Anda di halaman 1dari 14

jalinan - Presentation Transcript

1. UNSUR SENI JALINAN


2. PENGENALAN
o Jalinan ialah sifat atau kesan yang terdapat di atas sesuatu permukaan.
o Jalinan boleh dikesan secara penglihatan(tampak) atau sentuhan.
3. JENIS-JENIS JALINAN
o Jalinan terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:
o 1. Jalinan Sentuh
o 2. Jalinan Tampak
4. Jalinan Sentuh
o Jalinan sentuh ialah jenis jalinan yang terdapat dikesn melalui deria sentuhan..
o Contohnya :
o Permukaan tayar, kulit durian, kulit kayu, kulit nenas dan permukaan kulit
kerang.
o Contoh Jalinan sentuh
Nenas Kulit kerang Buah belimbing Durian Anyaman bakul ukiran Rantai/gelang
Bunga tayar

5. Jalinan tampak
o Jalinan yang dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa dengan deria sentuh
6. Jalinan tampak
7. Fungsi Jalinan
o Jalinan sebagai penyataan.- cth: tenunan dan ukiran.
o Jalinan sebagai hiasan cth : corak pada kain, hiasan permukaan tembikar
o Jalinan sebagai manipulasi pelukis. cth: Lukisan, catan, dan cetakan
o Jalinan untuk mencipta ruang. Cth : Lukisan atau catan yang menunjukkan
ruang
o Jalinan sebagai perlindungan dan keselamatan. Cth : Tayar kenderaan, dan
corak haiwan atau serangga sebagai penyamaran.

























Jalinan



Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak
kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi
kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang
tersendiri.


jalinan pada keratan rentas batang pokok


jalinan pada kulit harimau belang


jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

rekahan pada tanah


jalinan kasar pada permukaan batu


jalinan berduri pada kulit durian

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu,
kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya

Jalinan Sentuh - kulit kerang


Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

2. Jalinan Tampak

merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti,
sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding


Jalinan Tampak - kulit tembikai

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang


jalinan pada sesumpah

2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut

tapak kasut

3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding

corak
4. Pengaliran air dan udara

jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas
hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya
hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut
bagi mendapat kesan jalinan.


capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan
sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada
permukaan kertas.


ikat dan celup
menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian
kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup
ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki


pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan
dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.


batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya


lukisan dan catan
menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh

anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya


tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh


sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan
jalinan sentuh


kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan
seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

Anda mungkin juga menyukai