Anda di halaman 1dari 3

Belajar Bahasa Inggeris - Penggunaan "Modals"

Belajar Bahasa Inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. Jika anda beranggapan belajar
bahasa inggeris itu susah maka susah jadinya. Paling penting ada KEMAHUAN untuk
memperbaiki penguasaan bahasa inggeris.


Penggunaan "Modals" - Kata Kerja Bantu (Auxiliaries Verbs)

Contoh "modals" adalah:

can, could, must, have to, may,might, shall, should, will,would, ought to dan
had better.

Semuanya mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelum itu, anda perlu tahu 4 "modals"
iaitu:

i. Modals yang tidak ditambah dengan: s, -ed, atau ing

Contoh:

1) She cans drive a motorcycle. (salah)
2) She can drive a motorcycle. (betul)
3) He canned speak three languanges. (salah)
4) He can speak three languanges. (betul)

ii. Modals diikuti kata kerja

Anda harus menggunakan kata kerja setelah "modals". Dengan kata lain, kata kerja
tersebut tidak ditambah dengan s/es, -to, atau ing.

Contoh:

1) They can to come to the party. (salah)
2) They can come to the party. (betul)
3) She might bringing a friend to the party. (salah)
4) She might bring a friend to the party. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Dengan adanya "to", anda tetap harus
menggunakan kata kerja setelah "modals" tersebut.

Contoh:

1) You ough wash your car. (salah)
2) You ought to wash your car. (betul)
3) You have study harder. (salah)
4) You have to study harder. (betul)

iii. Pengecualian dalam ayat negatif

Untuk membuat ayat negatif, tambahkan "not" atau "nt" setelah modals.

Contoh:

1) I cannot dance very well. (atau: I cant dance very well).
2) You should not go to bed so late on a work night. (atau: You shouldnt go to bed so
late on a work night.)

PERHATIAN: can+not ditulis sebagai cannot, bukan can not.

Contoh:

1) You can not park in front of a fire hydrant. (salah)
2) You cannot park in front of a fire hydrant. (betul)

Bagaimana dengan "have to" dan "ought to"? Kedua-dua modals ini TIDAK DITAMBAH
dengan not untuk membentuk ayat negatifnya.

Do/does not @ did not digunakan untuk membentuk ayat negatif pada have to.
Sementara itu, tambahkan not setelah ought (sebelum to) untuk membentuk ayat
negatif ought to.

Kurang faham?

Contoh:

1) You do not have to worry about me. [Anda tidak perlu merisaukan saya]
2) We ought not to say that to her. [Kita sebaiknya tidak mengatakan itu kepadanya]

Catatan: Ought not to umumnya tidak digunakan dalam perbualan bahasa inggeris.
Secara amnya, kebiasaannya seseorang lebih suka menggunakan should not.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->You should not say that to her.


iv. Modals digunakan untuk semua subjek, kecuali shall

Anda tidak perlu pening memikirkan subjek dan pasangan modals kerana semua
"modals" (kecuali shall) boleh digunakan untuk semua subjek.

Contoh:

1) I will come to your party.
2) She will come to your party.
3) They will come to your party.

** Itulah serba sedikit asas penggunaan "MODALS" dalam membina ayat atau ketika
cuba bercakap dalam bahasa inggeris. Dapat faham serba sedikit?

** Belajar bahasa inggeris memerlukan latihan dan praktikal. Anda faham sahaja tidak
berguna jika tidak cuba mengamalkannya kerana "PRACTISE MAKES PERFECT".



Belajar Bahasa Inggeris - Asas "am, is & are"

Belajar bahasa inggeris sebenarnya tidak terlalu susah. Cara mudah belajar bahasa
inggeris di SINI

ASAS BAHASA INGGERIS - Kekeliruan Penggunaan "am, is & are"

Am, Is, Are

'Am' selalu digunakan apabila anda sedang merujuk kepada diri sendiri. Penggunaan
jelas hanya merujuk kepada diri sendiri jadi tiada kekeliruan.

Contoh: I am hungry (saya lapar)

Untuk "is" & "are" anda perlu BERHATI-HATI..

Perkataan 'is' selalu digunakan apabila kita merujuk kepada subjek singular atau
subjek tunggal.

Contoh: She is a good student (dia pelajar yang baik)

Perkataan 'are' selalu digunakan apabila anda merujuk kepada benda majmuk. Walau
bagaimanapun perkataan 'you' boleh merujuk kepada subjek tunggal atau majmuk.
Jadi, tanpa mengambil kira bilangan orang, perkataan 'you' mesti selalu diikuti
dengan 'are'.

Contoh: We are tired. (kami letih)

Contoh: You are a good teacher. (kamu adalah seorang cikgu yang baik)

Anda mungkin juga menyukai