Anda di halaman 1dari 19

1

SOALAN
TUGASAN

2

Pengenalan

Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.
1.1 Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan semasa sesebuah masyarakat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) telah digubalkan yang bertujuan supaya dapat melahirkan masyarakat dari
segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Oleh itu, persekitaran masyarakat terus
berkembang. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada kurun ke 21 ini
adalah antara pemangkin utama bagi perubahan persekitaran serta timbulnya keperluan baru.
Masyarakat yang inovatif dan kreatif amat diperlukan pada kurun ke 21 ini jadi tugasan
matematik dalam bilik darjah perlu lebih mencapah dan mencabar. Seterusnya, pengajaran dan
pembelajaran matematik perlu menjadi lebih holistik supaya unsur inovasi dan kreativiti terdapat
pada setiap kegiatan (p&p). Selain itu, pengajaran dan pembelajaran matematik perlu
menghasilkan pembelajaran yang mendalam.

1.2 Tonggak pertama ialah penyelesaian masalah dalam matematik.

Penyelesaian masalah dalam matematik telah menjadi fokus dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Masalah bermaksud satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan
yang memerlukan penyelesaian. Penyelesaian masalah pula suatu proses yang digunakan
untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan
strategi yang tertentu (secara terancang). Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah
adalah amat penting dalam kurikulum matematik supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai
masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan, murid
dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah baru serta murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai
situasi harian yang mencabar.
Langkah-langkah bagi melibatkan penyelesaian masalah secara komprehensif dan
merentasi kurikulum adalah seperti memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi
penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Seterusnya, strategi-strategi penyelesaian
masalah yang boleh dipertimbangkan ialah mencuba kes lebih mudah, cuba jaya, melukis
3

gambar rajah, mengenal pasti pola, membuat jadual atau senarai secara bersistem, membuat
simulasi, menggunakan analogi serta bekerja ke belakang.

1.2.1 Contoh penyelesaian masalah
a) Harga kos bagi sebuah televisyen berjenama ialah RM 2880. Seorang jurujual
telah menjual televisyen tersebut dengan harga RM 3400. Cari untuk yang
diperolehi oleh jurujual tersebut?

Strategi penyelesaian masalah :
i. Strategi pertama dalam model polya : memahami masalah
Apa yang telah diberi?
Harga kos dan harga jual.
Apa yang hendak dicari?
Untung.

ii. Strategi kedua dalam model polya : merancang penyelesaian
Bagaimana untuk mencari untung?
Menggunakan operasi penolakan

iii. Strategi ketiga dalam model polya: pelaksanaan perancangan
Penyelesaian :
Harga kos : RM 2880
Harga jual : RM 3400
Untung : Harga Jual Harga Kos
RM 3400 RM 2880 = RM 520

iv. Strategi yang akhir dalam model polya: menyemak jawapan
RM 3400
- RM 2880
RM 520
Jawapan yang
betul
4


b) Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak jika setiap kotak mengandungi 5
biji guli?

Strategi penyelesaian masalah:

i. Strategi pertama dalam model polya: memahami masalah
Apa yang telah diberi?
Jumlah kotak dan jumlah biji guli dalam sekotak.
Apa yang hendak dicari?
Jumlah biji guli dalam 5 kotak.

ii. Strategi kedua dalam model polya: merancang penyelesaian
Bagaimana untuk mencari untung?
Menggunakan operasi pendaraban serta melukis gambar rajah

iii. Strategi ketiga dalam model polya: pelaksanaan perancangan
Pelajar melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah :

kotak 1, kotak 2, kotak 3, kotak 4




Dengan menggunakan rajah yang telah dilukis, pelajar akan menulis :
1 kotak ada 5 biji guli
4 kotak ada = 4 x 5 biji guli = 20 biji guli.
iv. Strategi yang akhir dalam model polya: menyemak jawapan

4
x 5
20
Gambar rajah jumlah
biji dalam sekotak.
Jawapan
yang betul
5

1.3 Tonggak kedua ialah komunikasi dalam matematik.

Komunikasi dalam Matematik boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran supaya pelajar
dapat menghubungkaitkan perbezaan antara bahan-bahan fizikal dan gambar rajah.
Komunikasi merupakan salah satu cara untuk berkongsi idea dan menjelaskan kefahaman atau
konsep matematik. Apabila pelajar dapat memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan
matematik mereka dengan lebih mendalam komunikasi yang berkesan telah dapat dicapai.
Seterusnya, mereka akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah serta boleh
menerangkan konsep, kemahiran dan kaedah penyelesaiannya kepada rakan-rakannya.
Melalui proses mendengar dalam kelas komunikasi dapat dipupuk. Pelajar akan bertindak
balas terhadap apa yang diterangkan oleh guru dan akan berfikir menggunakan pengetahuan
matematik untuk membuat keputusan. Tambahan pula, komunikasi dalam matematik juga
dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku apabila pelajar berjaya mengumpul
maklumat, menyusun dan menghubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan yang
diberikan oleh guru. Selain itu, komunikasi verbal juga salah satu cara untuk memupuk
komunikasi dalam matematik. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal
jawab semasa sesi penerangan oleh guru. Seterusnya, komunikasi dalam matematik juga
mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan iaitu membuat latihan buku aktiviti. Akhir sekali,
proses visualisasi (membua perwakilan) juga antara komunikasi dalam matematik. Ini dapat
dijalankan apabila murid membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensintesis
maklumat ke atas bahan konkrit seperti papan geo, gambar dan gambar rajah, perwakilan
dalam bentuk jadual dan graf.
1.3.1 Contoh komunikasi dalam matematik

a) Guru menyediakan satu alat bantu mengajar berkenaan tajuk wang sebagai
latihan pelajar dalam kelas. Pelajar dibahagi kepada tiga kumpulan dan mereka
mengadakan satu perbincangan dalam kumpulan. Alat bantu mengajar yang
digunakannya adalah seperti berikut dan pelajar perlu mengenal jumlah nilai
wang serta mewarnakan nilai wang yang betul.




Rajah 1: Perbincangan murid dalam kumpulan .
6

















1.4 Tonggak ketiga ialah penaakulan metematik.

Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu
penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asas dalam membuat dan memahami
matematik. Perkembangan penaakulan metematik berkait rapat dengan perkembangan intelek
dan komunikasi pelajar. Seterusnya, penaakulan matematik ini ditekankan kepada pelajar
supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut
dapat meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asa kepada pemahaman
matematik secara mendalam dan bermakna.
Guru dapat melatih pelajar dalam proses penaakulan menerusi beberapa contoh iaitu
pelajar daripada semua peringkat perlu dilatih menggunakan model-model, fakta-fakta, ciri-ciri
dan hubungan untuk menyiasat dan menerangkan tekaan, ramalan mereka serta hujah
matematik sama ada dengan bantuan kalkulator, komputer, perwakilan matematik dan
sebagainya. Tambahan pula, pelajar juga harus dilatih dan dibimbing untuk membuat tekaan,
membuktikan tekaan, memberi penerangan logikal, menganalisasi, membuat pertimbangan,
menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik.

Rajah 2: Alat bantu mengajar yang digunakan dalam kelas.
7

1.4.1 Contoh penaakulan matematik

a) Guru mengajar cara yang sangat mudah untuk menyelesaikan masalah
pendaraban seperti yang berikut.

251 x 11 =








b) Guru telah mengajar para pelajar untuk membuat origami yang berkaitan dengan
tajuk geometri 2 dimensi.







1.5 Tonggak keempat ialah perkaitan matematik.

Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya
pelajar dapat mengaitkan topik-topik khususnya dalam matematik dan bidang lain secara
amnya dalam kehidupan seharian mereka. Kurikulum matematik umumnya terdiri daripada
beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian

2 5 1
1
1
Rajah 3: Kaedah kotak untuk menyelesaikan pendaraban
Rajah 4: Origami
8

masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, pelajar akan belajar dan
mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan.
Apabila pelajar mampu mengaitkan konsep matematik dengan rutin kehidupan, mereka
telah berjaya memahami tenteng kepentingan matematik.

1.5.1 Contoh perkaitan matematik.
a) Tajuk geometri 2 dimensi dan 3 dimensi memainkan peranan yang begitu penting dalam
sesuatu pembinaan bangunan. Contohnya, bentuk oktagon pula muncul dalam seni bina
Islam dalam pelbagai bentuk. Ia sering dibentuk pada lantai marmar sesuatu bangunan
contohnya seperti di Masjid Allepo Citadeldi Syria yang mengandungi lantai marmar
yang mana ia memanfaatkan penggunaan kuasa dua dan bintang berbuculapan.
b) Berat merupakan salah satu tajuk dalam matapelajaran matematik. Melalui matematik
kita dapat mengetahui nilai berat sesuatu barang yang sangat penting dalam kehidupan
seharian kita. Contohnya, kita hendaklah menimbang ayam semasa membelinya.
c) Sebuah segi empat telah diberi ukuran panjangnya adalah 5cm dan lebarnya adalah
4cm. Carikan luas segi empat tersebut.
Formula bagi mencari luas segi empat adalah
A= P x L
Pengiraan 4cm x 5cm = 20cm
Oleh itu, luasnya adalah 20cm.


1.6 Tonggak kelima ialah aplikasi TMK dalam matematik.

Dunia kita sekarang menuju ke arah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasi
penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk
memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna, tepat dan membolehkan
pelajar meneroka idea-idea matematik. Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, komputer,
perisian pendidikan serta laman-laman web dalam internet boleh meningkatkan dan
mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan bantuan
alat teknologi yang bersesuaian, pelajar-pelajar mampu membuat penerokaan atas usaha
mereka sendiri. Oleh itu, guru seharusnya memanfaatkan sumber yang telah disediakan dalam
9

bidang ini untuk membantu pelajar menguasai konsep dan meningkatkan kemahiran metematik
mereka secara berterusan dan lebih berkesan.

1.6.1 Contoh aplikasi teknologi

a) Guru mendedahkan tentang penggunaan kalkulator dalam menyelesaikan
masalah pengiraan kepada pelajar. Contohnya, guru mengajar bagaimana
menggunakan kalkulator dalam pengiraan tambah dan tolak.









b) Pelajar bermain permainan dalam talian yang berkaitan dengan pembelajaran
matematik. Guru memberi arahan macam mana bermain semasa kelas
dijalankan. Laman web permainan adalah
http://www.mathplayground.com/games.html.










Rajah 5: Penggunaan kalkulator
Rajah 6: Permainan dalam laman web menggunakan TMK
10

Aplikasi lima tonggak matematik
2.1 Pengenalan
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau mengenai kuantiti, corak, struktur,
perubahan dan ruang atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
Matematik juga ialah penyiasat aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan
logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa
perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk
menghuraikan dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
2.2 Ukuran Panjang
Kami telah memilih tajuk ukuran panjang tahap satu, tahun tiga yang berdasarkan kurikulum
standard sekolah rendah (KSSR) sebagai tajuk utama kerja kursus. Seterusnya, kami telah
memilih subtopik menyelesaikan masalah harian yang melibatkan panjang. Sebelum itu
panjang ditakrifkan sebagai ukuran jarak satu dimensi untuk mana-mana objek. Kuantiti-kuantiti
serupa dengannya ialah tinggi, lebar, jarak dan sesaran. Panjang merupakan ukuran dalam
satu dimensi, luas merupakan ukuran dalam dua dimensi, dan isi padu merupakan ukuran
dalam tiga dimensi. Jadi, kami telah memberitahu atau menerangkan kepada pelajar bahawa
kita akan belajar tentang ukuran panjang iaitu melibatkan meter (m) dan centimeter (cm)
sahaja. Seterusnya, pelajar telah didedahkan tentang perbezaan panjang dengan
menggunakan beberapa objek serta cara penukaran unit melibatkan meter (m) dan centimeter
(cm). Seterusnya, mereka telah dibahagikan kepada enam kumpulan dan diberi latihan
berkaitan dengan topik tersebut. Pelajar telah mengadakan perbincangan dalam kumpulan dan
menyelesaikan latihan tersebut. Soalan yang kami memberikan adalah tinggi Ah Lim ialah
168cm manakala tinggi Merry pula 150cm. Berapakah jumlah tinggi mereka berdua? Dan
seterusnya menukarkan hasil jawapannya kepada meter(m).

2.2.1 Penyelesaian matematik
Kami telah memberi satu situasi bergambar dimana terdapat dua orang yang berbeza
tingginya. Seterusnya, pelajar telah menyelasaikan soalan.
11













i. Memahami masalah.

Memahami semua makna istilah atau perkataan yang digunakan, apa yang perlu
dicari.
Berapakah jumlah tinggi mereka berdua?
menukarkan hasil jawapannya kepada meter(m).
Tinggi Ah Lim ialah 168cm.
Tinggi Merry pula 150cm

ii. Merangka strategi.

Menggunakan strategi cuba jaya,
menyelesaikan persamaan

iii. Melaksanakan strategi

Tinggi Ah Lim + Tinggi Merry = Jumlah tinggi mereka.
Menukarkan jumlah tinggi mereka daripada cm kepada m dengan
membahagikan 100.
168cm + 150cm = 318cm.
318cm 100 = 3.18m.
.
Rajah 7 : Merry dan Ah Lim
12

iv. Menyemak jawapan.

168 cm 318 cm
+ 150 cm 100
318 cm

168 cm 150 cm
100 100

1.68 m
+ 1.5 m
3.18 m

2.2.2 Komunikasi matematik.
Pelajar diminta mengadakan perbincang dalam kumpulan masing-masing tentang cara
menggunakan strategi cuba jaya dan menyelesaikan persamaan untuk menyelesaikan
soalan tersebut. Pelajar berjaya menyelesaikan soalan ini dan menukarkan unitnya.

2.2.3 Penaakulan matematik.
Pelajar telah menukarkan unit cm kepada m, iaitu jumlah ketinggian kedua-dua orang
Ah lim dan Merry. Sebagai contoh,
100cm = 1m
Ah Lim > 168cm = 1.68m
Merry > 150cm = 1.5m
2.2.4 Perkaitan matematik.
Selain itu, pelajar mangaitkan topik yang telah dipelajarinya dalam kehidupan seharian
mereka. Contohnya, mengukur ketinggian mereka dalam unit cm dan seterusnya
menukarkannya kepada m.


= 3.18 m


Contoh
Pertama
= 1.68 m = 1.5 m
Contoh
Kedua
13













2.2.5 Aplikasi teknologi maklumat matematik.
Persembahan visual tentang menyelesaikan masalah harian yang melibatkan panjang.


Rajah 8 : Alat pengukur ketinggian.
Rajah 9 : persembahan visual.
14

3.0 Kesimpulan .
Lima tonggak seperti yang dihuraikan di atas, telah meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran matematik. Ia merupakan salah satu ideal yang sangat berkesan untuk
melahirkan generasi yang memiliki kemahiran generik kerana ia bersifat holistik.












15

BIBLIOGRAFI

Buku
Baharin Shamsudin.(2008). Panduan Pendidikan Matematik Prasekolah. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
F. Eravelly.(1981). Kaedah Mengajar Ukuran Panjang (Unit Metrik). Kuala Lumpur.
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Omar B. Ahmad @ Hamat.(1994). Koleksi 151 Rekreasi Matematik. Kelantan. M.A.R
Publishing (M) Sdn.Bhd.
Sufean Hussin.(1992). Pengajaran Matematik KBSR Strategi Membina Kemahiran.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Laman web

Azr Mq. (2011). Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.
http://azrmq.blogspot.com/2011/10/lima-tonggak-p-n-p-matematik.html. Diakses pada 08
Februari 2013.
Catatan Tanti. (2012). Komunikasi Matematika.
C:\Users\user\Downloads\catatan tanti KOMUNIKASI MATEMATIKA.htm. Diakses pada
08 Februari 2013.
Limin Eddie. (2012). Lima Tonggak Dalam P&P Matematik.
http://limineddie.blogspot.com/2012/05/lima-tonggak-dalam-pengajaran-dan.html.
Diakses pada 09 Februari 2013.
Mrs. Polya. (2012). Model Penyelesaian Masalah Polya.
http://mrspolya.blogspot.com/2012/05/model-penyelesaian-masalah-polya.html. Diakses
pada 08 Februari 2013.
Syazalina. (2012). KSSR Tahun 3 Dan Tahap Satu.
http://syazalina83.blogspot.com/2012/07/kurikulum-standard-sekolah-rendah-thn-3.html.
Diakses pada 09 Februari 2013.


16

REFLEKSI
NAMA : MALARKODI A/P RADAKRISHNAN
NO KP : 931025-02-5884
UNIT : PISMP MATEMATIK (SEMESTER 1)

Bersyukur saya dengan kehadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapat juga
saya diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan Matematik Dua (MTE3102) bagi sesi 2013
ini dengan jayanya bawah dorongan dan bimbingan penyarah Matematik unit saya. Pertama
sekali, saya bernama Malarkodi a/p Radakrishnan ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah Matematik dua saya Puan. Norhasliza bt abdullah dan rakan-rakan unit
PISMP Matematik Sem 1 2013 kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta
sokongan moral kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Saya telah menerima tugasan matematik dua ini pada 04/2/2013 dari pensyarah saya.
Tugasan ini merupakan satu cabaran yang baru serta menarik untuk saya. Saya telah
mempelajari pelbagai perkara baru tentang lima tonggak matematik semasa melaksanakan
tugasan ini. Tajuk tugasan yang diberikan kepada saya ialah berkaitan dengan lima tonggak
matematik. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mempelajari pelbagai cara untuk mengumpul
fakta secara tepat serta sistematik dengan menggunakan atau merujuk pelbagai sumber. Selain
itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk mengaplikasikan strategi yang berkesan di dalam
berkomunikasi dengan pihak luar semasa melaksanakan tugasan ini. Sebagai contohnya,
menanyakan kepada guru sekolah rendah tentang cara atau kaedah yang digunakan oleh
mereka untuk mengaplikasikan lima tonggak tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran
harian di sekolah. Saya amat gembira kerana ini merupakan satu pengalaman yang agak baik
serta berguna kepada diri saya.
Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, saya telah mencari maklumat yang berkaitan
dengan tugasan yang diperoleh di dalam internet. Antara maklumat yang diperolehi dengan
mudah melalui internet ialah nota-nota berkaitan dengan lima tonggak matematik. Saya
mengalami kesukaran dalam mengumpulkan nota-nota yang berkaitan dengan jurnal serta
akhbar yang diinginkan sebagai rujukan tugasan ini. Tambahan pula, saya juga telah
mencari maklumat di dalam sumber selain daripada internet iaitu buku-buku di dalam
perpustakaan. Saya telah memperolehi beberapa buku yang berkaitan tetapi tidaklah begitu
mendalam tentang isu yang dikupaskan. Walau bagaimanapun, saya dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan dengan sempurna dengan bantuan rakan sekelas serta pensyarah unit
saya.
17

Saya sangat gembira serta berpuas hati kerana dapat menyiapkan serta menghantar
tugasan yang diberikan tepat pada masanya walaupun menghadapi pelbagai kekangan. Antara
kekangan yang wujud sepanjang melaksanakan tugasan ini ialah talian internet di institut yang
kurang memuaskan serta kekurangan buku di pusat sumber. Hal ini menyebabkan semua
orang tidak dapat meminjam buku-buku yang berkaitan pada masa yang sama. Saya amat
berharap agar masalah-masalah ini tidak akan wujud pada masa akan datang. Saya juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit cadangan kepada pihak institut untuk
menambahkan bilangan buku di dalam pusat sumber serta memperbaikkan talian internet yang
digunakan. Ini dapat memudahkan pelajar-pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan lebih mudah serta berkesan sebab saya tidak mempunyai rangkaian jalur lebar yang
sendiri.
Saya amat gembira serta bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
dengan baik serta sempurna. Saya berasa amat lega kerana saya dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan dengan lengkap walaupun menghadapi pelbagai kekangan serta harungan.
Tugasan ini juga amat membantu saya dalam membina keyakinan diri serta hubungan
silaturahim antara rakan-rakan sekelas.
Kesimpulannya, pemerolehan ilmu pengetahuan daripada tugasan ini mendatangkan
pelbagai manfaat kepada saya. Antara kebaikan yang diperolehi ialah saya dapat meningkatkan
keyakinan diri sebagai guru pelatih dalam menyiapkan diri saya dalam menghadapi cabaran di
dalam profesion perguruan. Tambahan pula, saya juga mengetahui cara-cara guru mengaitkan
lima tonggak matematik tersebut dengan topik-topik matematik dalam kelas semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Ini telah menjadi panduan kepada saya sebagai seorang guru
pelatih kursus matematik. Melalui tugasan ini, saya dapat menilai kelemahan serta kekuatan diri
saya. Saya akan membaiki kelemahan diri saya dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
menghasilkan yang lebin baik lagi bagi pada masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih.







18

REFLEKSI

Nama : Sitherraivalli A/P ParamananthanPillay
No.K/P : 930420 08 - 5970
Nama saya Sitherraivalli A/P Paramananthan Pillay dari Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan ( PISMP ) Semester 1 unit Matematik. Saya menerima tugasan ini pada 04 Februari
2013 semasa kuliah dijalankan. Saya berasa sangat gembira kerana tugasan ini merupakan
tugasan kumpulan. Selepas menerima tugasan ini saya bersama rakan sekelas telah
membahagikan kami kepada beberapa kumpulan. Ahli kumpulan saya ialah Malarkodi. Saya
berasa amat gembira kerana saya mendapat ahli kumpulan yang seronok untuk bekerjasama.
Tugasan ini harus dihantar pada 01 Mac 2013.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya bersama ahli kumpulan saya telah
mengumpulkan semua maklumat yang kami perlukan untuk kerja kursus ini dengan melayari
internet, merujuk buku-buku di perpustakaan dan beberapa idea daripada rakan-rakan saya
yang lain. Selepas mengumpulkan maklumat, saya bersama ahli kumpulan saya telah
mengagihkan kerja. Saya perlu mencari contoh-contoh yang berkaitan dengan lima tonggak
untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk matematik KBSR atau KSSR.
Sebenarnya pada mula saya kurang faham tentang contoh-contoh yang berkaitan dengan lima
tonggak. Saya telah menggunakan cara perbincangan dengan pensyarah matematik dua, pn.
Norhasliza dan ahli kumpulan saya untuk lebih memahami tentang tugasan ini.
Saya juga telah menerima beberapa bantuan daripada ahli kumpulan saya. Dia
bekerjasama dengan saya untuk menyempurnakan tugasan tersebut. Dengan segala bantuan
dan petunjuk yang diberikan oleh rakan sekumpulan saya telah dapat menyempurnakan
tugasan saya dengan sempurna.
Kelemahan saya semasa menjalankan tugasan ini, saya tidak dapat membahagikan
masa dengan begitu terancang untuk menyiapkan kerja kursus tersebut. Namun, saya berjaya
dapat menyempurnakan bahagian saya dalam tugasan tersebut. Selain itu, terdapat beberapa
masalah sambungan wayarles di dalam kampus kami. Oleh yang demikian, saya juga terpaksa
meminjam jalur lebar daripada rakan saya untuk mencari maklumat. Selain itu, saya
kekurangan masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-
19

timpa dari mata pelajaran lain. Seterusnya, perisian word yang tidak sama juga menyukarkan
saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi
musuh utama dalam menyiapkan tugasan ini.
Kekuatan saya semasa menjalankan tugasan ini, saya dapat mencari bahan bahan
dan nota- nota yang berkaitan dengan tajuk yang kami telah pilih iaitu ukuran panjang tahun 3
(tahap satu). Selain itu, saya juga dapat beberapa pengetahuan yang mendalam bagi lima
tonggak serta bagaimana untuk mengaplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
menjadikan kami lebih faham terhadap KBSR dan KSSR.
Untuk memperbaiki kelemahan atau masalah yang dihadapi, saya mencari maklumat
bagi tajuk tugasan ini dengan menggunakan jalur lebar pada waktu tengah malam. Saya juga
mempelajari bagaimana membahagikan masa dengan bijak untuk kerja-kerja lain.
Kemudiannya, saya telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan melalui kerja
kursus ini. Sikap rajin, bertanggungjawab dan bekerjasama adalah amat penting dalam
menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Penyelesaian tidak akan mudah datang kepada kita
jika tidak berusaha dengan lebih gigih untuk mencari maklumat. Kenyataan ini juga dapat saya
pelajari semasa membuat tugasan ini. Sememangnya, saya dapat meningkatkan keyakinan diri
saya melalui tugasan ini.
Bukan setakat itu sahaja, saya menyedari bahawa kita boleh menggunakan pelbagai
sumber untuk mencari maklumat. Saya benar-benar seronok bersama ahli kumpulan saya
semasa melakukan tugasan ini walaupun pada mulanya saya berasa sukar untuk memahami
tugasan ini.
Akhirnya, saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya
sepenuhnya dalam tempoh yang diberikan. Saya berasa amat lega sekali kerana walaupun
terdapat pelbagai masalah dan ketidakfahaman namun saya telah berjaya juga menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai

  • SDP: Topik 10 - Integrasi
    SDP: Topik 10 - Integrasi
    Dokumen18 halaman
    SDP: Topik 10 - Integrasi
    PaRaDoX eLaKSaMaNa
    Belum ada peringkat
  • REFLEKSI
    REFLEKSI
    Dokumen2 halaman
    REFLEKSI
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • 4fasa Terarah
    4fasa Terarah
    Dokumen10 halaman
    4fasa Terarah
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Isl 2 Sejarah Perkembangan Kamera
    Isl 2 Sejarah Perkembangan Kamera
    Dokumen4 halaman
    Isl 2 Sejarah Perkembangan Kamera
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • TabiatPositif
    TabiatPositif
    Dokumen3 halaman
    TabiatPositif
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Perbezaan Antara Litar Bersiri Dengan Litar Selari
    Perbezaan Antara Litar Bersiri Dengan Litar Selari
    Dokumen1 halaman
    Perbezaan Antara Litar Bersiri Dengan Litar Selari
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Peng Ajar An
    Peng Ajar An
    Dokumen1 halaman
    Peng Ajar An
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Penghargaan
    Penghargaan
    Dokumen1 halaman
    Penghargaan
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Pencetusan Idea
    Pencetusan Idea
    Dokumen1 halaman
    Pencetusan Idea
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Tugasan Projek MTE3103
    Tugasan Projek MTE3103
    Dokumen5 halaman
    Tugasan Projek MTE3103
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Komponen
    Komponen
    Dokumen2 halaman
    Komponen
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Lakaran Dan Prototaip
    Lakaran Dan Prototaip
    Dokumen6 halaman
    Lakaran Dan Prototaip
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • K.Hidup - Tahun 6
    K.Hidup - Tahun 6
    Dokumen32 halaman
    K.Hidup - Tahun 6
    Sekolah Portal
    90% (10)
  • Artikel
    Artikel
    Dokumen5 halaman
    Artikel
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Matematik Keputusan Sekolah
    Matematik Keputusan Sekolah
    Dokumen8 halaman
    Matematik Keputusan Sekolah
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Method 1
    Method 1
    Dokumen5 halaman
    Method 1
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Teselasi Assignment
    Teselasi Assignment
    Dokumen34 halaman
    Teselasi Assignment
    GayuGeo1930
    Belum ada peringkat
  • Kemahiran Hidup
    Kemahiran Hidup
    Dokumen17 halaman
    Kemahiran Hidup
    Ana Iffa
    Belum ada peringkat
  • Tugasan 2
    Tugasan 2
    Dokumen2 halaman
    Tugasan 2
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Tutorial Mte 3073
    Tutorial Mte 3073
    Dokumen3 halaman
    Tutorial Mte 3073
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Manakah Istana Saya
    Manakah Istana Saya
    Dokumen6 halaman
    Manakah Istana Saya
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan
    Pengenalan
    Dokumen19 halaman
    Pengenalan
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • KH
    KH
    Dokumen3 halaman
    KH
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • TESELASI ALAM
    TESELASI ALAM
    Dokumen3 halaman
    TESELASI ALAM
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Hubungan Etnik
    Hubungan Etnik
    Dokumen17 halaman
    Hubungan Etnik
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Teselasi
    Teselasi
    Dokumen10 halaman
    Teselasi
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Cara Menangani Keadaan Kecelakaan
    Cara Menangani Keadaan Kecelakaan
    Dokumen31 halaman
    Cara Menangani Keadaan Kecelakaan
    motherheart86
    Belum ada peringkat
  • Artikel
    Artikel
    Dokumen5 halaman
    Artikel
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat
  • Futsal
    Futsal
    Dokumen18 halaman
    Futsal
    Sitherrai Paramananthan
    Belum ada peringkat