Anda di halaman 1dari 14

5E

Engage Explore Explain Elaborate Evaluate


MURID DAN ALAM BELAJAR
Jeremy Anak Demin Hamdan Bin Husaing Muhamad Sufian Bin Itai

PRINSIP 5E
E1 ENGAGE - MELIBATKAN

E2

EXPLORE - MENEROKA

E3

EXPLAIN - MENERANGKAN

E4

ELABORATE - MENGHURAI

E5

EVALUATE - MENILAI

ENGAGE (MELIBATKAN)
Memberi tugasan atau topik yang merangsang murid untuk menyatakan pengetahuan awal mereka. Menjalankan aktiviti atau pertanyaan yang boleh menghubungkan pengetahuan awal murid dengan pengetahuan baru. Menimbulkan minat murid dalam setiap tugasan yang diberi. Merangsang perasaan ingin tahu murid. Mengutarakan pelbagai jenis soalan.

EXPLORE (MENEROKA)
Menggalakkan murid meneroka sendiri pengetahuan sedia ada untuk menghasilkan idea-idea baru. Memberikan penemuan atau pertanyaan untuk diteroka dan disiasat oleh murid. Menjalankan eksperimen. Mengalakkan murid untuk berkerjasama dalam kumpulan, rakan sedarjah dan guru. Mengutarakan soalan-soalan yang menghasilkan penerokaan yang lebih mendalam

EXPLAIN (MENERANGKAN)
Menerangkan konsep dengan lebih lanjut danmendefinisi istilah-istilah yang digunakan. Mengutarakan soalan tentang penerangan konsep ygdiajar kepada murid. Membaiki pemahaman murid yang kurang tepat. Mendapatkan bukti tentang penerangan konseptadi dan memberi penjelasan.

ELABORATE (MENGHURAIKAN)
Mencari hubungan antara konsep yang diajar dengan konsep-konsep atau subjek-subjek lain yang sesuai. cuba untuk menghubungkaitkan konsep yang dipelajari dengan kehidupan sebenar.

EVALUATE (MENILAI)
Mengadakan pembentangan atau persembahan sesudah proses P&P. Meminta murid untuk mengusulkan bukti yang kukuh dan membina. Menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar. Mengutarakan soalan yg terbuka. Memberi latihan atau kuiz yang berkaitan.

IMPLIKASI 5E TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ENGAGE

Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam sesi P&P Murid tidak segan untuk bertanya jika kurang faham berkenaan sesuatu topik Menjalankan interaksi dua hala- tidak berpusatkan guru semata-mata. Memberi keyakinan diri kepada murid untuk menyatakan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara. Murid akan mempunyai minat untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu mata pelajaran (tidak bosan.)

EXPLORE

Capai kepuasan kerana berjaya melihat sendiri hasil eksperimen Menerapkan nilai murni dalam kalangan murid iaitu nilai kerjasama. Meningkatkan kefahaman kognitif murid tentang sesuatu pembelajaran. Murid akan mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar tanpa terlalu bergantung kepada guru.

EXPLAIN

Penerangan yang diberikan merangkumi konsep dan contoh yang dekat dengan murid. Murid akan memahami dengan lebih jelas tentang konsep yang diterangkan oleh guru. Proses P&P berkesan dan mencapai objektif. Murid-murid tidak akan berasa bosan semasa pembelajaran.

ELABORATE

Huraian dikaitkan dengan pengalaman sedia ada yang dimiliki murid Memberikan huraian yang jelas mengenai sesuatu perkara yang berlaku dan kaitannya dengan persekitaran murid itu sendiri. Murid akan lebih faham tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas.

EVALUATE

Guru dapat menilai setakat mana kefahaman murid. Guru juga boleh membuat penilaian berkenaan pengetahuan sedia ada yang dimiliki murid. Guru dapat memperbaiki kelamahan diri dan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran murid. Murid akan sentiasa bersedia.

BAGAIMANA GURU MENGAPLIKASIKAN MODEL 5E DALAM P&P


Guru melibatkan murid dalam proses P&P. Memberi pengalaman secara hands on kepada murid. Memberi peluang kepada murid untuk bertanya tentang sesuatu yang mereka tidak faham. Dalam P&P guru memberi peluang kepada murid untuk memberikan pandangan atau pendapat mereka. Guru memberikan contoh yang menarik serta berkaitan dengan kehidupan mereka. Guru menggunakan BBM maujud. Guru mengutamakan kerja berkumpulan. Guru membuat kuiz atau soal jawab terhadap murid apabila selesai mengajar sesuatu topik. Guru memberikan penerangan yang jelas mengenai sesuatu topik berserta dengan contoh yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai