Anda di halaman 1dari 3

MATAHARI

Matahari merupakan pusat Sistem Suria


Matahari juga merupakan objek terbesar dalam Sistem Suria
Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling hampir dengan Bumi.
Matahari mengeluarkan haba, cahaya dan tenaga.
Jika tiada Matahari, hidupan di Bumi tidak akan wujud.
Tanpa cahaya Matahari, tiada hidupan yang boleh hidup kerana suhu terlalu sejuk dan
Bumi akan beku.
Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan Bumi, tujuh planet yang
lain, komet dan asteroid dalam orbit masing-masing.
Semua ahli Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama namun
pada kelajuan yang berbeza.


PLANET


Ada 8 buah planet dalam Sistem Suria.
Susunan planet-planet mengikut jarak paling dekat hingga paling jauh dari Matahari
ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Kesemua 8 planet itu bergerak mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar
yang dipanggil orbitdan bergerak dalam arah lawan jam (barat ke timur).
Semakin jauh planet tersebut dari Matahari, semakin besar orbit planet itu.
Semasa planet-planet beredar mengelilingi Matahari, planet-planet juga berputar pada
paksinya sendiri mengikut arah lawan jam kecuali planet Zuhrah (mengikut arah jam)
manakala Uranus berputar pada sisinya (dari atas ke bawah).
Setiap planet mempunyai masa yang berlainan untuk melengkapkan satu edaran
lengkap mengelilingi Matahari.

SATELIT SEMULA JADI / BULAN


Satelit Semula Jadi atau dipanggil Bulan merupakan objek kecil yang beredar
mengelilingi kebanyakan planet.
Bulan adalah satelit semula jadi bagi Bumi.
Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam.
Bulan mengambil masa selama 27.3 hari untuk beredar mengelilingi Bumi.


ASTEROID

Asteroid merupakan objek batuan dan logam yang beredar mengelilingi Matahari.
Saiz asteroid adalah lebih kecil daripada planet tetapi lebih besar daripada meteoroid.
Saiz asteroid adalah sekecil partikel debu hingga ke beberapa ratus kilometer.
Kebanyakan asteroid yang dikenali berada dalam Jalur Asteroid yang terletak di antara
planet Marikh dan Musytari.

METEOROID


Meteoroid merupakan batuan kecil atau logam yang terapung-apung di angkasa lepas.
Terdapat berjuta-juta meteoroid di angkasa dan kebanyakannya bersaiz kecil.
Jika meteoroid jatuh ke dalam atmosfera bumi ia akan terbakar lalu menghasilkan satu
coret cahaya yang dipanggil meteor. Meteor juga digelar tahi bintang.
Meteor yang tidak habis terbakar dan jatuh ke permukaan Bumi dipanggil meteorit.
Apabila meteor yang besar jatuh menghempas ke Bumi, satu kawah besar akan
terbentuk.


KOMET


Komet merupakan ketulan ais yang terbentuk daripada gas dan debu yang beku.
Komet mempunyai ekor bernyala yang panjang dan beredar mengelilingi Matahari.
Komet Helley merupakan komet yang paling popular di kalangan ahli astrologi. Komet
Helly muncul setiap 76 tahun. Kali terakhir Komet Halley muncul adalah pada tahun
1986.

Anda mungkin juga menyukai