Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN A ( 30 % markah : Individu )

Autonomy is one of the main focuses featured in professionalism characteristics.


Forsyth and Danisiewicz (1985) contributes professionalism debates stating that, the
tasks of professionals are important, exclusive and complex, so professionals should
have the autonomous decision making powers free from external pressures.
(Defining Teacher Professionalism from different perspectives. Nihan Demirkas,
2010)

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas bahawa guru harus diberikan
lebih autonomi dalam menjalankan tugas dan perananya? ( 30% markah )

PANDUAN

1. Pendahuluan
muka surat
Terangkan konsep autonomi dan tugas dan peranan guru.
Kepentingan autonomi dalam tugas dan peranan guru.
Rujukan perlu ditulis.

2. Isi Kandungan
Sejauhmanakah perlu diberikan 5 hujah menyokong dan tidak menyokong
mengapa guru harus atau tidak harus diberikan autonomi.
Jawapan bernas dan disokong dengan rujukan ( Menurut John ( 1999 ) ..)
Pastikan rujukan yang dituliskan dalam isi kandungan disenaraikan dalam senarai
biliografi.
Rujukan internet dan buku dalam BI dan BM harus digunakan dalam menjawab
soalan ini.
Setiap isi atau hujah dibincangkan dalam perenggan yang berlainan.
Setiap perenggan dipisah dengan satu baris.

3. Kesimpulan
Membuat satu kesimpulan yang jelas.
Paling banyak muka surat

4. Bibliografi
Senarai rujukan yang digunakan dalam perbincangan sahaja perlu disediakan.
Sekurang-kurangnya 5 sumber rujukan.
Rujukan seperti Wikipedia, Kamus, buku Ee Ah Meng, Mok Soon Sang tidak
diterima.
Rujukan kajian, buku dan artikel dalam internet sama ada dalam negara atau luar
negara harus digunakan.
TUGASAN B ( 30 % markah : Kumpulan )
Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam
pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat
melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa
mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang
bertamadun tinggi.

(a) Gunakan instrumen kajian amalan etika ( Lampiran 1 ) yang diberikan buat satu
kajian ringkas mengenai pemahaman guru pelatih mengenai kod etika? ( 10 % markah )

(b) Buat analisis terhadap maklumat yang dikumpul dan berdasarkan dapatan kajian di
atas cadangkan bagaimana anda dapat meningkatkan profesionalisme guru selaras
dengan hasrat kementerian. ( 20 % markah )

PANDUAN

Bahagian ( a ) Kajian Amalan Etika

1. Pendahuluan
muka surat
Terangkan konsep kod etika
Kepentingan kod etika dan pemahaman guru terhadap kod etika
Rujukan perlu ditulis.

2. Pelaksananaan Kajian Amalan Etika
Bincangkan secara ringkas instrumen kajian amalan etika, cara melaksanakan dan
menganalisis data dengan mengira min atau peratus bagi setiap kod etika dan
keseluruhannya. Dapatkan 10 orang guru pelatih sebagai responden anda.

3. Dapatan Kajian

Bincangkan dapatan kajian mengikut kod etika. Contohnya tanggungjawab guru
terhadap murid. Seterusnya bincangkan dapatan kajian secara keseluruhan
Pastikan dapatan kajian dibuat dengan sistematik. Bincangkan setiap kod dalam
perenggan berasingan.
Jadual digunakan untuk menunjukkan dapatan kajian. Jadual perlu dilabel dan
dinomborkan.
Dapatan kajian dibincangkan.

4. Cadangan bagaimana meningkatkan profesionalisme guru selaras dengan hasrat
kementerian

Perlu diberikan 5 cadangan bernas dan disokong dengan rujukan.
Pastikan rujukan yang dituliskan dalam isi kandungan disenaraikan dalam senarai
biliografi.
Rujukan internet dan buku dalam BI dan BM harus digunakan dalam menjawab
soalan ini.
Setiap isi atau hujah dibincangkan dalam perenggan yang berlainan.
Setiap perenggan dipisah dengan satu baris.

5. Kesimpulan
Membuat satu kesimpulan yang jelas.
Paling banyak muka surat

6. Bibliografi
Senarai rujukan yang digunakan dalam perbincangan sahaja perlu disediakan.
Sekurang-kurangnya 5 sumber rujukan.
Rujukan seperti Wikipedia, Kamus, buku Ee Ah Meng, Mok Soon Sang tidak
diterima.
Rujukan kajian, buku dan artikel dalam internet sama ada dalam negara atau luar
negara harus digunakan.





















TUGASAN C ( 40 % markah : Individu )

Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami dan menghayati etika dan profesion
keguruan supaya dianggap professional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan
Pengetua/Guru Besar yang seolah-olah telah terlupa tentang kewujudan kod etika
keguruan, dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor
materialistik. Guru menggunakan lebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah
perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan
dengan pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika dan profesion keguruan.

(a) Kumpulkan maklumat mengenai isu kod etika di sekolah yang anda pernah
menjalani praktikum. ( 20% markah )
(b) Berdasarkan isu-isu yang telah dikenalpasti dalam (a) bincang bagaimana sekolah
telah menangani isu tersebut dari pelbagai pespektif. ( 20 % markah )


1. Pendahuluan
muka surat
Terangkan konsep kod etika dan isu kod etika
Kepentingan pematuhan kod etika dan peranan sekolah dalam menangani isu kod
etika.
Rujukan perlu ditulis.

2. Isu Kod Etika Di Sekolah

Huraikan secara terperinci 5 isu kod etika di sekolah.
Pastikan isu yang dibangkitkan dikaitkan dengan kod etika dengan jelas.

Setiap isu dibincangkan dalam perenggan berasingan.

3. Bagaimana Sekolah Menangani Isu Kod Etika

Huraikan tindakan sekolah dalam menangani isu kod etika tersebut secara
terperinci. Contohnya jika ianya ada kaitan dengan pekeliling maka sebutkan
nama pekeliling tersebut.
Tindakan yang dibincangkan mesti sama dengan isu kod etika yang disebutkan
dalam perenggan di atas.
Rujukan perlu dituliskan untuk membukti ianya benar.



4. Kesimpuulan
Membuat satu kesimpulan yang jelas.
Paling banyak muka surat

5. Bibliografi
Senarai rujukan yang digunakan dalam perbincangan sahaja perlu disediakan.
Sekurang-kurangnya 5 sumber rujukan.
Rujukan seperti Wikipedia, Kamus, buku Ee Ah Meng, Mok Soon Sang tidak
diterima.
Rujukan kajian, buku dan artikel dalam internet sama ada dalam negara atau luar
negara harus digunakan.

Anda mungkin juga menyukai