Anda di halaman 1dari 7

PRAKTIKAL 1 : PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Tajuk : Pengukuran dalam kehidupan seharian


Tarikh :
Tujuan : Untuk mengambil dan membandingkan ukuran yang menggunakan
pelbagai jenis instrument.
Bahan dan Radas :
Pembaris meter
Angkup vernier
Tolok skru mikrometer
Neraca tuas
Neraca elektronik
Dawai kuprum
Sebatang pensel
Sehelai kertas
Satu sudu teh pasir

Prosedur :
Aktiviti 1 : Pengukuran Panjang
1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum dan sehelai kertas diukur dengan
menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer.
2. Ukuran yang telah dibuat diulang.
3. Keputusan di catatkan dalam jadual.


Aktiviti 2 : Pengukuran Jisim
1. Jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir di sukat menggunakan neraca
tuas dan neraca elektronik.
2. Ukuran yang telah dibuat diulang.
3. Keputusan yang diperolehi dicatatkan dalam jadual.


Pemerhatian :

Aktiviti 1 : Pengukuran panjang
i) Pembaris meter

Objek
Diameter/cm
Purata/cm 1 2 3

Pensel

0.7

0.6

0.7

0.67

Dawai Kuprum

0.06

0.07

0.07

0.06

Batang Loyang

0.3

0.3

0.3

0.3
(Ralat sifar : 0.05cm)

ii) Angkup Vernier

Objek
Diameter/cm
Purata/cm 1 2 3

Pensel

0.73

0.73

0.73

0.73

Dawai Kuprum

0.03

0.03

0.03

0.03

Batang Loyang

0.31

0.31

0.31

0.31
(Ralat sifar : 0.002cm)

iii) Tolok skru mikrometer

Objek
Diameter/mm
Purata/cm 1 2 3

Pensel

73.3

73.3

73.4

73.3

Dawai Kuprum

0.34

0.35

0.34

0.34

Batang Loyang

31.2

31.3

31.2

31.2
(Ralat Sifar : 0.005mm)

Aktiviti 2 : Pengukuran Jisim

i) Neraca tuas
Objek
Jisim/g
Purata/g
1 2 3
Pensel 3.35 3.30 3.30 3.32
(Ralat sifar : 0.40)

Objek
Jisim/g
Purata/g
1 2 3
Bikar + pasir 184.40 184.60 184.45 184.48
Pasir 88.15 88.35 88.20 88.23
(Ralat sifar : 0.40g)

Jisim bikar kosong : 98.25g

ii) Neraca elektronik
Objek
Jisim/g
Purata/g
1 2 3
Pensel 3.34 3.34 3.33 3.34
(Ralat sifar : 0.40g)

Objek
Jisim/g
Purata/g
1 2 3
Bikar + pasir 185.18 185.18 185.18 185.18
Pasir 70. 94 70.94 70.94 70.94
(Ralat sifar : 0.40g)

Jisim bikar kosong : 94.24g

Perbincangan :

Aktiviti 1

Nilai bacaan yang paling rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran.
Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat
berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer
merupakan alat pengukur yang paling persis.

Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai
sebenar.Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang
lebih dekat dengan nilai sebenar.Maka, tolok skru mikrometer adalah alat
penyukat yang paling jitu.
Aktiviti 2
Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran.
Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai nilai bacaan yang lebih
rapat bebbanding neraca tuas. Maka, neraca elektronik merupakan alat
menyukat jisim yang paling persis.

Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai
sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai bacaan yang
paling jitu berbanding neraca tuas.

Langkah berjaga-jaga :

1. Mengelakkan ralat paralaks.
2. Mengelakkan ralat sifar.
3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan
terbaik.
4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca.

Kesimpulan :

Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam
mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca eklektronik mempunyai
kejituan dan kerpersisan yang baik dalam menyuakat jisim objek.


Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Soalan :

Aktiviti 1

1. Daripada ketiga-tiga alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur
panjang, yang manakah paling persis? Yang paling jitu ?
Nilai bacaan yang paling rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran.
Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat
berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer
merupakan alat pengukur yang paling persis.

Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai
sebenar.Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang
lebih dekat dengan nilai sebenar.Maka, tolok skru mikrometer adalah alat
penyukat yang paling jitu.

2. Seorang pelajar mengukur ketebalan sesuatu objek menggunakan
pembaris meter dikatakan tidak realistik untuk mencatatkan bacaan
sebagai 4.32 cm. Jelaskan ?
Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat sebagai 4.32cm kerana
kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm.Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu.

3. Apakah instrumen yang paling sesuai untuk digunakan mengukur
ketebalan sehelai kertas ? Terangkan.
Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sehelai kertas ialah
tolok skru mikrometer kerana kepekaan tolok skru mikrometer ialah 0.01mm
atau 0.001cm. ketebalan sekeping kertas boleh ditentukan dengan mengukur
ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran
tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan ukuran bagi
sekeping kertas.



Aktiviti 2.

1. Daripada kedua-dua alat pengukur yang digunakan untuk mengukur
jisim, yang manakah paling persis?Yang paling jitu? Terangkan.
Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran.
Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai nilai bacaan yang lebih
rapat bebbanding neraca tuas. Maka, neraca elektronik merupakan alat
menyukat jisim yang paling persis.

Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai
sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai bacaan yang
paling jitu berbanding neraca tuas.

2. Nama lain bagi neraca yang boleh digunakan untuk mengukur jisim
dalam kehidupan seharian.
Penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian ialah
neraca tiga palang/alur ,neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung.

3. Apakah yang telah anda belajar daripada kedua-dua aktiviti di atas ?
Apabila menggunakan satu alat pengukur beberapa bacaan akan diambil
untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah. Bacaan perlu diambil
beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat
pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur,
contohnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya
pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Dalam mengambil ukuran dan
sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu
kepersisan, kejituan dan kepekaan alat pengukur. Kepersisan ialah
kebolehan suatu aklat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali
ukuran dibuat. Kejituan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu
nilak pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai.
Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang
kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka
jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil.

Sebelum mengukur atau menyukat sesuatu objek ralat paralaks harus
dielakkan serta memastikan terdapat atai tidak ralat sifar bagi alat pengukur
tersebut. Tolok skru micrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang
terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik
mempunyai kejituan dan kepersisan dalam menyukat objek.

Anda mungkin juga menyukai