Anda di halaman 1dari 7

SK PENDIDIKAN KHAS SIBU

JALAN BANDONG 96000 SIBU


SARAWAK

LAPORAN
MAJLIS
PENYERAHAN WATIKAH
PELANTIKAN
PENGAWAS SEKOLAH,
PENGAWAS PUSAT
SUMBER DAN KETUA
KELAS SESI 2019 18 JANUARI 2019

JUMAAT

DEWAN TERBUKA
SK PENDIDIKAN
KHAS SIBU
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS
PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN KETUA KELAS SESI 2019
1.0 PENDAHULUAN
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan
dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-
pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada
murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti
untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.

2.0 NAMA PROGRAM


Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Keua
Kelas sesi 2019

3.0 TEMPAT
Dewan mini terbuka SKPK Sibu

4.0 TARIKH
18 Januari 2019 ( Jumaat )

5.0 SENARAI NAMA PENGAWAS , PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA


KELAS
Sila rujuk lampiran

6.0 MATLAMAT
6.1 Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
6.2 Memperkenalkan kepada murid – murid barisan Pemimpin Pengawas Sekolah ,
Pengawas PSS dan Ketua Kelas bagi tahun 2019.

7.0 OBJEKTIF
7.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas
PSS supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
7.2 Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas
dengan
7.3 baik.Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang
terpilih.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Pengawas Sekolah , Pengawas PSS, Ketua Kelas
9.0 LAPORAN
Pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan para guru dan murid. Seterusnya majlis
dimulakan dengan nyanyian Negaraku oleh para guru dan murid. Bacaan Doa diketuai
oleh Cikgu Rafiuddin Bin Mohd Isa. Ucapan perasmian pula telah disampaikan oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pendidikan Khas SIbu Encik Tn. Hj. Roslan Bin Ali
Omar. Majlis diteruskan dengan Penyerahan Watikah Pelantikan. Dimulai dengan watikah
pelantikan Ketua Darjah & Penolong Ketua Darjah yang telah disampaikan oleh Penolong
Kanan 1 Encik Muhammad Hamka Bin Eallie. Watikah pelantikan Pengawas PSS, dan
Pengawas Sekolah juga telah disampaikan telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1
Encik Hamka Bin Eallie. Majlis disempurnakan dengan bacaan Ikrar yang telah diketuai
oleh Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu bagi sesi 2019 iaitu adik
Nur Ain Najihah.

Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Roslan Bin Omar

Penyampaian Sijil Kepada Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas


Penyampaian watikah pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS

Murid menandatangai surat aku yang telah disaksikan oleh PK HEM Tn. Hj. Roslan.

Bacaan ikrar yang diketuai oleh adik Nur Ain Najihah.


10.0 PENILAIAN PROGRAM
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua
Darjah ini akan memberi suntikan semangat kepada pengawas, ketua darjah dan
penolong ketua darjah untuk melaksanakan tanggngjawab yang diamanahkan dengan
penuh dedikasi demi memastikan SK Pendidkan Khas Sibu mencapai disiplin sifar.

11.0 ULASAN/KOMEN/CADANGAN
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Penagawas PSS, Ketua Darjah dan
Penolong Ketua Darjah ini telah berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Segala
kekurangan dan kelemahan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

12.0 PENUTUP
Badan Disiplin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
adalah organisasi yang membantu pengurusan sekolah untuk pentadbiran bagi
mengurus murid-murid di SK Pendidikan Khas Sibu. Dengan adanya pengawas yang
mengawal tatatertib yang dilantik oleh unit disiplin, pustakawan yang dilantik oleh pusat
sumber bagi menguruskan perpustakaan dapat melatih murid untuk menjadi pemimpin
kecil. Dengan pelantikan ini adalah diharapkan pemimpin murid dapat membantu pihak
sekolah bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang dan terbilang. Majlis telah dirasmikan
oleh Tn. Hj. Roslan Bin Ali Omar.

Disediakan oleh Disahkan oleh,

……………………………………… …………………………………………….
( JEREMY AK DEMIN ) ( ENCIK MUHAMMAD HAMKA BIN
Setiausaha EALLIE )
Unit Disiplin SKPK SIBU PK KURIKULUM DAN PENTADBIRAN
SKPK SIBU
LAMPIRAN

SENARAI NAMA PENGAWAS SEKOLAH SESI 2019

SK PENDIDIKAN KHAS SIBU

BIL NAMA JAWATAN

1 NUR AIN NAJIHAH BINTI JOSLI KETUA PENGAWAS

2 NURUL SYAHMINA BINTI SULAIHI PENOLONG KETUA PENGAWAS

3 SIA IK KIONG PENGAWAS

4 IZYAN NASYIDAH BINTI ISHAK PENGAWAS

5 KEVIN LAU CHUNG PENGAWAS

6 MUHAMMAD HIRZAN AZFAR BIN RUDIMAN PENGAWAS

SENARAI NAMA PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SESI 2019

SK PENDIDIKAN KHAS SIBU

BIL NAMA JAWATAN

1 NURUL SYAHMINA BINTI SULAIHI KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER

2 NUR AIN NAJIHAH BINTI JOSLI PENOLONG KETUA PENGAWAS PUSAT


SUMBER

4 VANNESA WONG AIYE CHING PENGAWAS PUSAT SUMBER

6 IZYAN NASYIDAH BINTI ISHAK PENGAWAS PUSAT SUMBER

SENARAI NAMA KETUA KELAS SESI 2019


SK PENDIDIKAN KHAS SIBU

BIL KELAS/TAHUN KETUA KELAS

1 2B VIVILIANA SANTA ANAK DOUGLAS KIRO

2 2A EUNICE ANAK RENALTO

3 3 MUHAMMAD HIRZAN AZFAR BIN RUDIMAN

4 4 ELIZABETH KELINAH ANAK GEORGE

5 5 VANNESA WONG AIYE CHING

6 6 NUR AIN NAJIHAH BINTI JOSLI

Anda mungkin juga menyukai