Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan seni visual

Tingkatan 1
Tajuk : Jalinan

Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti
kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu
kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan
tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

jalinan pada keratan rentas batang pokok

jalinan pada kulit harimau belang jalinan pada kulit siput


Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

rekahan pada tanah

jalinan kasar pada permukaan batu

jalinan berduri pada kulit durian

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah


Jenis-jenis Jalinan
1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan
seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa


teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Jalinan Sentuh - kulit kerang

Jalinan Sentuh - tayar motorsikal

2. Jalinan Tampak
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas
dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak - kertas dinding Jalinan Tampak - kulit tembikai


Fungsi Jalinan
1. Sebagai Penyamaran - seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang

jalinan pada sesumpah

2. Menahan Geseran - tayar kereta, tapak kasut

tapak kasut
3. Sebagai hiasan - corak pakaian, corak kertas dinding

corak
4. Pengaliran air dan udara

jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana
permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling,
batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel
warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan
jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan
bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang
bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

ikat dan celup


menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat
bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan
getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut
warna yang dikehendaki

pualaman
menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke
dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada
permukaan air yang mengandungi cat tersebut.
batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

lukisan dan catan


menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi
jalinan

Kaedah Penghasilan Karya Berjalinan Sentuh

anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh

sulaman
semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan
sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh

kolaj
merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat
daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

Anda mungkin juga menyukai