Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENYERTAAN

KEJOHANAN PRO EVOLUTION


SOCCER (PES) 2014 TERBUKA
IPG KAMPUS DARULAMAN

Tempat : Bilik Bacaan L1

Tarikh : 23 25 Jun 2014

Masa : 9:15 pm

MAKLUMAT PESERTA
Nama

No. Kad Pengenalan

No. Untuk Dihubungi

Alamat Email



PENGAKUAN DAN PENAFIAN
Saya bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tanpa sebarang bantahan dari masa ke
semasa dan mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar. Sekiranya pihak penganjur mendapati
maklumat yang diberikan adalah tidak benar, maka saya sedia disingkirkan dari pertandingan ini tidak kira sama ada
sebelum atau semasa pertandingan ini dijalankan. Saya juga akan menjaga disiplin dan tatatertib pertandingan. Saya
juga sedia maklum bahawa pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian dan sebagainya
semasa menyertai pertandingan ini.






...............................................................................
Tandatangan
(Nama: )
(No. KP: )







...................................................
Tarikh
Semua peserta yang ingin mendaftar dikehendaki menghantar borang kepada Muhammad Hafeez Bin Zulkiffli
(014-5347738) bilik L1/A1/03 atau Muhammad Amir Adri bin Mat Isa (013-5102246) bilik L1/A1/01 atau pm
facebook borang lengkap diisi pada Hafeez Cool atau Amir Adri.

Sila Hantar borang penyertaan sebelum jam 12 tengah hari Ahad 22/6/2014. Sebarang kelewatan tidak akan
dilayan sama sekali.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Terbuka kepada warga IPG Kampus Darulaman.
2. Peserta beragama Islam Wajib menutup aurat dan berpakaian sopan bagi non-muslim.
3. Hanya peserta lelaki sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
4. Semua maklumat yang tertera pada borang penyertaan mesti diisikan dengan lengkap, tepat dan benar.
5. Peserta yang didapati tidak mematuhi syarat -syarat penyertaan akan dilarang daripada menyertai
kejohanan ini.
6. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 22 JUN 2014.
7. Sebarang perubahan mana-mana syarat pertandingan adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab
penganjur.


PERATURAN PERTANDINGAN


1. Format kejohanan akan dimainkan secara fasa kumpulan di mana 4 atau 5 peserta akan bertanding
dalam satu kumpulan. Johan dan Naib Johan kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya.
2. Sempena Piala Dunia 2014, peserta hanya boleh memilih kumpulan Negara sahaja dan Classic
Teams sama sekali tidak dibenarkan dipilih.
3. Setiap perlawanan akan berlangsung selama 10 minit.
4. Laptop dan controller tidak di sediakan.
5. Semua peserta dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 5 minit
sebelum perlawanan di mulakan.
6. Tempoh masa menunggu adalah 5 minit daripada masa yang dipanggil dan mana-mana peserta yang lewat
akan dikira kalah dengan kiraan jaringan 0 - 3.
7. 3 mata akan diberikan kepada peserta yang menang, 1 mata kepada peserta yang seri dan 0
mata kepada peserta yang kalah.
8. Pada peringkat kumpulan sekiranya kedua-dua peserta sama mata, perbezaan jaringan gol akan
digunapakai.
9. Sekiranya masih sama, peserta yang mempunyai jaringan gol yang lebih dianggap pemenang.
10. Sekiranya masih sama tendangan penalti akan di tentukan.
11. Pada peringkat kalah mati, sekiranya kedua-dua peserta seri, masa tambahan diberikan kemudian sepakan
penalti akan menentukan pemenang.
12. Semua KEPUTUSAN adalah MUKTAMAD.
13. Mana-mana peserta yang mencetuskan pergaduhan sebelum, semasa dan selepas perlawanan akan
disingkirkan dari kejohanan ini dengan serta merta.
14. Peserta tidak dibenarkan mengganggu emosi peserta lain dengan ejekan yang boleh mengganggu
ketenteraman peserta lain.
15. Semua peraturan perlawanan tertakluk kepada pihak penganjur.

Anda mungkin juga menyukai