kuat manakala pensyarah dan staf wanita memenagi acara tersebut tanpa bertanding. Jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan 2014 juga telah menjemput beberapa sekolah di Daerah Kuala Lipis untuk turut menyertai dan memeriahkan lagi majlis kami. Antara sekolah yang dapat mengadirkan diri adalah SMK Setiwangsa dan SMK Seri Lipis untuk mengambil bahagian dalam acara 4x100m kategori terbuka lelaki dan wanita. Acara tarik tali adalah antara acara yang memeriahkan majlis pada hari itu. Pasukan rumah Tok Lela, Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah menyertai acara tarik tali. Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014 telah diadakan pada malam tersebut dimana kita merupakan satu-satunya IPG yang mengadakan Majlis Penutup pada waktu malam. Aturcara Majlis Penutupan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Mustapa bin Long, tetamu kehormat yang dijemput hadir. Majlis dimulakan dengan perbarisan masuk kontigen-kontigen yang mengambil bahagian iaitu terdiri daripada Maskot Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014, Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Pasukan Rumah Mat Kilau, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Lela, Pasukan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan Pengakap. Nyanyian lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja semua kontigen mengambil tempat masing-masing dan diikuti bacaan doa yang telah dibacakan Muhammad Imanuddin bin Basir bagi memberkati lagi Majlis Penutupan pada malam tersebut. Selepas itu, tayangan video dilayari pada skrin putih yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Tayangan video tersebut meliputi acara dari mula Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014 termasuk acara sukantara, latihan rumah sukan, acara merentas desa dan acara yang dipertandingkan pada tiga hari berturut-turut iaitu 11, 12 dan 13 Mac 2014. Setelah video ditayangkan, Majlis Penutupan pada malam tersebut didahului dengan ucapan Dato Haji Jaafar bin Idris, Dato Pengarah IPGKTAA ataupun dikenal sebagai Penaung kepada Kejohanan Olahraga Tahunan ini. Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014 telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Mustapa bin Long yang merupakan ADUN Padang Tengku.

Persembahan Flash Mob dan persembahan daripada pelajar pra sekolah dan pihak penganjur telah memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang, olahragawan dan olahragawati. Simbolik penutupan diteruskan lagi dengan larian obor dan penurunan bendera yang dibawa oleh Muhamad Al-Hafiz bin Rozali selaku Pengerusi Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014 dan Nik Mohamad Anuar bin Nik Marzuki selaku Naib Pengerusi 1. Obor itu dipadam oleh Yang Berhormat Dato Mustapa bin Long sebagai penutupan perasmian majlis tersebut. Setelah selesai acara perasmian penutupan tersebut, para tetamu dimeriahkan lagi dengan pertunjukan bunga api yang disediakan oleh pihak penganjur. Keadaan menjadi lebih meriah dan para tetamu menjadi seronok untuk melihat majlis tersebut dilaksanakan dengan jayanya. Maskot Rumah Sukan

Rumah Sukan

Perbarisan kontijen

Pada keseluruhannya pengelolaan Kejohanan Olahraga Tahunan 2014 adalah baik dan mencapai objektif walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul khususnya semasa dan sebelum temasya berlangsung. Kejayaan ini diukur berdasarkan factor-faktor seperti semua guru pelatih PISMP Semester 5 telah mejalankan tugas mereka sebagaimana yang ditetapkan dengan berkesan. Pelajar-pelajar juga telah memberikan kerjasam dari mula hingga akhir Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014. Kali ini tiada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan berat, bantahan, pertikaian keputusan hakim dan pergaduhan dan lain-lain lagi. Peserta dari sekolah jemputan yang hadir telah berpuas hati dengan pengelolaan dan mereka juga berjaya membawa pulang pingat yang dimenangi dan mendapat tempat pertama bagi kedua- dua acara yang ditandingi. Makanan dan minuman juga telah disediakan dengan secukupnya bagi guru pelatih tepat pada waktu yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTAA 2014 telah berjaya diadakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa kekangan pada awal hingga akhir sepanjang kejohanan olahraga ini berlangsung namun, para pelajar atau guru pelatih dilihat telah berjaya mewujudkan semangat kesukanan antara satu sama lain. Mereka juga berpeluang untuk merasai sendiri trek larian bagi acara-acara dalam olahraga yang dilangsungkan ketika latihan rumah sukan. Hal ini akan memberi kesan kepada pelajar selepas keluar untuk menganjurkan sukan di sekolah masing-masing. Pelajar juga dapat menonjolkan bakat dan kebolehan dalam lapangan olahraga. Semoga Kejohanan Olahraga yang akan dating lebih meriah dan baik lagi.

Van Milo yang memberikan sumbangan.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN Acara Lompat Jauh Terbuka

Acara 5000m Jalan Kaki Kategori Terbuka (Lelaki)

Acara 3000m Jalan Kaki Kategori Terbuka (Wanita)

Acara Lontar Peluru

Acara 5000m Kategori Terbuka (Lelaki)

Acara 100m Pagar Kategori Terbuka

Anda mungkin juga menyukai