Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat


menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi tajuk Tamadun
Islam dan Asia ini. Dalam tugasan ini saya telah memilih sebuah buku yang
berkaitan dengan sukatan tamadun islam dan Asia iaitu 3i Islam Iman Ihsan.Saya
perlu membaca keseluruhan buku ini dengan tekun dan memahami isi
kandungannya.Saya perlu juga meneliti dan memperhalusi isu-isu utama dalam
topik yang dipilih untuk dijadikan sebagai ulasan buku. Di samping membuat ulasan
mengikut topik yang dipilih saya juga perlu melihat kekuatan dan kelemahan yang
terdapat padanya. Selain itu juga saya turut memberi idea-idea bernas untuk
meningkatkan lagi kualiti buku tersebut.
Dalam tugasan membuat ulasan buku ini dapatlah saya mengetahui bahawa
ulasan buku adalah sebagai tanda meraikan dan menghargai sumbangan dan penat
lelah pengarang dalam menyuburkan korpus ilmu pengetahuan. Melaluinya juga
dapatlah diketahui bahawa setiap orang perlu lebih sensitif terhadap apa sahaja
yang dikemukakan,malah kita akan menggunakan semua kemahiran yang ada untuk
melihat,mengukur bahkan membuat rumusan hasil kerja pengarang. Mengulas
tulisan orang lain sebenarnya dapat menjadikan seseorang akan lebih kritis,kreatif
dan inovatif.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa mengulas sesebuah buku bukan suatu
tugasan yang mudah.Sedikit sebanyak untuk mengulas sebuah karya ilmiah ini
sebenarnya memerlukan kepakaran dan kemahiran tertentu.Sebaik-baiknya
,pengulas perlu juga mempunyai kedudukan yang yang baik dalam kalangan sarjana
bidang tersebut iaitu dikenali dan diakui kebolehan dan kefahaman dalam isu yang
dibincangkan oleh pengarang.Walau bagaimanapun saya cuba untuk mengikuti
langkah-langkah yang diberikan untuk mengulas atau mengupas sebuah teks ilmiah
ini walaupun saya bukan dikalangan sarjana bidang tersebut.Walaupun kupasan
yang diberikan tidak sebaik yang dikendaki mengikut format yang diberikan,saya
tetap menganggap ini adalah cabaran awal pada saya untuk memulakan langkah
menjadi seorang pelajar yang berfikiran kritis,kreatif dan inovatif pada masa akan
datang. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang kurang itu
datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai