Anda di halaman 1dari 2

The professional and personal benefits of being a PPG student.

Kelebihan kepada profesionalisme dan peribadi sebagai seorang pelajar PPG (program
pengsiswazahan guru).
Program pengsiswazahan guru (ppg) merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah rancangan
Malaysia ke-10 dengan seliaan kementerian pelajaran Malaysia dan pelaksanaannya dijalankan oleh
ipgm (institute pendidikan guru malaysia) kepada pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan
diploma (PPPLD) untuk mereka melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Hasrat
murni kerajaan adalah bagi memastikan golongan pendidik mendapat pendedahan ilmu dan
pengetahuan serta pengalaman baru dalam dunia pendidikan seterusnya dapat melebarkan ilmu
dan pengalaman ini kepada kumpulan pelajar di sekolah. Selain itu, kerajaan juga berhasrat menaik
taraf kualiti sistem pendidikan di Malaysia agar sistem pendidikan sedia ada akan meningkat dan
mencapai satu tahap kualiti yang mampu menjadi penentu dan pemangkin kepada sebuah negara
maju dengan acuan sendiri.
Terdapat beberapa kelebihan utama dari sudut profesionalisme guru-guru dengan
menyertai program ini. Bermula tahun 1996, kerajaan telah mengumumkan bahawa sijil pendidikan
yang diperolehi dari maktab-maktab perguruan seluruh Malaysia dinaik taraf menjadi kursus
diploma pendidikan Malaysia (KDPM). Perkembangan system pendidikan ini sekaligus menaik taraf
serta meningkatkan tahap kelayakan akademik atau ikhtisas perguruan dari sijil ke diploma.
Kemudian dari itu, tahap kelayakan ini dipertingkatkan lagi dengan menyasarkan 90% guru di
sekolah rendah dan 100% di sekolah menengah mempunyai kelayakan akademik tahap sarjana
muda dalam pendidikan bagi mengisi dan memenuhi keperluan guru siswazah bagi mata pelajaran
kritikal di sekolah rendah dan menengah. Dengan ini, profesion keguruan tidak lagi dipandang
rendah oleh sesetengah pihak yang mendakwa profesion murni ini sebagai profesion kelas kedua.
Melalui saluran PPG, guru-guru PPPLD dapat menaik taraf ikhtisas pendidikan mereka kepada tahap
sarjana muda dan lagi program ini merupakan program tajaan penuh kementerian pelajaran
Malaysia.
Program ini dilihat dapat memberikan kesan impak yang mendalam dalam jiwa
profesionalisme keguruan. Tak dapat dinafikan pepatah melayu menyebut ikut resam padi, makin
berisi makin menunduk. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang guru, semakin baik dan
profesional mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Ini
kerana guru merupakan satu penentu kepada corak keberhasilan pelajar yang merupakan pewaris
kepada sebuah Negara maju dan berdaya saing. Karisma dan kedinamikan guru terserlah dengan
ilmu dan pengalaman yang tinggi. Selain dari teori-teori pembelajaran yang diperolehi dengan
mengikuti program ini, guru yang merupakan pelajar ini juga terdedah kepada satu bentuk system
pendidikan yang lebih dinamik seterusnya dapat diaplikasikan dalam mendidik dan membimbing
pelajar agar menjadi lebih cemerlang khususnya dalam bidang akademik.
Berkesinambungan daripada kenaikan tahap akademik ini, pelajar-pelajar yang Berjaya
memperoleh sarjana muda pendidikan ini akan ditawarkan skim pembayaran gaji yang lebih tinggi
dalam system saraan Malaysia (SSM). Dalam jadual skim pembayaran gaji pokok kepada pegawai
perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (KDPM) bermula dari gred dga29 adalah serendah
RM800. Keadaan ini berubah bilamana mereka dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan
siswazah (PPPS) dengan gred dg41 dengan gaji pokok yang lebih tinggi. Ini membuktikan bahawa
semakin tinggi tahap kelayakan akademik seseorang itu, semakin tinggi kelayakan bayaran gaji pokok
kepada mereka. Dengan perolehan bayaran gaji yang tinggi, memungkinkan kepada kenaikan taraf
kehidupan seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai