Anda di halaman 1dari 4

9/24/2014

kejesookasooki: PPISMP SEM 3 - PK : INKUIRI PENEMUAN (PN HARLINA BT HJ ISHAK)


0

More

Next Blog

Create Blog

Sign In

kejesookasooki
sebuah perjalanan hidup
Home
SATURDAY, OCTOBER 30, 2010

ShoutMix
Live chat
software for
your website

PPISMP SEM 3 - PK : INKUIRI PENEMUAN (PN HARLINA BT HJ ISHAK)


Ai, takkan tengok je.:)
KAEDAH PENGAJARAN INKUIRI PENEMUAN

Secara amnya, inkuiri penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu

Click here to
check it out now!

fenomena yang berlaku disekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Ia merupakan satu pendekatan

0.0012s

setiap pelajar. Kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini adalah memusat kepada kanak-kanak. Murid-murid diberi

pembelajaran yang lebih menekankan aktiviti untuk memupuk kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam diri
suatu situasi atau bahan atau perkara yang bermasalah untuk diselesaikan dengan bimbingan guru. Kaedah ini
adalah menarik serta merangsangkan murid-murid kerana mereka perlu menggunakan kreativiti, pemikiran,
penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.
Kaedah inkuiri penemuan ini dicipta oleh Richard Suchman dengan membuat andaian berdasarkan
strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains iaitu sifat ingin tahu dengan memupuk dan membina rasa ingin tahu
dalam diri seseorang.

ShoutMix chat widget


Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada
TOLONG BAGI IKAN-IKAN NI
MAKAN =)

penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan
membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan
kelemahan kaedah yang digunakan (Herank, 2000). Proses inkuiri ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan
ahli-ahli sains dalam membuat penemuan yang melihat sains sebagai binaan teori dan idea berasaskan alam
fizikal. Inkuiri adalah proses yang kompleks, anjal dan tidak terikat pada langkah-langkah yang dipanggil kaedah
saintifik.

RECENT POSTS

Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak mempelajari kemahiran inkuiri apabila mereka: Menanya soalan
BLOG ARCHIVE

November (50)
October (25)

Meneroka dan menyiasat Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat Membuat penjelasan yang
munasabah Menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita.
Maksud Inkuiri Mengikut DeBoer (1991), apabila beliau disuruh memilih satu perkataan menerangkan matlamat
pengajaran sains dalam tempoh 30 tahun yang bermula lewat tahun 1950-an, perkataan itu adalah INKUIRI. Inkuiri

FOLLOWERS

secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.
Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab
soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut:
Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul
data dan membuat kesimpulan menyelesaikan masalah. Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran,

http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/10/ppismp-sem-3-pk-pn-harlina-bt-hj-ishak.html

1/4

9/24/2014

kejesookasooki: PPISMP SEM 3 - PK : INKUIRI PENEMUAN (PN HARLINA BT HJ ISHAK)


maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat

Join this site


with Google Friend Connect

melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Whet School & Disney Learning Partnership,

Members (50) More

2000). Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada
penyoalan yang diutarakan.
Terdapat beberapa model inkuiri dan antara model-model inkuiri yang utama ialah model inkuiri sosial,
model inkuiri sains dan model inkuiri latihan. Kaedah inkuiri penemuan ini dapat menimbulkan minat dan
meninggikan daya kreativiti pelajar kerana mereka dibiasakan supaya mengemukakan soalan apa, bagaimana,
mengapa dan berbagai-bagai persoalan yang memerlukan mereka mencari jawapan dalam bentuk kritis
dan kreatif. Oleh itu, teknik juga boleh melatih otak mereka berfikir secara bebas. Disiplin yang tinggi juga
diperlukan bagi menyelesaikan masalah dan jika dijalankan secara kumpulan, dapat memupuk semangat

Already a member? Sign in

kerjasama dan toleransi di kalangan ahli kumpulan.

ABOUT ME

Sekiranya guru merancang untuk menjalankan kaedah inkuiri penemuan ini sebagai aktiviti pembelajaran,

sookasooki
View my complete
profile

terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi, iaitu;

Pilih sesuatu topik yang bersesuaian bagi menarik minat pelajar dan mencabar pelajar untuk
menyelesaikannya.

MY BLOG LIST

! Tutorial Untuk Blog | Tips


Blogspot
4 weeks ago

Menyediakan alatan yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini.

Mengadakan perbincangan awal mengenai objektif kajian yang baik

Guru perlu menerangkan tugasan dan langkah-langkah kajian dengan terperinci supaya pelajar tidak
terpesong semasa menjalankan kajian.

cartoonrama

5 months ago

IPG CHAT ROOM

Guru perlu membimbing dan mangawasi pelajar setiap peringkat.


Elakkan daripada membantu dan memberitahu pelajar jawapan dan biarkan semua aktiviti dijalankan
sendiri oleh pelajar supaya mereka dapat melakukan yang terbaik, dapat memahami dengan terperinci dan

3 years ago

boleh menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah dan berdikari.

KPLI Julai 2008

5 years ago

Nota PISMP

Mengadakan perbincangan selepas segala kajian selesai dijalankan bagi tujuan peneguhan.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti sewaktu merancang aktiviti pembelajaran menggunakan

1 year ago

kaedah inkuiri penemuan, iaitu:


Show All

1. kenalpasti objek
2. merancang alternatif penyelesaian
3. mengumpul maklumat secukupnya
4. menganalisis maklumat
5. membuat generalisasi dan rumusan
6. mengesahkan penemuan
Peta minda diatas menunjukkan secara ringkas bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran menggunakan
kaedah ini. Pengajaran inkuiri memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan berhubung isi
kandungan dan pedagogi merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar kanak-kanak mencadangkan
soalan dan membentuk pembelajaran mereka sendiri melalui perbincangan dan perdebatan sesama sendiri.
Pembelajaran inkuiri-penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi. Pembelajaran secara penemuan berlaku
apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid itu sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen
akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk
memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Namun demikian, perlu diingat bahawa
pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan
terbimbing.
Aktiviti boleh bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah: cara bergerak, mengesan
habitat, pemakanan, bentuk dan rasa pada sentuhan serta bunyi apabila ada. Eksperimen ringkas boleh dirancang
bagi menguji jenis tanah yang sesuai, pemakanan yang sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh
dengan ramalan atau telahan awal. Kanak-kanak boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka secara lisan
ataupun dengan gambar-gambar yang dilukis. Dalam contoh ini, kanak-kanak menggabungkan kemahiran berfikir
secara kritis dengan pengetahuan baru mereka berhubung tanah dan cacing tanah. Inkuiri saintifik adalah teras
pengajaran sains dalam semua peringkat. Inkuiri saintifik berlaku apabila: Pengalaman pembelajaran memberi
masa kepada kanak-kanak membina kefahaman berhubung sains melalui integrasi konsep dan proses dalam
konteks yang menggalakkan penerokaan, perdebatan dan perbincangan. Pengalaman pembelajaran memberi
peluang kepada kanak-kanak membina, mengguna, dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan
keraguan. Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan atau penerokaan dicerminkan dalam
amalan. Pendekatan Pengajaran Inkuiri Pengajaran sains berorientasikan inkuiri dapat dibincangkan daripada
pelbagai perspektif .
Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan,

http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/10/ppismp-sem-3-pk-pn-harlina-bt-hj-ishak.html

2/4

9/24/2014

kejesookasooki: PPISMP SEM 3 - PK : INKUIRI PENEMUAN (PN HARLINA BT HJ ISHAK)


rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain. Semakin muda umur
kanak-kanak, semakin tak formal persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang tak formal
menggalakkan pembelajaran melalui permainan secara spontan yang mana kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang
menarik minat mereka, seperti bermain dengan blok dan bahan-bahan permainan binaan. Namun begitu,
permainan spontan bukanlah satu-satunya alternatif yang ada bagi pembelajaran akademik pada peringkat awal
kanak-kanak.
Dapatan-dapatan kajian menyarankan pengalaman pembelajaran pada peringkat ini memerlukan
pendekatan berorientasikan intelek iaitu kanak-kanak berinteraksi dalam kumpulan kecil sambil melakukan aktiviti
atau projek yang membantu mereka membina kefahaman daripada pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum
seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk kanak-kanak meneroka dan
membuat penyiasatan. Projek-projek seperti ini membantu kanak-kanak menguasai dan memantapkan kemahirankemahiran memerhati, melakukan eksperimen, membuat inkuiri, dan meneliti aspek-aspek yang menarik lagi
penting dalam persekitaran mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat
semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka.
Antara matlamat pendidikan sains adalah menyediakan kanak-kanak yang faham kaedah taakulan inkuiri
saintifik dan dapat menggunakan kaedah itu. Justeru, sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan
sains seperti yang diamalkan.Kurikulum sains seharusnya menggalakkan pembelajaran aktif, inkuiri, penyelesaian
masalah, pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran lain yang dapat memotivasikan kanak-kanak belajar
sains. Kanak-kanak perlu diberi pelbagai peluang mengumpul, menyusun dan mengelas, membuat pemerhatian,
menulis catatan dan melakar gambar rajah, menemu bual, dan membuat tinjauan (Rutherford & Algren, 1990).
Kebaikan dan kelemahan Perlaksanaan Kaedah Inkuiri Penemuan
KEBAIKAN
1.

Oleh sebab murid-murid memperoleh


jawapan dengan usaha sendiri, ingatan

KELEMAHAN

1. Ia mengambil masa yang panjang dan


pemesongan topik kerap berlaku.

mereka adalah lebih kukuh.


2.

Ganjaran yang diperoleh adalah dalam


bentuk motivasi

3.

Minat murid dalam tajuk atau bidang yang


disiasat itu akan bertambah.

2. Murid-murid biasa mendapat rumusan yang


berlainan daripada yang dirancang.

3. Rumusan yang salah setelah banyak masa


dan

tenaga

telah

dicurahkan

amat

melemahkan semangat murid-murid.


4.

Strategi ini berperanan di domain aras


kognitif tinggi seperti membuat analisis,
sintesis dan penilaian.

4. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang


luas serta mendalamn tentang satu-satu
mata pelajaran supaya dapat memberikan
bimbingan yang berkesan.

5.

Murid memperoleh kemahiran serta sikap


yang perlu untuk pengajaran kendiri.

5. Ia adalah lebih sesuai bagi murid-murid yang


telah mencapai peringkat operasi formal (1115 tahun ke atas) di mana mereka boleh
menggunakan

logik

untuk

memahami

kebanyakan perkara serta menyelesaikan


masalah secara logis.

Like 5 people like this. Be the first of your friends.

Posted by sookasooki at 7:17 PM

Recommend this on Google

No comments:
Post a Comment

http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/10/ppismp-sem-3-pk-pn-harlina-bt-hj-ishak.html

3/4

9/24/2014

kejesookasooki: PPISMP SEM 3 - PK : INKUIRI PENEMUAN (PN HARLINA BT HJ ISHAK)

Enter your comment...

Comment as:

Publish

Google Account

Preview

Newer Post

Home

Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Picture Window template. Template images by sandsun. Powered by Blogger.

http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/10/ppismp-sem-3-pk-pn-harlina-bt-hj-ishak.html

4/4

Anda mungkin juga menyukai