Anda di halaman 1dari 6

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

TAJUK 9 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS II(A)


SINOPSIS Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranya penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang disediakan atau yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikian pembelajaran oleh murid akan menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yang demikian, seorang guru sains perlu dapat menyediakan, mengubahsuaikan, mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran untuk diguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga tajuk yang berikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan and pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik. Tajuk ini akan merangkumi bahan bantu mengajar di sekolah rendah yang digunakan oleh guru sains seperti slaid dan video.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan cara menyediakan slaid dan video yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. 2. Mengulas, menilai dan membuat pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. KERANGKA TAJUK-TAJUK Model Carta Transparensi Nota Edaran

Bahan Simulasi

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan AudioVisual

Slaid Video

Rajah 9.1: Kerangka TajukTajuk 8-10

Bahan Multimedia

Perisian Kursus Bahan Internet

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

ISI KANDUNGAN 9.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pandang-Dengar Jenis bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang ditayangkan adalah berkesan kerana ia melibatkan deria penglihatan dan pendengaran. Dunia hari ini sudah biasa dengan rangsangan daripada pelbagai media dan oleh itu guru sains era ini perlu fasih dengan peralatan pandang-dengar (audio-visual) serta dapat menggunakannya untuk mencapai objektif pembelajaran serta tambah nilai kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, keberkesanan mengekalkan maklumat yang disampaikan meningkat dengan kombinasi pandang-dengar.

Rajah 9.2 Keberkesanan Mengekalkan Maklumat (United States Department of Labour, 1996) Kalau penyampaian dilaksanakan dengan bercakap sahaja dan murid mendengar sahaja, peratus mengekalkan maklumat hanya 10 sahaja. Jika pandang sahaja, peratus mengekalkan maklumat sahaja dijangka akan meningkat kepada 35. Tetapi jika digunakan kombinasi pandang dan dengar maka peratus mengekalkan maklumat akan meningkat dengan mendadak kepada 65. Maka, usaha untuk menggunakan sumber pandang-dengar adalah amat sesuai dan digalakkan di sekolah. Di antara peralatan pandang-dengar yang boleh digunakan untuk hasrat ini ialah: Slaid Video

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER 9.2 Slaid

Secara tradisi, slaid adalah merujuk kepada suatu transparensi fotografik format kecil yang dipasang secara individu untuk tayangan satu per satu. Peralatan yang digunakan untuk menayangkan slaid gambar itu ialah projektor slaid seperti dalam Rajah 9.3.

Rajah 9.3 Projektor Slaid Namun begitu, hari ini maksud slaid boleh dipanjangkan kepada penggunaan slaid PowerPoint perisian Microsoft yang digunakan bersama dengan sebuah peralatan Projektor LCD (Liquid-Crystal Display), Skrin LCD / monitor atau Smart Board / Interactive Whiteboard.

Rajah 9.4 Projektor LCD

Rajah 9.5 Perisian PowerPoint

Rajah 9.6 Monitor LCD

Rajah 9.7 Smart Board

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Kebaikan penggunaan slaid PowerPoint ialah: Slaid PowerPoint senang disediakan dan digunakan. Gambar yang cantik dan menarik boleh dimuat turun dari internet di laman web seperti Google Image (http://images.google.com/) atau Yahoo Image (http://images.search.yahoo.com/). Selain itu, gambar elektronik yang diambil oleh guru sendiri boleh digabungkan dalam slaid dengan cepat dan mudah. Slaid boleh ditambah, dibuang atau diubahsuai dengan cepat dan mudah. Animasi yang menarik boleh ditambah untuk menjadikan penyampaian lebih menarik. Kos penyediaan adalah rendah. Slaid boleh disimpan dengan mudah dalam bentuk elektronik. Video boleh digabungkan dengan slaid untuk penyampaian yang lebih menarik lagi. Layari Internet Layari internet untuk mencari gambar yang sesuai bagi mengajar satu topik sains sekolah rendah. Latihan Sediakan satu set slaid PowerPoint dengan menggunakan gambar yang telah dimuat turun. Mengumpul Maklumat Cari maklumat bagaimana menyediakan slaid PowerPoint yang berkesan. Nilai slaid PowerPoint yang anda telah sediakan. Kalau ada kekurangan, buat penambahbaikan kepada slaid anda. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 9.3 Video Video adalah gambar bergerak dengan kombinasi audio yang ditayangkan untuk tontonan. Pada hari ini, penggunaan video boleh disimpan dalam pelbagai bentuk seperti VCD (Video Compact Disc), DVD (Digital Video Disc), cakera padat (hard disc) dan Blue-Ray Disc.

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

Dokumentari pendidikan yang disediakan secara komersial, klip video yang dimuat turun dari internet, laman web yang mengandungi klip video pendidikan (digunakan secara on-line) dan program TV (contohnya Discovery Channel) boleh digunakan untuk mengayakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebaikan penggunaan video: Gambar bergerak sudah tentu jauh lebih menarik daripada gambar statik. Ia menujukkan suatu proses secara berterusan. Klip video boleh dihentikan sementara, diulang tayang, dan diedit untuk penggunaan yang lebih berkesan. Murid boleh memerhatikan proses dan fenomena secara sebenar walaupun tidak berada di tempat itu. Pemerhatian boleh dibuat secara efisien (tidak perlu tunggu untuk masa yang panjang) dan selamat (contoh: memerhati bagaimana harimau menangkap mangsanya). Unsur afektif yang terkandung dalam satu lakonan atau dokumentari mengayakan pembelajaran dan pengekalan ilmu.

Namun begitu, penggunaan video bukanlah jawapan untuk segala-galanya. Seorang guru perlu tahu bagaimana mengendalikan satu sesi penggunaan video supaya pembelajaran betul-betul berlaku. Oleh kerana budaya hiburan begitu lumrah dan berleluasa dalam kalangan murid-murid, biasanya penggunaan video tidak berkesan sebab mereka anggap tayangan video hanya untuk hiburan sahaja. Oleh kerana ini, seorang guru perlu mengendalikan sesi tayangan video dengan menstrukturkan pembelajaran yang sengaja (intentional). Garis panduan pengendalian sesi video adalah seperti berikut: i Pengenalan: Guru memperkenalkan isi kandungan video secara umum tanpa memberitahu segala yang akan ditontoni. ii Tugasan murid: Guru minta murid menjawab satu atau dua soalan yang jawapannya boleh didapati dalam adegan video itu. iii Tontonan bersama: Video ditunjukkan kepada semua murid (Pastikan audio adalah cukup kuat dan jelas supaya boleh didengar oleh semua murid. Jika perlu, susun semula kedudukan murid supaya mereka lebih dekat dengan sumber audio). iv Soal-jawab: Sesi soal-jawab dikendalikan untuk memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan yang telah diberikan sebelum menonton video. v Aktiviti susulan: Murid diminta melakukan sesuatu tugasan untuk mengukuhkan pembelajaran mereka. Contohnya, menulis nota sendiri daripada isi kandungan video, memainkan peranan menjadi penyampai isi kandungan video, melakukan tugasan lain yang menggunakan isi

SCE3112 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER kandungan video (seperti sediakan poster, peta konsep, lukisan) atau mencari maklumat tambahan kepada isi kandungan video. Layari Internet Layari internet dan senaraikan sekurang-kurangnya lima laman web pendidikan sains yang dimuatnaik video sains. Tulis satu ulasan ringkas tentang kebaikan setiap laman web pendidikan sains tersebut dan sumber lain yang boleh diperlolehi. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ Layari Internet Layari internet untuk memperolehi video yang sesuai dengan tajuk tugasan menyediakan PowerPoint yang diberikan dalam bahagian yang lalu. Pautkan video itu di dalam persembahan yang telah disediakan itu.

Rujukan: United States Department of Labour. (1996, May). Retrieved Ogos 9, 2012, from OSHA: http://www.osha.gov/doc/outreachtraining/htmlfiles/traintec.html Heinich, R., Molenda, M., Russell, J., & Smaldino, S. (1999). Instructional Media and Technologies for Learning. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Poh Swee Hiang. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai