Anda di halaman 1dari 7

Tugasan bertajuk APLIKASI TERKINI YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ni mungkin bermanfaat untuk pelajar-pelajar


yang ingin membuat rujukan di blog ieta ni.
Selamat membaca. Moga tugasan bertajuk APLIKASI TERKINI YANG SESUAI
DIGUNAKAN UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN bermanfaat untuk
semua.
1. PENGENALAN
Pengertian Teknologi Pendidikan (Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA, Olden
Times, no. 102.078), ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai
keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan
penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman
sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang lebih berkesan.
Teknologi pendidikan merupakan satu keperluan pada masa kini. Jika zaman dahulu,
seseorang yang mempunyai peralatan teknologi dikatakan sebagai orang kaya, namun ianya
telah berubah pada masa kini yang mana setiap seorang sememangnya mempunyai peralatan
teknologi seperti komputer, laptop, ipad dan sebagainya di rumah masing-masing. Kegunaan
peralatan teknologi ini sememangnya memberikan banyak faedah kepada pengguna
terutamanya para pelajar untuk memudahkan proses mencari maklumat dan lain lain.
Menurut kajian Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman dan Siti Zamriah
Mohd. Hussin di dalam artikel mereka yang bertajuk Aplikasi Terkini dalam Pengajaran dan
Pengajaran Pendidikan Islam tahun 2009. Pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada
keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran.
Di dalam laporan ini, saya ingin merujuk kepada tablet pendidikan yang telah dikaji oleh
Syafik Bakri tentang Artikel Mobil, Majalah PC, September 2012. Moga laporan ini memberi
manfaat terhadap warga pendidik.
2. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMPUTER TABLET
Tablet merupakan aplikasi terkini yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran oleh kebanyakan guru dan pelajar. Ianya sesuai dengan perkembangan
teknologi semasa yang semakin canggih.
Berikut adalah sejarah ringkas dan perkembangan komputer tablet:
Tablet telah mula diperkenalkan pada tahun 1915 lagi. Kemudian pada tahun 1950,
komputer tablet telah di rekacipta oleh Tom Dimond. Beliau telah merekacipta Tablet
Styalator elektronik dengan pena untuk input komputer dan perisian untuk pengenalan tulisan
tangan teks secara real-time.
SUMBER GOOGLE
Seterusnya pada tahun 1985, Wang Laboratories memperkenalkan Freestyle. Freestyle
kemudian dicatat sebagai aplikasi untuk sistem seperti PC Tablet. Sistem operasinya adalah
MS-DOS. Dalam perkongsian dengan Fujitsu, Poqet Computer Corporation telah
mengumumkan penggunaan PC Pocket. Tahun 1993, Fujitsu mengeluarkan PC tablet Poqet
pena pertama yang menggunakan LAN wayarles bersepadu.
Seterusnya, pada tahun 2001 pula, Bill Gates dari Microsoft menunjukkan prototaip
umum pertama dari sebuah PC Tablet.
Tahun 2003, PaceBlade menerima penghargaan "Innovation des Jahres 2002/2003"
untuk PC Tablet PaceBook dari PC Magazine Professionell di Cebit Fingerworks
mengembangkan teknologi sentuhan dan gerakan sentuhan yang kemudian digunakan di
iPhone Apple.
Berikutnya, pada tahun 2006, Samsung telah memperkenalkan Samsung Q1 UMPC.
Windows Vista dikeluarkan untuk kegunaan umum. Vista termasuk fungsi Tablet PC edisi
khusus dari Windows XP. Di Disney Channel Original Movie, Read It and Weep, Jamie
menggunakan Tablet PC untuk jurnalnya.
Tahun 2007, Axiotron memperkenalkan Modbook, komputer (dan hanya) tablet pertama
berdasarkan perkakasan Mac dan Mac OS X di Macworld. 2008, HP mengeluarkan tablet
Multi-Touch kedua: HP TouchSmart seri tx2. 2009, Asus mengeluarkan sebuah netbook
tablet, EEE PC T91 dan T91MT, yang terakhir yang dilengkapi dengan skrin pelbagai sentuh.
Tahun ini juga, Always Innovating mengeluarkan netbook tablet baru dengan CPU ARM.
Motion Computing melancarkan J3400.
Tahun 2010, MobileDemand melancarkan T7000 xTablet Rugged Tablet PC yang
menjalankan OS Windows dan ciri yang lengkap meliputi papan kekunci bernombor
bersepadu, barcode scanner, credit card reader, Apple telah memperkenalkan iPad dan
melancarkan Apple iOS.
Sistem Quaduro memperkenalkan 10 "QuadPad 3G Plus, 900 gram Microsoft Windows
berasaskan 3G tablet PC dengan 8 jam kuasa bateri. Samsung memperkenalkan Galaxy Tab,
menjalankan Google Android. bModo melancarkan bModo12 yang menggunakan fungsi
Windows 7 OS dan ciri-ciri termasuk TFT-LCD 11,6", 3G, Wi-Fi, GPS, Bluetooth 2.1,
USB 2.0, slot SDHC, slot kad SIM yang tidak terkunci, penyambung miniHDMI, OMTP
Jack, webcam, mic, dan lain-lain. Manakala Neofonie menjalankan WeTab, tablet PC untuk
menulis berasaskan MeeGo, menampilkan skrin pelbagai sentuh 11,6 inci pada resolusi 1366
768 piksel. Dixons Retail plc memperkenalkan Vega Advent, tablet PC 10" yang
menjalankan Android 2.2, memiliki chipset Tegra NVIDIA 1 GHz, RAM dan ROM 512 Mb,
kamera 1,3 MP, WiFi dengan sambungan b/g, Bluetooth 2.1, slot kad micro SD , USB port
dan daya tahan bateri hingga 16 jam untuk main balik audio dan 6,5 jam untuk video 1080p.
Dell Inspiron mengumumkan Netbook flip Duo Layar dan Tablet PC hibrida HP
mengeluarkan Slate 500, yang menjalankan versi penuh Windows 7.
Seterusnya pada tahun 2011, Motorola telah mengumumkan Xoom Tablet, tablet 10 inci
dengan versi Android 3.0 yang akan datang, yaitu Honeycomb. Asus EEE mengumumkan
memo pad (tablet 7 inci), EEE Slate EP121 (tablet Windows 7), EEE Pad Transformer (tablet
10 inch dengan Android) dan EEE Pad Slider (tablet 10 inch dengan skrin gelangsar atas,
keyboard QWERTY). Semua tablet menggunakan paparan IPS. Dell memaparkan tablet
Streak 7 yang beroperasi pada Streak 10 inci 10. Tahun ini juga, Apple telah melancarkan
iPad2.
3. BAGAIMANA TABLET DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Kini muncul tablet pendidikan sebagai aplikasi terkini. Industri tablet semakin
berkembang dan atas kejayaan ini, kita boleh melihat pelbagai jenis tablet dikeluarkan serta
tablet dengan ciri khusus seakan menjadi trend hari ini. Selain bertujuan mengecilkan skop
sasaran pembeli, tablet dengan pengkhususan mendidik telah dibina untuk mencapai
matlamat dan tujuan ciptaannya (Syafiq Bakri:2012:24).

Di dalam kajian oleh Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan yang
bertajuk Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains tahun 2012, pelajar boleh mengakses buku pelajaran melalui pangkalan
data atas talian atau laman web, atau mendengar pembelajaran dalam bentuk fail audio pada
pemain MP3. Sebagai contoh, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di Singapura telah
menggantikan buku dengan komputer tablet iPad yang bertujuan membuat perubahan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen, tahun 2012).

SUMBER GOOLE
4. SPESIFIKASI DAN APLIKASI TABLET STUDYBOOK YANG MENARIK
PERHATIAN PENGGUNA
Tablet terkini keluaran Intel 7 inci ini berkonsepkan reka bentuk mesra pengguna, ia
beroperasi dengan Android atau Windows dan dilengkapi pemprosesan Intel Atom Z650
single core 1,2GHz dengan memori DDR 1GB. Resolusinya 1024600 pixel dan terdapat
kamera 2 MP di belakang serta kamera VGA di bahagian hadapan. Ciri-ciri lain meliputi
perhubungan Wi-Fi, port USB, slot microSD, kelajuan, serta speaker dan mikrofon.
Sasaran penggunanya adalah di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan pertengahan
usia yang inginkan sesi pembelajaran interaktif. Reka bentuk tablet pendidikan Studybook ini
turut memiliki perisian pendidikannya sendiri termasuklah pengurusan bilik darjah, aplikasi
LabCam yang menyokong pertanyaan saintifik serta aplikasi aplikasi pencatat dan e-reader
yang telah dioptimumkan penggunaannya bagi guru untuk mengendalikan apa yang dapat
diakses oleh muridnya di tablet mereka. Tablet ini merupakan tablet pendidikan pertama
super cerdas ini.
Tablet Studybook ini turut dibina dengan Siri Pembelajaran Intel Software Suit (Intel LS)
serta disokong oleh ekosistem pendidikan yang luas bagi penyesuaian penggunaan di dalam
bilik darjah dengan keupayaan ciri-ciri unik mobiliti.
Tablet ini boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual telefon bimbit dengan harga antara
RM700.00 ke RM1, 000.00.
5. CONTOH DAN JENAMA TABLET
Tablet Studybook keluaran Intel. Tablet Galaxy Tab keluaran Samsung.

Tablet iPad keluaran Apple Inc.
6. KELEBIHAN TABLET DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Kelebihan tablet Studybook ini ialah walaupun ia bersaiz sederhana tetapi ia memiliki
ketahanan fizikal yang tahan lasak. Ia tetap dapat digunakan walau terjatuh dari ketinggian 70
cm. Tablet ini juga dilengkapi penutup getah yang melindung port sehingga kekal berfungsi
meskipun terkena air dan debu.
2. Ia turut dibina dengan Siri Pembelajaran Intel Software Suit (Intel LS) serta disokong oleh
ekosistem pendidikan yang luas bagi penyesuaian penggunaan di dalam bilik darjah.
3. Ia bermanfaat kepada pelajar dan guru yang membantu pembelajaran dalam memberi
kefahaman kandungan secara lebih interaktif, merangsang daya pemikiran dan meningkatkan
kemahiran teras pelajar.
4. Tablet ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan kerana tablet ini telah dipasang perisian
Trusted Platform Module (TPM) yang berasaskan perkakasan dan penghalang kecurian.
5. Mudah untuk dikendalikan dalam pelbagai situasi seperti berdiri, atau pengendalian dengan
tangan satu.
6. Lebih ringan, model kuasa yang lebih rendah boleh berfungsi sama dengan alat-alat bacaan
yang khusus seperti Kindle Amazon.
7. Persekitaran Touch membuat navigasi yang lebih mudah daripada menggunakan papan
kekunci dan tetikus atau pad sentuh dalam konteks tertentu seperti manipulasi imej, muzik,
atau tetikus permainan berorientasikan lukisan digital dan penyuntingan imej yang lebih tepat
dan intuitif daripada lukisan atau lakaran dengan tetikus.
8. Keupayaan untuk lebih mudah atau cepat kemasukan gambar rajah, catatan matematik, dan
simbol.
7. KELEMAHAN TABLET DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Tablet menghadapi masalah privasi. Contohnya, di dalam komuter atau LRT, jika
menggunakan tablet, orang yang berdiri di hadapan kita atau duduk di tepi kita mudah
melihat apa yang kita sedang layari.
2. Tablet mempunyai port yang sangat terhad dan hanya bergantung pada perisian yang ada di
dalamnya sahaja.
3. Harga yang lebih tinggi - komputer tablet jauh lebih mahal daripada PC mudah alih yang
bukan tablet walaupun gadjet ini telah diramalkan akan jatuh pasarannya. Tidak semua murid
mampu memiliki tablet peribadi masing-masing.
4. Sekolah perlu menyediakan lebih banyak gadjet berunsurkan tablet studybook sebagai
bahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kos yang tinggi.
5. Berkemungkinan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid hilang tumpuan
kerana mengakses internet atau aplikasi lain selain pengajaran guru.
8. RUMUSAN
Hakikatnya, tablet telah berkembang menjadi tapak pendidikan yang berkesan dan terkini.
Penggunaan komputer di bilik darjah kini boleh digantikan dengan tablet yang mudah alih
serta mudah diselenggarakan.
Dengan adanya tablet pendidikan seperti Studybook ini telah membuka ruang untuk
pendidikan berasaskan teknologi gajet terkini untuk pengajaran dan pembelajaran, selari
dengan keinginan dan keperluan masa kini.
Harapan saya, pendidik hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam
pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu
tinggi terhadap penggunaan teknologi dan aplikasi terkini supaya pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Disediakan oleh : Marsitah binti Mat Saad

9. RUJUKAN
Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001). Sistem
Komputer & Aplikasinya. Kuala Lumpur : Venton Publishing.
NOTA (2010). Discovering Computers 2009. Kolej Universiti Islam Selangor.
Shelly & Vermaat (2010). Discovering Computers 2010 : Living in a Digital Word. United States of
America : Course Technology.
Syafiq Bakri (2012). Artikel Mobil Majalah PC. Selangor Darul Ehsan : Grup Majalah Karangkraf
Sdn. Bhd.
Abu Safian bin Amir (2009). Perhubungan Antara Alat Bantu Mengajar Dengan Sistem
Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Di akses pada 10hb. Disember 2012, jam 10.22
malam. URL
:http://images.abusafianamir.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMmcagooCysAA
HR-IU1/ Jurnal%20 ilmiah. pdf? key= abusafianamir :journal:13&nmid=379026446
Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan Komputer
Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian
Kes Di Pulau Pinang. Di akses pada 10hb. Disember 2012, jam 9.21 malam.
URL : http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf
Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman & Siti Zamriah Mohd. Hussin (2009). Aplikasi IT
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Diakses pada 8hb. Disember 2012,
10.00 malam. URL: http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-
pembelajaran-pendidikan-islam
Halijah Binti Pakar, Dyg Hjh Yusni Binti Hj Jaafar, Nourul Hidayah Binti Hj Ibrahim & Hjh
Halina Binti Hj Kassim(2009). Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Diakses pada 10hb. Disember 2012, jam 9.35 malam.
URL : http://www.slideshare.net/adeendra/penggunaan-teknologi-pendidikan-dalam-
pengajaran-dan-pembelajaran-1269281

Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim dan Rohaya Abu Hassan (2012). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Diakses
pada 11hb. Disember 2012, jam 11.11 malam.
URL : http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/130.pdf

NTD Televisyen (2012). Singapore School Trials iPad as Textbook Replacement. Diakses pada
11hb. Disember 2012, jam 11.37 malam. URL : http://ntdtv.org/en/news/life/2011-01-
14/196332269116.html

Wikipedia Insiklopedia ( 2012). Komputer Tablet. Diakses pada 10hb. Disember 2012, jam
10.30 malam. URL :http://id.wikipedia.org/wiki/Komputer_tablet

Intel Atom Processor Z650 (512K Cache, 1.20 GHz). Diakses pada 23hb. Disember
2012, jam 6.33 petang. URL : http://ark.intel.com/products/55664/Intel-Atom-
Processor-Z650-512K-Cache-1_20-GHz

Afiq Hanif (2012). Intel perkenal Studybook. Kuala Lumpur : Harian Metro. Diakses pada
23hb. Disember 2012, jam 10.00 malam.
URL:http://www.hmetro.com.my/articles/IntelperkenalStudybook/Article

Anda mungkin juga menyukai