Anda di halaman 1dari 11

kriteria pertandingan kelas cemerlang

Kriteria pertandingan kelas cemerlang 1. disiplin pelajar - Merangkumi pergerakan pelajar ketika perhimpunan, kehadiran, penampilan diri, kerjasama dan kawalan diri 2. kehadiran pelajar 3. bahan pameran dalam kelas / sudut bacaan / tampalan Merangkumi Carta Organisasi, Jadual Bertugas, Bahan-bahan sokongan, hiasan, kata perangsang 4. 5. kebersihan tingkap / lantai / meja guru / papan hitam / tong sampah 6. perabot / meja / kerusi pelajar tiada contengan / berbalut / 7. hiasan dalam kelas yang dibenarkan / sesuai Merangkumi hiasan, kemanfaatan, tutur bicara pelajar dan keselesaan belajar.

LAFAZ IKRAR MENCAPAI KELAS CEMERLANG (Bagi kelas yang mencapai markah minimum setiap minggu)

BAHAWASANYA KAMI PELAJAR TINGKATAN . DENGAN INI MENGAKUI KESILAPAN DAN KELEMAHAN KAMI DALAM MENGENDALIKAN DIRI DAN KELAS KAMI KE ARAH KECEMERLANGAN MAKA KAMI DENGAN PENUH ILTIZAM DAN PENUH YAKIN AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN KECEMERLANGAN KAMI DARI ASPEK DISIPLIN DAN SAHSIAH KENDIRI MELIBATKAN DIRI SEPENUHNYA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMASTIKAN KELAS KAMI SENTIASA BERSIH DAN CERIA BERUSAHA MEMBENTUK DIRI DAN KELAS BERMAKLUMAT PEKA DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA MENGHORMATI DAN MENGHARGAI JASA GURU-GURU KAMI BEKERJA BERSAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAMI, DAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KEJAYAAN KAMI. DENGAN RASA RENDAH DIRI KAMI BERMOHON DAN BERSERAH AGAR SEGALA USAHA KAMI MENDAPAT KEREDHAAN TUHAN JUA.

pantun pengacara majlis


Sirih pinang di dalam puan Kemas gubahan tampak berseri Selamat datang kami ucapkan Kepada hadirin ke majlis kami Molek sungguh baju melayu

Busana lama emas tekatan Bunga telur penyeri tetamu Tanda kasih semua jemputan Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi junjungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman Dari Johor ke Felda Lenga Ucapan diberi penuh bererti Kunjungan tuan tak kan kami lupa Bagai rambut bersimpul mati

Dalam majlis bermuka manis Dalam adat duduk bersifat Dalam rumah beramah tamah Dalam negeri beri memberi . Anak Haruan berlima Anak selangat bertiga Budi tuan di terima Teringat tidak terlupa Yang salah dapat diperbetulkan Yang sesat dapat dipertemukan Yang tersepit dapat dikeluarkan Yang terkurung dapat dilepaskan Yang kusut dapat diselesaikan Yang keruh dapat dijernihkan Yang bengkok dapat diluruskan Yang sumbing dapat dibaikkan Yang jauh dapat didekatkan Yang renggang dapat dirapatkan Yang hilang dapat dicarikan Yang sakit dapat diubatkan Yang lupa dapat diingatkan Sepadan janji dengan isi Sepadan kerja dengan upah Sepadan harga dengan faedah Sepadan lidah dengan titah Kalau siang Sang Suria terang Guru jadi teman bergirang Kalau malam tidak berbulan Guru jadi pemandu jalan

Berdada lapang berfikir panjang Bermuka jernih berlidah fasih Berdiri kukuh berakal teguh Berpijak ampuh berjanji patuh Kekasaran dan Kehalusan Kekotoran dan Kesucian Kegelojohan dan Peradaban Kepura-puraan dan Komitmen Kalau nak tahu tingginya pokok, tanya pada helang Kalau nak tahu dalamnya belukar, tanya pada puyuh dan denak Kalau nak tahu luasnya padang, tanya pada belalang Kalau nak tahu panjangnya pantai , tanya pada bebarau

Bagai pepohon di tengah padang, Rimbunnya tempat berteduh Kuat dahannya tempat bergantung, Besar akarnya tempat bersila Bijaknya peyambung lidah Tahunya tempat berguru Teladannya tempat meniru Berpijak tidak berkisar Bercakap tidak beralih Berani tahan diuji Teritip di tepi kota Mari kayuh sampan pengail Imam dan khatib lagikan berdosa Inikan pula Kami yang jahil Sesungguhnya: Kekayaan yang paling kaya ialah akal Kemiskinan yang paling miskin ialah bodoh sombong Keburukan yang paling buruk ialah terpesona dengan diri sendiri Semulia-mulia kemegahan ialah akhlak yang baik

Bila duduk, duduk berguru Bila tegak, tegak bertanya Bila bercakap, cakap beradat Bila diam, diam berisi Bila berjalan, mencarai kawan Bila musyawarah, mencari muafakat Bila menghukum, mencari adil Bergaul pada yang betul Berkawan pada yang sejalan Bersahabat pada yang bersifat Berguru pada yang tahu Meniru pada yang sejudu Meneladan pada yang sepadan Akhirkata: Hidup ini pengalaman, Pengalaman itu pengetahuan, Pengetahuan itu ilmu,

Ilmu itu kehidupan, Kehidupan itu amalan, Amalan itu ibadah, Ibadah itu ketakwaan. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wr. wb.

KETUA RUMAH SUKAN DAN GURU RUMAH SUKAN Tugas : - Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar). - Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar. - Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. - Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan . - Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod. - Mengurus latihan rumah sukan untuk Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga Sekolah mengikut jadual yang ditetapkan. - Guru dan pelajar wajib hadir untuk latihan rumah sukan. - Memilih dan melatih pasukan olahraga rumah untuk pertandingan antara rumah sukan. - Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. - Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir. - Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan. - Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. GURU TINGKATAN Tugas : 1. Membentuk organisasi kelas dan menjalankan tugas-tugas yang perIu dilakukan. 2. Menentukan adanya paparan jadual waktu dan jadual tugas. 3. Menentukan peralatan yang diperlukan ada dalam kelas. 4. Menentukan keselamatan dalam kelas terjamin dan melaporkan segala kerosakan. 5. Menentukan keadaan kelas bersih dan ceria sepanjang masa. 6. Menguruskan Jadual Kedatangan Pelajar dengan Iengkap dan kemas kini serta menjamin keselamatannya. 7. Mengurus kad kemajuan pelajar dengan lengkap dan kemas kini. 8. Mengurus sijil berhenti dan surat akuan pelajar. 9. Mengurus kad 001/ kad peribadi sekolah 10. Mengurus dan mengemas kini data pelajar dalam aplikasi SMM dan BMM. 11. Memberi galakan dan merangsang minat pelajar terhadap akademik. 12. Prihatin terhadap disiplin pelajar. 13. Bertanggungjawab terhadap kesihatan pelajar. . 14. Menguruskan surat menyurat dengan ibu bapa dan penjaga pelajar. 15. Menguruskan SPBT pelajar. 16. Mencadangkan pelajar-pelajar yang layak diberi biasiswa. 17. Menguruskan kutipan yuran dan derma daripada pelajar-pelajar. 18. Menyerahkan wang kutipan dengan segera ke pejabat dan mengeluarkan resit. 19. Menerima dan mendaftar pelajar baru dan melengkapkan rekod pelajar.

20. Menguruskan hal-hal peperiksaan dan ujian. 21. Menggalakkan pelajar aktif dalam kokurikulum. KETUA PANITIA Tugas : 1. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini. 2. Menyedia dan menyelaraskan rancangan pelajaran tahunan. 3. Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepada pihak jawatankuasa kurikulum. 4. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk pusat sumber sekolah. 5. mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran. 6. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik. 7. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan pelajar. 8. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia yang berkaitan dengan P / P. 9. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar. 10. Merancang program khas pelajar bermasalah 3M. 11. Mengurus dan menyemak stok 12. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum yang berkaitan. 13. Memastikan fail-fail panitia sentiasa berada dalam keadaan kemas kini.

Anda mungkin juga menyukai