Anda di halaman 1dari 10

1.

PENDAHULUAN

Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang disertai oleh
ahli semua pasukan unit beruniform Tahap 2.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang
murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan murid juga perlu
memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan
menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di
samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam
melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata
pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua
anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Pada tahun ini, dijangkakan sejumlah 40 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit
Beruniform SK Ulu Ribu ini. Program ini akan melibatkan semua guru,kakitangan sekolah serta gur dan
peserta dari sekolah yang dijemput bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan,
reakrasi,dan kerohanian/moral dalam perkhemahan.


3. RASIONAL
Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan, disiplin yang tinggi
dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.


4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang
seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara
menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
setiap peserta walaupun dari kalangan sekolah yang berbeza.
4.4 Untuk mewujudkan suasana separa formal bagi pembelajaran murid dalam merealisasikan dasar
PPPM.

2
AML@SKUR2014
5. KONSEP PERKHEMAHAN

5.1. Pemantapan Intergrasi
5.1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun
5.1.2 Intergrasi melalui aktiviti
5.1.3 Memasak berkumpulan

5.2. Pertandingan
5.2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun
5.2.2 Seni Perkhemahan
- Pintu Gerbang
- Gajet
- Kraf Perkhemahan
5.2.3 Pertandingan Persembahan
5.3 Khidmat masyarakat
5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan/sekolah/persekitaran
5.4 Kerohanian dan moral
5.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh


6. PELAKSANAAN

6.1 TARIKH : _20 22 JUN 2014________ (3 hari / 2 malam)
6.2 MASA :Jumaat 3.00 petang (pendaftaran)
Ahad - 5.00 ptg (Penutup)
6.3 TEMPAT : Padang SK Ulu Ribu

















3
AML@SKUR2014
7. SENARAI JAWATANKUASA

7.1 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Penasihat : EN ZAINAL B ABD RAHMAN (GURU BESAR SKUR)

Pengerusi : EN MOHD YAZID ABD HAMID (GK KO-KURIKULUM)

T/Pengerusi : EN FAHRUR ROZI ISMAIL (GK TADBIR & KURIKULUM)
: PN SYARIFATUL LAILI JUMAIN (GK HEM)

Setiausaha : EN AMIRRUDDIN MOHD LAZIM (SU KO-KURIKULUM)

Penolong Setiausaha : PN SYAHRUL AIN ABD WAHAB (SU SUKAN)

Bendahari : PN ZAHIDAH ZARKASI

Komandan Kem : EN SHAHRUL AZMI JAMALLUDIN


7.2 URUSETIA, SEKRETARIAT DAN PENDAFTARAN

7.2.1 MAKANAN DAN SAJIAN
PN. SYARIFATUL LAILI BT JUMAIN
PN. ROHANA BT MOHD MOKHTAR
PN NOR FARHANA MOHAMAD
PN ROZILA CHE ROS

7.2.2 PERASMIAN PENUTUP DAN JURU ACARA
PN ZAHIDAH ZARKASI

7.2.3 KESELAMATAN/TATATERTIB
EN AMIRRUDDIN MOHD LAZIM
EN SYED HASSAN SYED LOP
EN MUTALIB ABD LATIP

7.2.4 PERALATAN
EN SHAHRUL AZMI JAMALLUDIN
EN MOHD KAMIL MOHD KASA
EN IJAM



4
AML@SKUR2014

7.2.5 AKTIVITI & PERTANDINGAN
EN AHMAD RIDZUAN KAMARUDDIN
EN AMIRRUDDIN MOHD LAZIM
PN ROZY MAIZATULAKMAL YAHYA

7.2.6 SIARAYA & RAKAMAN FOTO / VIDEO
EN FAHRUR ROZI ISMAIL
EN MEGAT MOHD KHIR MEGAT IBRAHIM

7.2.7 HADIAH DAN CENDERAMATA
PN ROSY MAIZATULAKMAL YAHYA
PN SYAHRUL AIN ABD WAHAB

7.2.8 IBADAH DAN KEROHANIAN
EN MOHD AMIN HASSAN
PN. SITI AJIR BT ABD RAHMAN
PN NOOR SHUHADAH KASSIM

7.2.9 BUKU PROGRAM
EN AMIRRUDDIN MOHD LAZIM






















5
AML@SKUR2014
8. SASARAN

Semua murid Tahap 2 adalah wajib menyertai program ini.


9. PENGINAPAN

MASS : Kawasan penginapan Pegawai - Kelas Tahun 5
AREA 1 : Kawasan perkhemahan peserta lelaki - Kelas Tahun 4 / Khemah Area 1
AREA 2 : Kawasan perkhemahan peserta perempuan - Kelas Pra / Khemah Area 2
DEWAN :Kantin sekolah

10. MAKAN MINUM

Sajian akan disediakan secara berkumpulan mengikut platun.
Setiap platun akan diselia oleh seorang fasilitator untuk membantu penyediaan sajian setiap sesi.





11. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA

PEGAWAI : Pakaian mengikut unit uniform masing-masing.
PESERTA : Pakaian T-Shirt dan uniform masing-masing
PAKAIAN AKTIVITI : T-Shirt sukan sekolah
TUDUNG : Berwarna hitam atau putih sahaja
KASUT : Berwarna putih atau hitam sahaja
RAMBUT (lelaki) : Nombor 2 / pendek dan tidak bergaya/fesyen tertentu


12. PETI BANTU MULA

Peti bantu mula / pertolongan cemas akan disediakan. Sebarang kecederaan serius akan dirujuk ke
Hospital Kuala Kangsar.








6
AML@SKUR2014
13. BORANG PENYERTAAN / KEBENARAN MENERIMA RAWATAN PESERTA

Semua murid wajib mengisi borang penyertaan perkhemahan dan mengembalikan keratan kebenaran
ibubapa sebelum ________________. Borang tersebut juga akan menjadi perakuan untuk membawa
murid menerima rawatan di hospital/klinik kerajaan.


14. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA PESERTA

14.1 Pakaian unit uniform sendiri
14.2 Seluar, T.Shirt dan pakaian dalam secukupnya
14.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut
14.4 Pakaian Solat / Kerohanian
14.5 Peralatan kebersihan dan ubat-ubatan peribadi
14.6 Pinggan, gelas, camca (bukan kaca)

15. HADIAH

Johan Keseluruhan - 7 orang
Naib Johan Keseluruhan - 7 orang
Ke-3 / Ke-4 (Saguhati) - 7 orang + 7 orang
Peserta Terbaik lelaki / Perempuan - 2 orang
Johan, Naib Johan dan Ketiga - memasak - 7 orang
- Seni Perkhemahan - 7 orang
- Persembahan - 7 orang
- Treasure Hunt - 7 orang
- Kawad Kaki - 7 orang
- Pertolongan Cemas - 7 orang















7
AML@SKUR2014
16. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

ARAHAN UMUM
16.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan dikeluarkan
bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan.
16.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak
Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa
perkhemahan
16.3 Semua peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan
16.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya
kecuali mendapat kebenaran daripada Komandan Kem atau pegawai perubatan yang
bertugas
16.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan arahan dari pihak urusetia
16.6 Waktu solat adalah mengikut waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah.
16.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan
16.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
16.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan



17. KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
17.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar diputuskan.
17.2 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
melalui guru dan bukan menggunakan telefon peribadi.
17.3 Peserta tidak dibenarkan membawa `Hand Phone semasa perkhemahan


18. KESELAMATAN: UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA
18.1 Keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
18.2 Jika berlaku kecemasan, siren/wisel akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti
dengan arahan / arah pergerakan
18.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.








8
AML@SKUR2014
19. KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA
19.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah
ditetapkan
19.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
19.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
19.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem /
seumpamanya
19.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diringi oleh pegawai


20. PAKAIAN / NAME TAG:
Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut
aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan
- Semasa Pertandingan
- Semasa Aktiviti Integrasi
- Semasa Sukan dan Riadah
- Semasa Aktiviti Kerohanian
- Semasa Majlis Perasmian Penutup


21. PERATURAN PERBARISAN: (tepati masa)

21.1 Bentuk Perbarisan :
a. Perbarisan Keseluruhan Anggota Perkhemahan - Tindakan Kem Komandan
b. Perbarisan Platun - Tindakan Ketua Platun

21.2 Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan
21.3 Perbarisan pagi/ Sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh Kem Komandan mengikut
kaedah :
- Doa
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Perak
- Lagu Sekolah
- Melapor (Ketua Platun melaporkan kekuatan anggota kepada Pegawai Bertugas)
21.4 Jurulatih mengambil tempat dan seterusnya menjalankan tugas






9
AML@SKUR2014
22. PERATURAN KEBERSIHAN:
22.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
22.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
22.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
22.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
22.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
22.6 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
22.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan
teratur sebelum solat bermula
22.8 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama
22.9 Bagi kaum wanita sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.


23. PERATURAN KELUAR MASUK
23.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam
buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia
23.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan
kem
23.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen
dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing


24. PENILAIAN
24.1 Borang penilaian akan dibuat melalui borang yang diedarkan kepada peserta
pada akhir setiap aktiviti
24.2 Borang berkenaan perlu dikembalikan semasa kontinjen melapor untuk keluar
dari kawasan perkhemahan













10
AML@SKUR2014
25. ANGGARAN PERBELANJAAN
26.1 Pendapatan
RM
1. Sumbangan Individu/Pihak Luar 1400.00

2.


Sumbangan PIBG

200.00

1600.00

26.2 Perbelanjaan
RM
1. Makan minum Guru/Staff / Murid 600.00

2. Hadiah & Hamper

500.00
3. Bahan & Alatan Sukaneka 200.00

4. Peti Pertolongan Cemas 50.00

5. Dokumentasi 50.00

6. Bayaran Penceramah Jemputan 200.00

JUMLAH 1600.00


26. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Unit Beruniform ini dapat dijalankan dengan
sempurna. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat amat diperlukan untuk
menjayakan hasrat murni KPM selaras PPPM.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________ __ ____________________________
(AMIRRUDDIN MOHD LAZIM) (MOHD YAZID B ABD HAMID)
SU KO-KURIKULUM GURU KANAN KO-KURIKULUM


Disahkan oleh:


__________________________
(ZAINAL B ABD RAHMAN)
Guru Besar
SK Ulu Ribu

Anda mungkin juga menyukai