Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

PERKARA BUTIRAN
a) Nama Program :
Terapi Bowling

b) Tarikh Program :
27.5.2014

c) Tempat Program :
PUSAT BOWLING DAERAH LARUT MATANG & SELAMA


d) Penganjur
:
SK DATO PANGLIMA BUKIT GANTANG


e) Kumpulan
Sasaran/Peserta

: MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS
f) Ringkasan
Perjalanan Program
(Rumusan mengikut
tentatif keseluruhan
program)

: Murid-murid berkumpul di Kelas Pendidikan Khas SKDPBG pada
jam 7.30 pagi untuk penerangan dan taklimat program.
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Guru-guru dan murid-murid P.Khas bertolak ke Padang Permainan
Taman Tasik dengan menaiki kenderaan guru.
Aktiviti dimulai dengan senamrobik yang diketuai oleh En. Azraei.
Murid-murid melakukan aktiviti senamrobik dengan gembira.
Selepas selesai bersenam, murid-murid dan guru-guru menikmati
hidangan Nasi Ayam Merah di tepi padang permainan. Aktiviti
berkelah beramai-ramai ini dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan sesama warga Pendidikan Khas.
Pada jam 10.45 pagi, perjalanan kami diteruskan ke Winners Bowl,
Larut Matang untuk melakukan aktiviti terapi bowling. Murid
dibahagikan mengikut kumpulan yang telah disusun. Murid
murid dan guru-guru memakai kasut bowling yang disediakan.
Murid-murid diajar cara balingan bowling oleh guru. Setelah 2 kali
percubaan, terapi bowling dijalankan. Aktiviti terapi bowling dijalankan
bagi 1 set dan mengambil masa satu setengah jam untuk selesai. Jelas
terpancar keletihan di wajah murid-mrid namun terselit juga wajah
kegembiraan masing-masing. Pengiraan markah kumpulan bowling
Dijalankan. Murid-murid diberi hadiah dan cenderahati atas usaha yang
ditunjukkan. Kami bertolak pulang ke sekolah pada jam 2 petang.

g) Kos Perbelanjaan
(RM) (sertakan
bersama Penyata
Perbelanjaan)
: RM 340

h) Masalah/ kekangan
yang dihadapi
: Murid-murid dilatih dalam tempoh waktu yang singkat iaitu lebih kurang
15 minit sebelum aktiviti terapi bowling.
Pengangkutan bas/van sekolah terlalu mahal.






i) Kelebihan / Manfaat
program kepada
peserta
: 1. Menimbulkan minat terhadap aktiviti sukan.
2. Meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk melakukan balingan
Bowling tepat ke sasaran.
2. Meningkatkan daya berfikir tentang teknik dan strategi yang akan
digunakan untuk menuju sasaran (bola bowling)
3. Meningkatkan stamina murid-murid pendidikan khas kerana
daya metabolism yang tinggi untuk bertahan dalam waktu yang lama.

j) Cadangan
penambahbaikan
program

: 1.Melatih murid membuat balingan bowling sebelum 15 minit sebelum
memulakan acara terapi bowling.







Disediakan oleh,

..
ERMAWANI BINTI SHAFIE









Lampiran (Perbelanjaan)



Penyata Kewangan

Perkara

Bilangan / Kuantiti Jumlah (RM)
Pengangkutan (kereta guru) RM 30 x 4 buah kereta 120.00
Makanan RM 6 x 20 orang 120.00
Tiket Bowling RM 5 x 20 orang 100.00
Jumlah 340.00



Sumber Kewangan

1. Badan Kebajikan PPKI RM 220.00
2. Kutipan murid PPKI RM 120.00
JUMLAH RM 340.00































Lampiran (Gambar)

SENAMROBIK






MENJAMU SELERA






TERAPI BOWLING
















PENGIRAAN MARKAH




KUMPULAN BOWLING




PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI

Anda mungkin juga menyukai