Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Hubungan Etnik

Jeremy Anak Demin


Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Tuhan kerana telah menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Seterusnya, ucapan
ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Azmi Bin Mohamad Jalani, selaku pensyarah
pembimbing kami bagi subjek Hubungan Etnik 3 PISMP atas tunjuk ajar dan kritikan yang
membina sepanjang menyiapkan projek ini. Beliau telah menerangkan kepada saya dan
rakan sekelas tentang kehendak soalan tugasan tersebut dengan jelas dan memberi
penerangan serta tunjuk ajar yang berguna. Beliau juga tidak putus-putus memberi
bimbingan, dorongan, sokongan serta panduan kepada saya dan rakan-rakan dalam
menyiapkan tugasan ini dengan betul.
Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya telah memahami secara lebih mendalam
tentang hubungan etnik yang terdapat di Malaysia khususnya dalam langkah menerapkan
konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk
membangunkan negara dengan beberapa penambahan agar cita-cita murni setiap rakyat
dapat dilaksana. Sebagai bakal guru, saya perlu mengamalkan budaya hormat-menghormati
serta bertolak ansur dengan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Berlandaskan sikap
percaya mempercayai dan hormat-menghormati di antara satu sama lain di kalangan rakyat
Malaysia, perkembangan negara membangun dengan pesat di atas kaki sendiri tanpa wujud
keadaan huru-hara dan hasad dengki antara kaum.
Di samping itu, Malam Transmisi Etnik Budaya Malaysia adalah sebagai pelengkap
kepada kerja kursus yang diberi kepada para pelatih Unit L ambilan Januari 2013, dalam
subjek Hubungan Etnik dengan penekanan kepada pengaplikasian kaedah dan pemahaman
kami terhadap isi kandungan pengajaran yang telah diajar oleh para pensyarah Unit
Pengajian Sosial, Jabatan Sains Sosial. Projek ini bertujuan untuk mendedahkan kepada
para pendidik kepelbagaian latar belakang dan mengetahui konsep budaya di Malaysia
serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan
oleh pemimpin negara. budaya-budaya yang terdapat di Malaysia. Selain projek ini
bertujuan untuk mengekalkan kebudayaan unik yang wujud di negara kita khususnya dalam
kalangan generasi baru yang kini tidak menghiraukan tentang adat dan budaya yang
diwarisi dari zaman dulu lagi.
Program yang melibatkan pelbagai kaum perlu diteruskan bagi mengeratkan lagi
hubungan antara kaum. Persoalannya, kenapa perlu wujudnya racism di Malaysia? Isu-isu
perkauman seharusnya tidak wujud di Malaysia, namun ada segelintir pihak yang berfikiran
sempit yang membuat perkara demi untuk memecah belah perpaduan yang telah lama
tumbuh di Malaysia. Memang benar, sekali-sekala terjadi konflik terbuka seperti peristiwa 13
Mei 1969 dan Kampung Medan. Tetapi konflik terbuka bukan ciri masyarakat Malaysia. Ia
tidak dominan dan tidak mencorakkan kehidupan kita di Malaysia. Yang dominan adalah
suasana aman dan tenteram. Namun, apa yang lebih kerap berlaku adalah konflik bersifat
lisan atau bertikam lidah sesama kita. Ada ketika secara terbuka dan kebanyakan pada
peringkat individu atau kelompok seperti sambil minum teh tarik di kedai mamak, pada majlis
kenduri kendara, malah dalam internet dan blog. Oleh itu, sebagai warga pendidik harus
mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan dalam mewujudkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat pada masa kini dan menerapkan nilai-nilai murni dalam
pengajaran. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah
penting dalam menentukan kestabilan sosial dan keharmonian sesbuah negara.
Justeru, dalam keadaan tahap pendidikan kebanyakan masyarakat di Malaysia
makin tinggi, kesedaran tentang peri pentingya keharmonian untuk kelestarian keamanan
negara amatlah penting. Saya pasti, dalam segenap proses pendidikan semenjak di bangku
sekolah sehingga universiti, para pendidik amat menitikberatkan perbincangan isu sensitif
secara berhikmah dan terkawal. Jangan kerana emosi, keharmonian tergadai.
Akhir kata sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Encik Azmi Bin Mohamad Jalani selaku pensyarah pembimbing saya di atas segala
tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, serta ilmu yang telah diberikan kepada saya. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutama ahli kumpulan saya yang turut sama
menolong saya sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai