Anda di halaman 1dari 13

Model Pengajaran Sistem Behavioral Umumnya berasaskan teori pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah

laku memberi hala tuju kepada pembentukan model pengajaran. Mengambil kira pengetahuan tentang cara manusia memberi respons terhadap tugas-tugas dan maklum balas, ahli psikologi seperti Skinner (1953) telah dapat mengorganisasikan satu struktur tugasan dan maklum balas demi memudahkan manusia berkebolehan dalam membetulkan diri supaya dapat berfungsi. Hasil daripada itu, terdapat program untuk mengurangkan fobia, belajar membaca, membentuk kemahiran sosial dan psikologi, menggantikan tekanan

dengan ketenangan serta pembelajaran kemahiran-kemahiran intelek, sosial dan fizikal yang kompleks. Perbincangan seterusnya akan betumpu kepada satu model pengajaran sahaja

iaitu, pengajaran secara simulasi. Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Penggunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakanuntuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yangrumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Pengaplikasian Model Simulasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Katakan seorang guru yang ingin mengajar subjek bahasa Melayu tahun 6 dalam tajuk penulisan karangan jenis cerita. Pertama, guru akan memberikan salam kepada muridmurid dan mengambil kedatangan murid-murid. Guru bertanyakan khabar dengan muridmurid dan meminta mereka bersedia untuk meneruskan pembelajaran. Guru meminta semua murid untuk datang ke hadapan untuk mengambil kertas undian kumpulan yang terdiri daripada nombor 1 hingga 6. Kemudian, guru memberitahu murid supaya berada dalam kumpulan mengikut nombor yang mereka dapat. Cara pembahagian kumpulan ini

membantu murid untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencari ahli kumpulan masing-masing. Kumpulan yang berjaya dibentuk dahulu diberi pujian dan hadiah oleh guru manakala kumpulan yang terakhir yang dapat dibentuk dikenakan denda untuk menyanyikan sebuah lagu. Melalui cara ini, murid akan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan dan hukuman yang diberikan oleh guru ini amat berkait rapat dengan teori pelaziman operan B.F. Skinner. Dalam teori Skinner, peneguhan dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan negatif. Hukuman juga dibahagikan kepada dua iaitu hukuman beri dan hukuman tarik. Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan manakala hukuman tarik mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik (Noriati, 2009). Dalam kes tadi, kumpulan terakhir yang dapat dibentuk dikenakan hukuman beri iaitu mereka terpaksa menyanyikan sebuah lagu. Proses pengajaran diteruskan dengan perlantikan seorang ketua bagi setiap kumpulan. Pemilihan ketua kumpulan adalah berdasarkan tarikh lahir. Murid yang paling tua automatik dilantik menjadi ketua. Kemudian, ketua kumpulan diminta untuk mencabut kad tugasan daripada guru. Dalam kad tersebut tercatat situasi-situasi yang perlu dilakonkan oleh murid bagi setiap kumpulan. Dalam masa yang ditetapkan, murid-murid perlu berbincang antara ahli kumpulan tentang watak-watak yang yang diperlukan. Guru perlu memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti perbincangan ini. Kemudian, setiap kumpulan diminta melakonkan situasi-situasi yang dikehendaki dalam kad tugasan tadi dalam bentuk simulasi. Kumpulan yang tidak terlibat semasa simulasi dikehendaki mencatat idea-idea yang dikeluarkan oleh kumpulan yang melakukan simulasi. Proses ini diulang kepada kumpulan yang lain pula. Selepas simulasi tamat, guru memberikan pujian bagi membangkitkan semangat murid-murid. Guru membuat refleksi bersama pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan. Di akhir pengajaran, guru meminta murid menulis satu karangan berbentuk cerita berdasarkan mana-mana simulasi yang telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Guru menetapkan supaya murid-murid menyiapkan tugasan ini di rumah dan murid dikehendaki menghantar karangan ini pada keesokan harinya.

Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasimembolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah .Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakanuntuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya. Peranan guru juga memainkan satu watak yang penting dalam menerapkan model simulasi ini ke dalam pengajaran. Proses simulasi bergantung kepada guru sebagai fasilitator kepada murid-murid. Tujuan utama guru mengaplikasikan model ini, supaya suasana di dalam kelas menjadi lebih menarik serta dapat menjadikan pengajaran lebih berkesan. Hal ini berlaku kerana murid-murid dapat merasai sendiri situasi dan dapat menyampaikan dengan keadaan sebenar. Oleh itu, guru perlu bersifat kreatif dalam memilih aktiviti yang ingin dilakukan di dalam kelas untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru juga seharusnya memahami dan mengetahui teknik pengajaran simulasi dengan lebih terperinci untuk mencapai objektik P&P. Guru berperanan menyediakan satu situasi bermasalah serta menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak dan tempoh lakonan. Pada masa yang sama murid-murid akan memainkan peranan masing-masing berdasarkan watak yang diberikan di samping menunjukkan cara penyelesaian. Penggunaan teknik adalah penting bagi seseorang guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, penggunaan teknik-teknik tertentu dapat membantu melancarkan pengajaran guru dan murid dapat mengikuti dan memahami apa yang telah diajarkan kepada mereka. Tegasnya, kedua-dua belah pihak mendapat faedah darinya. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik itu haruslah disesuaikan dengan peringkat umur, kecerdasan dan kemampuan murid serta disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekali lagi ditegaskan bahawa tidak terdapat sebarang teknik yang dianggap terbaik dan sesuai untuk diaplikasikan dalam semua keadaan atau semua situasi pengajaran. Terpulanglah kepada guru untuk memilih teknik manakah yang patut dan sesuai untuk digunakan dalam proses pengajarannya. 3

Teori Konstruktivisme 1.0 Konsep Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan berpendapat setiap individu membina pengetahuan danbukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mcbrien & Brandt, 1997). Konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi melalui pengalaman pancaindera ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam mental pelajar. Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar untuk membina pemahaman mereka dalam setiap konsep Peranan utama dalam pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun perpindahan pengetahuan kepada pelajar,tetapi

merupakan penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar membina konsep mental yang diperlukan. Pendekata, ilmu pengetahuan diperolehi dengan cara pembinaan pelajar sendiri melalui pengalaman,renungan & pengabstrakan. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan konsep atau pengetahuan sendiri. Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada pandangan mengenai cara manusia belajar. Teori konstruktivisme mengatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna, mereka akan menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan sedia ada atau menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru tersebut dengan lebih baik. (Brooks & Brooks, 1993) Melalui konstruktivisme, guru akan mengenal pasti tahap pengetahuan murid dan dapat merancang kaedah pengajarannya berdasarkan tahap/sifat/ciri pengetahuan tersebut. Ilmu pengetahuan yang dimilki murid adalah hasilan daripada aktiviti yang dilakukan oleh mood tersebut dan bukannya pengajaran yang diterima secara pasif.

Sehubungan dengannya, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak pula menyerap secara pasif sebarang ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Seorang murid akan menyesuaikan sebarang maklumat yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Menurut Piaget (1970) semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana datadan maklumat ini sesuai dengan skema yang ada; dan murid pula akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini, lni bermakna, proses asimilasi berla.ku terhadap maklumatbarn yang diterima. Sekiranya maklumat barn tersebut tidak dapat diserasikan dengan struktur mental sedia wujud maka proses akomodasi pula berlaku satu kerangka skema akan dibina oleh murid. 2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme Melalui teori konstruktivisme ini, pengajaran guru itu dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk meramalkan secara bebas dan terbuka segala pengetahuan setelah proses pembelajaran berlangsung. Pengajaran secara tidak langsung itu nanti dapat memberi satu pengalaman baru kepada murid. Pengalaman itu akan dikaitkan pula dengan teori kognitif di mana ia akan disimpan dalam ingatan atau memori murid baik pada jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasi-pelajar mempastikan pelajarpelajar menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991). Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pula berdasarkan konstruktif ini

menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Guru juga berperanan dalam memberikan pelayanan untuk memudahkan murid dalam kegiatan proses pembelajaran agar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran. Untuk mengajar dengan baik, guru harus memahami model-model mental yang digunakan oleh murid untuk mengenal dunia mereka dan 5

penalaran yang dikembangkan dan yang dibuat oleh murid untuk mendukung model-model konstruktivisme. Selain itu, dalam membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, guru hendaklah menarik minat murid-murid belajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan cara pendekatan konstruktivis dengan berkesan. Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Berikut peranan guru di dalam pengajaran konstruktivis : Guru meneroka pengetahuan sedia ada murid pada permulaan sesuatu pelajaran melalui soal jawab atau ujian. Guru menguji idea atau pendirian murid melalui aktiviti yang mencabar idea atau pendiriannya. Guru membimbing murid menstruktur semula idea. Guru memberi peluang kepada murid mengaplikasikan idea baru yang telah diperoleh untuk menguji kebenarannya. Guru membimbing murid membuat refleksi dan perbandingan idea lama dengan idea yang baru diperoleh. Guru-guru juga harus mendorong proses pembelajaran murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan murid-murid. Oleh itu, murid dapat berkongsi maklumat atau idea dan secara tidak langsung dapat memproses pengetahuan yang baru daripada rakan-rakan mereka. Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikan oleh guru-guru. Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu murid-murid. Pemahaman sesuatu topik pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di antara bahagian-bahagian yang kecil.

3.0 Strategi Satu proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai strategi

pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Terdapat banyak strategi yang boleh digunakan oleh guru semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan ialah strategi pembelajaran berpusatkan murid. Secara am, strategi pemusatan murid berasaskan teori pembelajaran konstruktivis di mana guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid-murid untuk membina, seterusnya memperoleh kefahaman masing-masing mengenai isi pengajaran yang disampaikan. Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas. Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan serta beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan murid ialah termasuk

menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain. Strategi berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap,

menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dikalangan murid. Selain itu, pembelajaran berpusatkan murid mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

Selain itu, guru memastikan dan melibatkan penglibatan secara aktif murid di dalam pembelajaran di mana guru hanya sebagai pembimbing ketika menjalankan aktiviti. Peranan guru dalam memastikan wujudnya komunikasi dan interaksi antara guru dan murid secara dua hala. Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk membantu murid berfikir secara kritis ketika memberikan jawapan. Oleh itu, amalan demokratik wujud di mana murid digalakkan memberi padangan ketika melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan khususnya. Guru juga perlu membuat penilaian secara formatif untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu tajuk. Penyampaian guru juga perlu ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid dapat memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan. Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru mestilah sesuai, mencabar dan menarik minat murid supaya murid dapat melaksanakan aktiviti

tersebut dengan sepenuh hati, ikhlas dan bersungguh-sungguh sehingga objektif p&p tercapai dengan jayanya. Aplikasi Strategi Pemusatan Murid Guru mempunyai peranan sangat penting dalam memilih dan membuat aktiviti yang ingin dilaksanakan dalam kelas. Dalam strategi pemusatan murid, aktiviti perbincangan antara salah satu aktiviti yang sesuai. Peranan guru adalah sebagai pembimbing murid-murid semasa aktiviti dilaksanakan. Guru harus menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian memberi tugas kepada setiap kumpulan untuk mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis berdasarkan tahap kepentingannya. Berdasarkan aktiviti perbincangan, murid-murid dapat berkongsi idea, pendapat dan pertukaran persepsi secara verbal bagi tujuan untuk menjelaskan atau memperkayakan pemahaman isi kandungan sesuatu pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah lain seperti mensyuarat, forum, seminar, bengkel dan perbahasan. Tujuannya untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Aktiviti di atas jelas sekali menunjukkan penglibatan murid dan interaksi murid dengan murid seperti yang ditekankan dalam strategi pemusatan murid. Strategi pemusatan murid ini termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat 8

berinterasi dengan guru dan murid lain. Guru perlu memilih strategi pengajaran dalam bilik darjah yang menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah. Dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam bilik darjah, murid juga merasa seronok untuk belajar. Ini mengurangkan tekanan yang mereka hadapi sebagai seorang pelajar. Guru sebagai pakar dan pengerusi perbincangan menyediakan isu-isu yang mencabar pemikiran pelajar. Semasa perbincangan, intelektual pelajar menjadi aktif pada peringkat yang komprehensif. Oleh itu tanggungjawab guru hanyalah sebagai orang yang memperkenalkan tajuk atau isu dan adalah lebih kurang sama tarafnya dengan individu yang lain. Keadaan inilah mungkin menyebabkan guru memilih untuk mengajar kerana dapat membezakan mereka dengan pelajar atau seperti kata Laney (1997), The can stay arms-length from the students. Ketika perbincangan sedang berjalan, pelajar terlibat secara personal. Mereka memfokuskan perhatian kepada aktiviti, bukan kepada guru. Kenyataan bahawa guru atau pensyarah bukanlah the goddess of wisdom perlu dipersetujui oleh semua pendidik. Guru yang bijaksana memahami bahawa mereka hanya dapat menyediakan peluang dan terpulanglah kepada pelajar untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin untuk belajar. Guru juga bukanlah sebagai giver of answers. Sebenarnya inilah peranan seorang guru, mereka boleh melatih, facilitate dan memberikan galakan. Hanya pelajar sahaja yang akan dapat memulakan pertumbuhan intelek dan emosi mereka sendiri. Oleh itu, sebagai seorang guru yang profesional, kita harus mempelajari bagaimana kaedah ini dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya mengamalkannya dalam bilik darjah kita. 4.0 Pendekatan Dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran, tidak ada suatu pedekatan pembelajaran yang tepat untuk semua topik dan semua situasi oleh kerana itu guru dalam menentukan metod dan pendekatan pembelajaran apa yang harus dipilih perlu senantiasa memperhatikan kondisi murid, sarana prasarana yang ada serta materi pembelajaran. Oleh itu, pendekatan integratif antara pendekatan yang paling rapat dan sesuai digunakan untuk pembelajaran konstruktivis bedasarkan teori yang saya pilih. Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran asas, memahami, hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza. Pendekatan ini memerlukan murid-murid untuk berfikir, mensistesis dan memberi gerak balas terhadap apa yang diajar. Pendekatan integratif menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik supaya murid-murid akan lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan. Di samping itu, guru juga akan sentiasa berusaha mengintegrasi idea-idea 9

baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid-murid bertambah menjadi lebih berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Berbanding dengan kaedah pengajaran langsung seperti kuliah di mana murid-murid kita dikehendaki duduk dan dengar, pendekatan integratif memerlukan mereka untuk berfikir, mensintesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang di ajar. Jika dikaitkan dengan teori konstruktivisme, murid-murid akan melakukan proses untuk menerima maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada. Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dan mengaplikasikan dengan situasi baharu melalui pengintegrasian pengetahuan baharu yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia ada. Di dalam pendekatan ini juga guru perlu merebentuk aktiviti-aktiviti dimana murid-murid dapat belajar sesama mereka, serta memperoleh pengalaman pembelajaran berbentuk ke arah kendiri dan inisiatif kendiri. Guru memainkan peranan sebagai pembimbing dan bukannya sekadar penyampai ilmu atau pakar isi kandungan. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak

berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Sebagai contoh, guru ingin mengajar murid-murid tentang binatang yang terdapat di Malaysia. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan mengikut kumpulan binatang dan meminta mereka menyenaraikan pelbagai contoh binatang. Murid dikehendaki

mengenalpasti ciri-ciri binatang dalam kumpulan binatang tersebut Guru meminta semua kumpulan untuk membentangkan ciri-ciri binatang dalam 5 kumpulan. Berdasarkan aktiviti ini murid-murid lain dapat mengetahui ciri-ciri haiwan yang berada di sekeliling mereka dan cuba untuk mengaitkan haiwan tersebut berdasarkan haiwan yang pernah mereka lihat secara langsung. Seterusnya guru meminta murid-murid untuk mereka satu cerita pendek dengan memilih seekor haiwan. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan supaya memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid dan menjadikan suasana kelas lebih meriah. Selepas itu, setiap wakil dari setiap kumpulan diminta untuk bercerita. Peranan guru adalah sebagai pemimpin dan fasilitator kepada murid. Pada masa yang sama, murid-murid dapat mendengar intonasi, jeda dan bahasa semasa rakan-rakan mereka menyampaikan cerita. Peranan guru adalah sebagai juri dengan membetulkan kesilapan murid-murid bercerita. 10

Manakala murid-murid yang lain dapat mempelajari sesuatu yang baru. Proses integarasi berlaku dimana guru cuba menerapkan strategi berpusatkan murid dengan melakukan aktiviti perbincangan dan bercerita. 5.0 Kaedah dan Teknik Mengikut Kamus Dewan, Kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Di dalam proses mengaplikasikan konstruktivis dalam pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan teknik yang sesuai digunakan oleh guru ialah perbincangan. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Teknik perbincangan juga merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana murid berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah. Murid berpeluang mengemukakan isuisu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar. Selaras dengan prinsip kostruktivisme dimana seseorang murid akan meluahkan pendapat, manakala murid yang lain akan cuba mengaitakan maklumat tersebut dengan maklumat yang sedia ada. Pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan yang dilaksanakan dibawah kawalan guru. Sebagai contoh, guru memberikan tajuk pencemaran alam sekitar sebagai isu perbincangan. Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan untuk memudahkan sesi perbincangan dilaksanakan. Dalam pada yang sama murid-murid akan bertukar pendapat, berkongsi idea serta persepsi terhadap isu yang dibincangkan. Murid-murid juga dapat satu input yang baru dan mampu menganalisis maklumat tersebut dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Perancangan untuk kaedah pengajaran secara perbincangan haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Jika dilihat dan diteliti tentang kaedah pengajaran secara perbincangan, ia menggambarkan bahawa teknik tersebut lebih

11

banyak mendatangkan kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding dengan kelemahan yang ada apabila menggunakan teknik ini. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan aktiviti sumbangsaran dalam menerapkan elemen konstruktivisme semasa proses pengajaran. Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea-idea baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi: sebarang idea diterima semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan maklumat sebanyak mungkin. dilarang mengkritik sebarang idea. idea-idea dinyatakan secara spontan. pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru ialah perbincangan. Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa duapuluh minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru. Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu. Setiap kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya murid-murid akan membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang sebenarnya,

12

ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada pelbagai sudut pandangan. Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran kreatif dikalangan murid-murid. Keadah ini merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal biasa. Aktiviti di atas adalah salah satu contoh yang sesuai bagi menerapkan konstruktivisme dalam pengajaran. Sebagai contoh, ketika aktiviti sumbangsaran

dilaksanakan murid dapat menerima idea dan maklumat yang baru dan cuba untuk menyesuaikan maklumat tersebut dengan pengetahuan sedia ada.

13

Anda mungkin juga menyukai