Anda di halaman 1dari 14

Sejambak kasih seharum kasturi buat TuanPengerusi majlis, barisan jemaah hakim yang intelek lagi berkarisma, penjaga

masa yang setia dengan detik waktunya, pucuk pimpinan serta siding dewan sekalian. Salam sejahtera dan salam perpaduan salam 1 Malaysia. demikianlah wahana perdana yang bakal saya ulas pada hari ini. Pendidikan wadah perpaduan bangsa Sejak dahulu kala bangsa kita terus diperkosa, oleh penjajah yang tamak haloba. Kita dilagakan hingga terjadi pergaduhan. Kita dipisah sehingga terjadi pertumpahan darah. Perpaduan yang kita impikan, semuanya menjadi tak keruan. Penyatuan kaum yang kita rancang, semuanya terus hilang. Disebabkan inilah, saya bangkit melangkah dan berdiri di hadapan anda sebagai pahlawan yang gagah. Bukan niat saya bediri di sini untuk menyanyi atau menari, bukan niat saya untuk mereka jenaka yang tak seberapa dan bukan juga niat saya berdiri di sini untuk berkempen demi pilihan raya. Mari kita berdendang, wadah perpaduan kita perdengarkan, mengikut gerak lagu mesra dialunkan, tanda permuafakatan membawa penyatuan. Gelanggang bicara saya buka, Pendidikan Wadah Perpaduan Negara. Salam aspisriasi seharum kasturi, salam sejahtera sejambak kenanga buat tuan penerahu acara. Barisan respektatif intelektual berkarisma, penjaga masa yang sentiasa setia serta sidang hadirin pencetus minda. Ada kapal,ada kelasi, Masa terluang menangkap ikan, 1 Malaysia Menjana Transformasi. Perpaduan kaum diutamakan. memperkasa bahasa mendaulatkan bangsa Orang tua-tua sering mengungkapkan, Bahasa Jiwa bangsa, Hilang bahasa, lenyaplah bangsa, Bahasa Teras Budaya, dan Budaya Cerminan Bangsa. Begitulah suatu penyataan yang cukup sentimental tentang nilai dan harga diri sesuatu bahasa.. Negara yang merdeka dan berdaulat lazimnya memerlukan bahasa, lagu, negara atau bendera sebagai lambang kemerdekaan dan kedaulatannya. Penerimaan dan pengiktirafan lambang kebangsaan berkenaan oleh rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara berkenaan amat penting dari segi pembentukan negara bangsa. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, sesebuah negara memerlukan bahasa Kebangsaan sebagai alat dan pemangkin untuk membentuk jati diri dan

keperibadian sebagai negara bangsa. Sesungguhnya bahasa kebangsaan bertindak sebagai alat pemersatu selain menimbulkan kesedaran tentang identiti di peringkat kebangsaan. Alexis de Tocqueville menyatakan bahawa ikatan bahasa mungkin merupakan ikatan yang paling teguh dan paling tahan lama yang dapat menyatukan manusia. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama menyatakan bahawa adalah wajar bagi sesebuah negara membangun berhasrat mempunyai bahasa sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian apa yang boleh saya ungkapkan, sebagai negara yang tidak mempunyai jiwa dan roh. Tanpa jiwa dan roh, tentulah sesuatu bangsa dan negara itu akan lesu dan seterusnya mati kerana pasti akan berhadapan dengan masalah untuk menyatukan penduduknya. Bukan sebarang bahasa yang dapat diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Nida E.A menghuraikan tiga ciri yang perlu dimiliki oleh setiap bahasa kebangsaan. Yang pertama, perlunya bahasa itu berkecuali dari segi politik. Yang kedua, bahasa itu hendaklah mempunyai perkaitan dengan pelbagai bahasa di rantau itu dan yang ketiga, terdapat bilangan penutur yang ketara supaya mereka dapat menjadi penutur contoh kepada orang lain untuk mempelajarinya. Sebaliknya dengan adanya bahasa kebangsaan sebagai lingua franca, rakyat pelbagai etnik dapat disatukan, penduduk pelbagai daerah dapat diikat serta kota dan desa dapat dijambatani. Singkatnya bahasa kebangsaan dapat menyerap mesra ke dalam seluruh pelosok kehidupan masyarakat berbanding dengan dialek etnik atau bahasa asing. Di sana padi di sini padi, Baru bernama sawah dan bendang; Di sini budi di sana budi, Baru sempurna menjadi orang. bersatu dalam kepelbagaian budaya Negara kita yang dihuni oleh pelbagai bangsa yang berlainan agama, adat resam dan budaya, usaha untuk melaksana pembangunan bukanlah satu tugas yang mudah. Jadi satu pendekatan khas perlu dikenal pasti. Pada masa yang sama pendekatan tersebut perlulah bersifat berkecuali dan tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana kumpulan kaum yang terdapat di negara terbabit. Apa yang jelas, usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat dengan unsur kesatuan dan perpaduan. Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka bergabung di atas dasar saling percaya mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain. NEGARA kita yang dihuni oleh pelbagai bangsa yang berlainan agama, adat resam dan budaya, usaha untuk melaksana pembangunan bukanlah satu tugas yang mudah. Jadi satu pendekatan khas perlu dikenal pasti. Pada masa yang sama pendekatan tersebut perlulah bersifat berkecuali dan tidak dilihat sebagai menyebelahi mana-mana kumpulan kaum yang terdapat di negara terbabit. Apa yang jelas, usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat dengan unsur kesatuan dan perpaduan. Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka bergabung di atas dasar saling percaya mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain.

Di dalam sejarah awal tamadun Islam, unsur kesatuan adalah asas kekuatan kepada sebuah negara yang didiami oleh masyarakat majmuk. Unsur kesatuan ini dititikberatkan oleh pemerintah kerajaan Islam pada masa silam dapat diperhatikan melalui fasal-fasal yang terdapat di dalam Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah. Madinah pada peringkat awal ketibaan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah penempatan yang dihuni oleh masyarakat beragama Islam dan bukan beragama Islam (terutamanya suku-suku Yahudi). Jadi sebagai langkah awal untuk mentadbir sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, Nabi SAW telah mewujudkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah Sahifah al-Madinah yang didraf oleh Rasulullah SAW selaku pengasas dan ketua kerajaan Islami Madinah pada waktu itu mengandungi 47 fasal. Apa yang menarik sekali ialah baginda SAW meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang sama yakni Sahifah al-Madinah itu oleh semua penduduk sebagai dua fasal awal kandungan piagam tersebut. Berikut adalah Fasal 1 dan Fasal 2 yang dimaksudkan: Fasal 1 : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang: Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang yang beriman dan orang yang memeluk agama Islam daripada Quraish dengan penduduk Yathrib dan orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka. Fasal 2 : Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia lain. Apa yang terkandung di dalam dua fasal awal piagam ini dapat diterjemahkan sebagai satu penekanan oleh Nabi SAW terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati satu kehidupan yang harmoni dan bermutu di dalam sesebuah negara. Selain itu bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan kaum, Sahifah al-Madinah turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang sama rata kepada setiap penduduk Madinah termasuklah kaum Yahudi selama mana mereka mematuhi isi kandungan piagam. Ini dapat dilihat di dalam Fasal ke-15 dan Fasal ke-16. Manakala di dalam Fasal 47 pula, mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan kesalahan tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam itu. Apa yang lebih menarik, walaupun penduduk Madinah ini merupakan satu ummah atau satu bangsa, namun di dalam Fasal ke-25 mereka diberi kebebasan untuk mengamalkan anutan masing-masing. Ini merupakan satu bentuk penghormatan yang diberikan oleh agama Islam kepada penganut agama lain untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang gangguan atau sekatan daripada pihak pemerintah Muslim. Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada jaminan pelbagai hak yang diberikan oleh pemerintah, para penduduk dikehendaki bertanggungjawab untuk sama-sama

berganding bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran bidangbidang kewangan, ekonomi dan kemasyarakatan. Pernyataan ini disebut di dalam Fasal ke-37 seperti berikut: Bahawa orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan. Ini menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang kehidupan. Dalam perkembangan terkini di negara kita, pengenalan pendekatan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dilihat sebagai tidak bercanggah dengan semangat kesatuan yang menjadi unsur utama kandungan sahifah yang dibangunkan pada tahun pertama penghijrahan baginda SAW ke kota Madinah. Selain itu, pendekatan ini turut memperlihatkan unsur-unsur keadilan dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak menerusi satu jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat di mana di bawah Satu Malaysia tiada ahli masyarakat akan berasa terpinggir kerana semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, sosioekonomi dan budaya dijanjikan satu pembelaan yang sewajarnya oleh pentadbiran Malaysia. Tidak nampak kewarasan untuk kita menolak pendekatan ini. Ia adalah satu dasar yang amat baik dan patut diberi sokongan padu oleh kita semua bagi memastikan segala matlamat akhir yang disasarkannya iaitu menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat dapat dijelmakan. Cuma apa yang perlu kita fikirkan bersama ialah apakah alat-alat yang sesuai yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk kita bersatu. Cukupkah dengan janji-janji pemerintah bahawa tiada ahli masyarakat yang akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara dapat menjadikan rakyat Malaysia ini bersatu? Apakah bentuk-bentuk pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi merapatkan hubungan 27 juta penduduk Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat resam ini? Pergi ke kedai beli buah longan, Beli bersama seekor ikan, 1 Malaysia jadi pegangan, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan.

rukun negara menyatupadukan bangsa Rajin sungguh anak dara, Tangan berkerja sungguh tangkas, Rahsia menjadi pemajmukkan negara, Rukun Negara menjadi teras. Kita perlu ingat bahawa negara kita memiliki Rukun Negara - ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukun Negara diwujudkan pada 1970 dengan tujuan untuk mencapai persetujuan paling minimum terhadap aspirasi nasional di kalangan rakyat negara ini daripada pelbagai kaum, keturunan dan kebudayaan. Selain meningkatkan perpaduan rakyat, mengekalkan sistem demokrasi sebagai cara hidup, mewujudkan masyarakat yang adil, pendekatan liberal terhadap budaya, di samping membangunkan masyarakat progresif berorientasikan sains dan teknologi; Rukun Negara juga menjadi panduan sosial dalam bentuk prinsip berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan

mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya

untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik

dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-Undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.

Oleh

itu

kedaulatannya

perlu

diterima

dan

dipertahankan.

Tanpa

undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan

merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh

Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Prinsip-prinsip inilah yang selama ini berjaya menyatukan rakyat dan menjadi prinsip kenegaraan kita, perlu disemaikan kepada generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang. Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah panduan kepada kita dalam membangunkan negara dan perlu dihormati

semua. Ia adalah wawasan yang perlu dikongsi bersama untuk perpaduan nasional. Justeru, kita seharusnya bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Lihatlah negara lain betapa sengsaranya mereka di negara sendiri terpaksa hidup dalam kelaparan , ketakutan , kesengsaraan dan kehinaan. Mengapa perkara sebegini berlaku - disebabkan perpaduan, kesetiaan, hormat menghormati dan sayang menyayangi sudah hilang dalam diri mereka. Janganlah kita lupa sejarah bangsa dan renteten peristiwa yang menjadikan negara kita kekal aman. Jangan bersifat seperti "marahkan nyamuk kelambu dibakar", hanya kerana sedikit tidak puas hati hingga sanggup memperjudi masa depan perpaduan negara. Jangan hanya hendak memuaskan hati sekarang maka sanggup menyebabkan kedukaan berterusan pada masa depan. Kita seharusnya tidak terikut-ikut dengan segelintir manusia yang hanya mementingkan agenda peribadi untuk jangka pendek dan kesampingkan jutaan rakyat yang sememangnya mahukan keamanan dan perpaduan di bumi bertuah ini. nilai2 murni memperkasakan perpaduan Pujangga Melayu selalu berpesan; Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi, runtuh budi runtuhlah bangsa. Dalam kita mengejar mentaliti kelas pertama, nilai-nilai murni adalah pelengkapnya ibarat isi dengan kuku, irama dengan lagu, cinta dengan rindu. Maka, demi mengubah mentaliti masyarakat 1Malaysia agar menjiwai nilai-nilai murni, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi bahasa kita jayakan, budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita pergiatkan, semuanya atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi bahasa. Maka, demi mengubah mentaliti masyarakat 1Malaysia agar menjiwai nilai-nilai murni, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, kempen budi bahasa kita jayakan, budaya integriti kita amalkan bahkan pembinaan sahsiah kita pergiatkan, semuanya atas kesedaran bahawa apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia tanpa keluhuran budi bahasa. Tatkala indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun 11.1% dan indeks keamanan global meletakkan Malaysia di tangga ke-20 paling aman daripada 158 buah negara, apakah yang memungkinkan semua ini berlaku? Pastinya nilai kesefahaman dan prinsip penerimaan menyuburkan mentaliti kelas pertama yang memacu perpaduan bangsa dan kemakmuran negara ke arah kejayaan 1Malaysia.

bersatu teguh bercerai roboh Sebelum saya melangkah lebih jauh dalam menyampaikan pidato saya pada hariini, izin di minta untuk saya mendefinisikan tajuk pidato saya yang cukup mudah difahami dan cukup hangat dibincangkan iaitu 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh'.Menurut kamus eletronik wikipedia, bersatu telah membawa rmaksud perpaduandiantara beberapa unsur yang akan becampur menjadi satu. 'Teguh' bermaksud sesuatu yang kuat dan tidak akan berganjak sekiranya menhadapi halangan.'Bercerai' pula membawa erti tidak bersama yang mana ia dipisahkan oleh satuhalangan. Manakala 'Roboh' pula membawa maksud hancur atau musnah atauruntuh. Dan secara umumnya bersatu teguh bercerai roboh membawa maksudselagi kita bersama-sama kita akan terus kekal berdiri teguh dan jika kita berpecah,akan mudah segala unsur yang tidak diingini mengangu kita. Sebelum saya melangkah lebih jauh dalam menyampaikan pidato saya pada hari ini, izin di minta untuk saya mendefinisikan tajuk pidato saya yang cukup mudah difahami dan cukup hangat dibincangkan iaitu 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh'. Menurut kamus eletronik wikipedia, bersatu telah membawa rmaksud perpaduan diantara beberapa unsur yang akan becampur menjadi satu. 'Teguh' bermaksud sesuatu yang kuat dan tidak akan berganjak sekiranya menhadapi halangan. 'Bercerai' pula membawa erti tidak bersama yang mana ia dipisahkan oleh satu halangan. Manakala 'Roboh' pula membawa maksud hancur atau musnah atau runtuh. Dan secara umumnya bersatu teguh bercerai roboh membawa maksud selagi kita bersama-sama kita akan terus kekal berdiri teguh dan jika kita berpecah, akan mudah segala unsur yang tidak diingini mengangu kita.

Hadirin Aspirasi Negara, Saya berbesar hati untuk meneruskan hujah pertama saya di bawah lembayung kata modal insan. Menurut PM ke-5, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam perbentangan teras dasar pembangunan modal insan negara, sesebuah masyarakat sangant diperlukan untuk bersama-sama menjayakannya dengan memberi tumpuan kepada bidang pendidikan untuk membentuk seorang modal insan. Dengan mengaitkannya peribahasa yang saya usulkan hari ini, saya dapat melihat usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjayakan misi perpaduan nasional, dimana ia mengutamakan pembangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif dan progresif yang lebih jauh dan lebih efektif untuk melahirkan generasi minda kelas pertama.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya sikap bersatu teguh, masyarakat dunia mampu melihat negara kita dengan perspektif yang lebih jauh dan lebih progresif dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dengan lebih efektif. Ia dilihat mampu membuka minda masyarakat global untuk lebih terbuka dan lebih memahami dari aspek politik, sosial, ekonomi dan lain-lain lagi. Hadirin Satu Malaysia, Hujah saya yang kedua di bawah kata kunci 'Perpaduan' akan mejelaskan lagi usul saya pada hari ini. Perpaduan adalah salah satu faktor penting dalam bersatu, kita dapat lihat usaha kerajaan kita pada hari ini yang mengetengahkan konsep Satu Malaysia yang mana ia dilihat teramat bertepatan dengan bersatu teguh. Dengan penerapan nilai-nilai murni yang ada diantara kaum memberikan masyarakat kita tidak mudah untuk ditindas. Ia telah bermula sekian lama dan ia dibuktikan apabila Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan antara kaum, negara kita kan lebih teguh di bawah penilaian pelbagai kaum yang dapat membetulan segala kekurangan yang timbul dalam membentuk negara yang utuh. Pada waktu itu negara kita telah setapak menuju ke arah proses kemerdekaan. Hal ini lah yang dimaksudkan bersatu teguh bercerai roboh yang mana negara penjajah mula bimbang dengan perpaduan yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu untuk menuntut kemerdekaan. Hadirin Penceria Negara, Saya akan meneruskan hujah terakhir saya yang datang bertandang di atas kata kunci Tamadun. Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib Al -Attas, tamadun adalah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. Kesemua ini lahir daripada masyarakat yang bersatu padu kerana Bersatu Teguh mampu mencipta persekitaran yang kondusif dan gaya hidup yang lebih sistematik. Hal ini menyababkan budaya mudah dibentuk dan melahirkan generasi yang berbudaya selaras dengan kata-kata Syed Naquib Al-Attas. Dengan bersatu padu, negara kita mampu mencipta sejarah tamadun kita sendiri. Hal ini dapat dibuktikan apabila rakyat Terengganu bersatu untuk memajukan negeri mereka dengan menggunakan motto 'Mencipta Tamadun Baru' dan kita kini dapat melihat hasilnya dengan terbinanya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang mendapat

penganugerahan stadium tercanggih dipantai timur, selain itu negeri tersebut telah mencipta sejarah membina Taman Tamadun Islam yang didalamnya terdapat Masjid Kristal dan pelbagai arca dan replika masjid terkenal di dunia. Maka masyarakat hari ini tidak boleh memandang enteng tentang bersatu sebelum kita roboh di pijak oleh masyarakat lain. Hadirin Penyeri Negara, Maka disini dapat saya konklusikan secara ringkas tentang bersatu teguh bercerai roboh. Bersatu teguh bercerai roboh merupakan langkah pertama yang diperlukan dalam memajukan negara seterusnya menapai Misi Nasional untuk melihat negara kita menjadi negara maju. Disitulah terletaknya tunjang pembangunan negara kita yang kita cintai ini. Disebabkan itulah kita perlu bersatu padu untuk mengelak negara kita berpecah belah dalam menuju Misi Nasional. Sehubungan itu, saya berharap agar masyarakat kita kini dapat mengukur keupayaan masing-masing untuk menjadi sebuah masyarakat yang bersatu dimana ia selari dengan konsep satu malaysia yang digunakan kini. Telajak perahu boleh berundur, telajak kata maaf dipinta. Saya berharap agar pidato saya hari ini dapat memberi satu aspirasi baru kepada masyarakat kita. Sekian, terima kasih. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. perpaduan pemangkin wawasan negara Perpaduan merupakan salah satu aspek penting dalam pembangunan sesebuah Negara. Oleh itu, perpaduan kaum dan integrasi nasional masih merupakan agenda utama kerajaan kerana kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil perpaduan erat antara pelbagai kaum di Negara ini. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan pengajaran dan iktibar kepada rakyat semua kaum tentang pentingnya

mengukuhkan permuafakatan dan persefahaman serta menjamin keadilan sosial agar perpaduan dapat dikekalkan dan ditingkatkan. Ekoran itu, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 yang bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang

wujud di Negara ini. Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaannya DEB telah berjaya membawa perubahaan khususnya dalam mencapai matlamatnya membasmi kemiskinan serta mewujudkan pemauafakatan dan persefahaman pelbagai kaum. Pemuafakatan dan persefahaman ini telah menjamin kestabilan politik dan keamanan sosial yang membolehkan pembangunan ekonomi berjalan dengan pesat sehingga Malaysia dianggap sebagai sebuah Negara membangun yang berjaya. Bahkan pengalaman Malaysia dianggap sangat berguna dan sering dijadikan contoh oleh Negara membangun yang lain yang menghadapi masalah hubungan etnik dan agama. Kita harus berbangga kerana kita antara satu-satunya Negara di rantau ini yang mempunyai wawasan yang boleh dipegang oleh semua rakyat di pelbagai lapisan masyarakat. Wawasan 2020 adalah ilham mantan Perdana Menteri ke empat Tun Dr. Mahathir Muhamad iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Gagasan Wawasan 2020 meletakkan perpaduan kebangsaan sebagai cabaran utama yang perlu ditangani agar Malaysia benar-benar maju mengikut acuan sendiri. Bagi merealisasikan matlamat ini Kerajaan di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah memperkenalkan Misi Nasional dengan mengariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh lima belas tahun akan datang. Projek-projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan rancak dilaksanakan di seluruh negara iaitu RMK9 ini akan memacu Misi Nasional ke arah mecapai Wawasan 2020. Selain itu, bagi mengurangkan jurang ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku antara wilayah, kerajaan telah memperkenalkan koridor pembangunan ekonomi negara. Kerajaan kini memajukan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan Johor, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE). Koridor pembangunan ekonomi negara ini adalah untuk memastikan agar semua kaum dapat sama-sama merasai pembangunan dan perkhidmatan berkualiti yang seimbang. Tidak ada kaum dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Dari segi politik, konsep perkongsian kuasa yang diamalkan sejak Parti PERIKATAN yang kemudiannya Barisan Nasional ternyata berhasil megekalkan keharmonian dan

kecemerlangan negara. Ini kerana melalui perkongsian kuasa semua kaum dilibatkan sama dalam mentadbir dan mengurus negara. Tidak ada kaum yang disisih, semua kaum diberi peluang dan ruang menyuarakan pandangan, pendapat dan komen melalui wakil-wakil mereka di Dewan Rakyat dan Negara yang dipilih melalui proses pilihanraya. Malah wakil-wakil pelbagai kaum terlibat dalam mentadbir negara melalui barisan kabinet persekutuan yang dibentuk setiap lima tahun. Hasil daripada kestabilan politik negara serta kesepaduan rakyat kita telah melangkah maju dalam melaksanakan projek-projek mega yang telah

menguntungkan bukan saja pada negara tetapi rakyat Malaysia. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertaraf dunia merupakan salah satu hub penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara iaitu pintu masuk utama di negara ini kepada dunia luar. Berdekatan dengan KLIA letaknya Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar perlumbaan Formula Satu Grand Prix Malaysia, A1 Grand Prix juga Grand Prix Motosikal Malaysia. Ia juga digunakan sebagai gelanggang pelbagai perlumbaan motor. Pembinaan litar ini mampu menarik pelancong luar negara untuk datang ke negara ini. Menara Berkembar PETRONAS setinggi 45.9 meter (88 tingkat) masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Banyak lagi projek-projek pembangunan negara telah dilaksanakan seperti Multimedia Super Corridor (MSC), Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (PUTRAJAYA), Jambatan Pulau Pinang dan yang lain-lain dibina untuk kemajuan negara. Manakala dalam bidang sukan, kejayaan atlet-atlet negara di peringkat

antarabangsa telah mengangkat martabat negara seperti Nicole Ann David ratu squash negara mempertahankan kedudukan pemain nombor satu dunia, kejayaan jaguh bina badan negara Sazali Samad juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61 tahun lalu kategori Lightweight, di Jeju,Korea Selatan, kejayaan Datuk, Azhar Mansor orang Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia dengan berlayar, kejayaan Datuk Abdul Malik Mydin merentasi Selat Inggeris, kejayaan M. Magendran dan N. Mohandas menakluki Gunung Everest pada Mei 2007 dan banyak lagi kejayaan-kejayaan rakyat Malaysia yang tidak disebutkan

telah memperlihatkan dunia bahawa Malaysia sebuah negara kecil dan membangun cemerlang dan setanding dengan negara-negara maju dalam bidang sukan. Satu lagi kejayaan Negara apabila membuka episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila pada 10 Oktober tahun lalu angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha rakyat Malaysia yang pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Russia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia). Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu dirai rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas. Semua kejayaan yang dikecapi pada masa ini adalah hasil daripada toleransi, pemuafakatan, persefahaman serta semangat cintai Negara yang kuat daripada rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tanpa adanya semua ini, kita tidak dapat bersaing dengan Negara maju yang lebih maju lagi dari segi sains dan teknologi. Jika kita bersatu padu kita akan jadi kuat dan mampu bersaing. Oleh itu, perpaduan kaum yang kita bina dan pelihara sekian lama perlu dikekalkan untuk mencapai matlamat menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Demikian yang dapat saya ulasan mengenai tajuk yang menjadi bahasan dalam pidatoini, tentunya masih banyak kekurangan dan kelemahannya, kerana terbatasnya pengetahuan dan kurangnya rujukan atau referensi yang ada hubungannya dengan tajuk pidato ini.tunjuk ajar diharapkan untuk memperbaiki lagi pengucapan ini.sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai