Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL 1.

MASALAH DIHADAPI Pada minggu yang pertama ini, saya telah menghadapi satu masalah pengurusan masa

yang tepat dalam menjalankan langkah pembelajaran sepertimana yang saya rancangkan
dalam penulisan rancangan pengajaran harian (RPH). Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak mencukupi masa. Kekangan ini berlaku kerana pengalaman saya yang pertama dalam memasuki dunia sebagai seorang pengajar. Hal ini telah menimbulkan masalah bagi mencapai objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tertentu. 2. ANALISIS Permasalahan yang adalah kerana salah saya sendiri yang telah cuai dalam pembahagian masa ketika melakukan penerangan kepada murid. Dalam setiap pengajaran melalui penerangan, saya akan melebihi masa kerana saya ingin memastikan penyampaian yang disampaikan oleh saya dapat difahami oleh murid. Maka saya perlu mengulangi setiap penerangan saya berulang kali dan akan melakukan banyak pertanyaan kepada murid secara individu supaya mereka lebih faham. Di samping itu, gangguan masa sering berlaku ketika waktu pagi kerana tempoh masa perhimpunan pagi yang lama akan mencuri masa pengajaran saya. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Saya perlu mencari penyelesaian melalui pemerhatian terhadap pengajaran oleh guru yang lebih berpengalaman dan mengambil idea-idea yang baik dari pengalaman tersebut. Saya juga boleh membuat latihan pengajaran seorangan ketika lapang bagi melatih diri saya tidak mencuri masa aktiviti lain. Saya juga perlu mengambil inisiatif yang baru dengan menyediakan satu plan A dan plan B bagi waktu pagi yang sering berlaku kelewatan masa seperti hari yang melibatkan waktu perhimpunan pagi.

Saya akan mendapatkan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan praktikum yang lain.

4. TEMPOH MASA Kekangan ini perlu saya atasi dengan secepat yang mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 5. PENILAIAN KEJAYAAN Saya akan meminta pertolongan rakan-rakan saya untuk membuat penilaian berterusan ketika waktu pengajaran saya. Beberarapa kekurangan yang saya hadapi akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Bantuan dari guru pembimbing sebagai penilai tetap saya amat penting bagi saya berkongsi pendapat dan juga idea. 6. TINDAKAN SUSULAN Kesimpulannya, pada masa yang akan datang, saya akan memikirkan setiap aktiviti yang dijalankan pada langkah-langkah pengajaran akan bersesuaian dengan tempoh masa yang dicadangkan. Langkah ini mungkin akan membantu saya mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar-kacir.

Anda mungkin juga menyukai