Anda di halaman 1dari 5

Tutorial 10 (M15)

Topik 11- Bincangkan bagaimana penggunaan internet dapat dimanfaatkan dalam proses
PdP. Bincangkan apa yang dimaksud engan Web 2.0, dengan menggunakan Analisis
SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threatens), pilih satu aplikasi Web 2.0 yang
sesuai untuk meningkatkan PdP.
Bincangkan bagaimana penggunaan internet dapat dimanfaatkan dalam proses PdP.
Di Malaysia, kaedah pembelajaran melalui laman web telah mula dibincangkan oleh para
penyelidik dalam bidang pendidikan sejak beberapa tahun yang lalu. Contohnya Abtar (1998)
telah mencadangkan reka bentuk laman web untuk pembelajaran yang efektif. Jamaludin
(1999) telah mencadangkan teori konstruktivisme dan aplikasinya dalam reka bentuk
pembelajaran berasaskan web.
Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang
mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Ciri-ciri
antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak yang berlainan berbanding
pengajaran konvensional.
Antara kebaikan pengajaran berasaskan laman web ialah penyediaan ciri-ciri hiperteks,
hipermedia dan hiperlink dengan laman web lain dari seluruh dunia. Keadaan ini menjadikan
penyampaian pengajaran dapat disampaikan dalam bentuk tidak linear. Format hipermedia
memudahkan pendekatan berpusatkan pelajar. Pembelajaran seperti ini tentunya dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan bermotivasi (Becker & Dwyer, 1994).
Laman web juga mendokong dan menggalakkan inkuiri dan eksplorasi, yang biasanya
berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (highorder thinking skills) (Thuring,
Mannemann & Haake, 1995). Pengajaran melalui web menyediakan peluang untuk
menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik,
animasi, audio dan video. Semua elemen-elemen interaktif tersebut boleh dikawal oleh
pelajar seperti keupayaan berhenti dan main semula dalam rakaman video, audio dan
animasi. Pelajar boleh berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain dan dari satu media
kepada media yang lain melalui hiperlink dan hipermedia.Pengguna dapat mengawal
maklumat dan berinteraksi dengan penyampai maklumat. Kaedaan ini tentunya berbeza
dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku.
Pengajaran berasaskan laman web juga menyediakan kemudahan komunikasi secara
sinkroni, misalnya melalui sesi perbualan (chat) dan juga secara asinkroni seperti
kemudahan e-mel. Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna
berkomunikasi dan bekerjasama merentasi jarak yang jauh, terutama ketika cuti sekolah.
Komunikasi sinkroni (chat) membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara
pelajar, seperti dalam diskusi bilik darjah, bezanya pelajar dalam suasana Internet
menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Manakala komunikasi asinkroni (e-mel)
membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara dua atau lebih
pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis
komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan
meningkatkan sikap pelajar terhadap aspek kerjasama dan pencapaian.
Berbeza dengan buku, laman web lebih mudah untuk dikemaskinikan. Maklumat-maklumat
yang terdapat di dalam laman tersebut boleh ditambah dengan maklumat-maklumat terbaru
atau menyingkirkan maklumat-maklumat lama yang kurang sesuai. Perubahan tersebut
boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Sebaliknya buku teks akan digunakan sehingga
beberapa tahun dengan kandungan yang sama, walaupun keadaan serta situasi
penggunaan sentiasa berubah. Di samping itu kandungan laman web juga boleh disimpan
sebagai arkib untuk rujukan jika diperlukan.
Bincangkan apa yang dimaksud engan Web 2.0, dengan menggunakkan Analisis
SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threatens)
Web 2.0
Web 2.0 adalah hasil cetusan idea OReilly dan MediaLive International. Ia juga dikenali
sebagai web semantik. Kelebihan web 2.0 adalah ia membolehkan pengguna internet untuk
terlibat bersama-sama untuk membangun web. Satu kriteria utama web ini ialah pengunjung
atau pengguna boleh membuat membuat penyelenggaraan dan penambahbaikan web ini.
Inovasi dalam dunia web semakin hari semakin berkembang pesat dan hasilnya muncul web
2.0 yang telah berkembang pada sejak tahun 2004 dan telah digunakan secara meluas
pada masa sekarang ini. Web ini merupakan teknologi yang menyatukan teknologi yang
sedia ada iaitu dari web 1.0. Penyatuan dan penggabungan ini adalah terdiri dari HTML,
CSS, JavaScript, XML dan AJAX. Perkembangan web 2.0 lebih menekankan kepada
perubahan corak berfikir dalam menyampaikan kandungan dan persembahan dalam sebuah
laman web. Web ini lebih menjurus kepada read and write. Hasil daripada inovasi dan
penambahbaikan telah menjadikan web 2.0 ini lebih baik daripada web sebelumnya. Web
2.0 mempunyai inovasi dan ciri khas yang terbaru iaitu pengguna (pengunjung web) boleh
melihat suatu kandungan laman web tanpa harus mengunjungi kesemua halaman untuk
melihat satu persatu kandungan yang ada. Perkembangan web 2.0 merupakan sebuah
aplikasi yang menggunakan aplikasi dalaman seperti Windows. Contoh web 2.0 adalah
facebook, Twitter, Flickr, Dropbox, Evernote, iTunes, Skype dan sebagainya.
Ciri-Ciri Web 2.0
Uquibitious teknologi: Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan
berfungsi komputer desktop. Ia boleh digunakan terus melalui web browser dan tidak
memerlukan muat turun pada komputer. Contoh seperti aplikasi javascript, java
applets, dan yang sebagainya.
User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi
pandangan, komen, menulis artikel seperti yang boleh didapati dalam blog, forum,
Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Dalam web 2.0, penggunjung boleh
menjadi pelanggan (subscriber) dan penyumbang (contributor).
Membolehkan pengguna berhubung antara satu sama lain. Platform yang digunakan
termasuklah MyBlogLog, untuk blogs, atau menjemput rakan (add-a-friend) seperti
pada Friendster atau MySpace.
Penggunaan RSS feed: Boleh memberi maklumat secara cepat kepada pengunjung
apabila laman dikemas kini. Pengunjung tidak perlu menaip URL dan memeriksa
website setiap hari sekiranya penulis telah menulis artikel baru.
Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau hanya
sebahagian OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan
sebagainya.
Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi
kategori kepada webpage, links dan gambar.
Analisisi SWOT Web2.0
Kebaikan (Strengths) Weaknesses (Keburukan)
memanfaatkan kepandaian secara
kolektif
o Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam
membuat website berkembang secara organik
seperti artikel-artikel yang terus bertambah
setiap harinya pada Wikipedia atau website
eBay yang menciptakan pasar dengan adanya
pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan
penjual.
memberikan sokongan kemudahan yang
mencukupi untuk beberapa hal
o seperti user interface, model programming,
ataupun model bisnes.
dapat melakukan perkongsian maklumat
o Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai,
anda akan mendapat maklumat terkini dengan
cepat.
dapat menjalinkan hubungan
persahabatan dengan pelbagai lapisan
masyarakat


Kita akan lalai kerana terlalu lama
berdepan dengan teman-teman sosial
hingga menyebabkan lupa dengan
tanggungjawab.
Seseorang itu lebih cenderung untuk
menjadi seorang yang tidak
menghiraukan dunia luar, tiada
keyakinan diri dan berpotensi menjadi
seorang yang pasif. Ini akan
menyebabkan mereka diibaratkan seperti
katak di bawah tempurung.
Gangguan oleh individu tak dikenali.
o Kadangkala ada individu yang tanpa disedari
menceroboh peribadi kita . Sebab itu perlu
berhati-hati dalam membenarkan mereka
memasuki senarai kawan anda.
Peluang (Opportunities) Cabaran (Threatens)

Dapat membantu pengguna untuk
berkolaborasi dan berkongsi maklumat
atas talian.
o Contoh: apabila kita menggunakan Wikipedia
mengandungi pelbagai topik/bidang di mana
kandungannya disumbangkan oleh orang ramai
dan pengguna dari pelbagai bidang dan boleh
dijadikan rujukan untuk bnayak kategori
pengguna.
Membenarkan pengguna atau komuniti
yang minat yang sama membangunkan
suatu laman web yang mengandungi
maklumat mengenainya.
Dalam pendidikan memberi ruang
kolaborasi dan menyumbangkan idea
antara pelajaran dan guru. Juga
membenarkan pelajar dan guru mencari
dan memperolehi maklumat dengan
mudah.
o Contoh: wikipedia menyediakan maklumat
untuk pelbagai bidang dan maklumat boleh
dikemaskini oleh sesiapa sahaja.
Pelajar atau guru yang mempunyai
minat yang sama boleh mewujudkan
satu halaman untuk menyumbang dan
berkongsi idea.
o Contoh: penggunaan Wikispace menyediakan
ruang untuk pengguna komputer berkolaborasi
dan berkongsi idea.

Kebolehpercayaan (Reliability)
Perkhidmatan yang berterusan
(Continuity of Service)
Kesulitan (Privacy)
Perlindungan (Security)
Keselamatan (Safety)


Pilih satu aplikasi Web 2.0 yang sesuai untuk meningkatkan PdP.
Aplikasi aplikasi yang ditawarkan oleh web 2.0 memberi kemudahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya ialah Wikispace, Blog, Youtube, Glogster dan
sebagainya. Aplikasiaplikasi ini membolehkan pengguna khususnya pelajar dapat
menggunakan kemahiran yang telah mereka pelajari seperti menulis, menghasilkan video,
peta minda dan lainlain. (Mohd. Amin, 2011). Selain itu, ia dapat mewujudkan kolaboratif
dikalangan pelajar dalam membina dan berkongsi pengetahuan. Web 2.0 juga menawarkan
aplikasi yang membolehkan pelajar mencipta sendiri bahan pembelajaran mereka dan
seterusnya mereka boleh berkongsi bahan tersebut dengan pelajar yang lain. Contohnya,
pelajar dapat mereka bentuk poster dengan menggunakan salah satu aplikasi web 2.0 iaitu
Glogster. Melalui aktiviti ini, ia dapat meningkatkan daya kreativiti visual pelajar. Di samping
itu, pelajar juga boleh berkongsi hasil rekaannya dengan pelajar yang lain menggunakan
kemudahan aplikasi web 2.0 ini. Hal ini dapat meningkatkan lagi minat dan motivasi pelajar
dalam pembelajaran mereka kerana hasil kerja mereka dapat ditunjukkan kepada orang lain.
APAKAH ITU GLOGSTER?
Glog dibina menggunakan antara muka tarik dan lepas yang sangat mudah difahami, sesuai,
menyeronokkan untuk pelajar dari semua peringkat usia dan gaya pembelajaran. Glog ialah
suatu platform visual interaktif yang membolehkan pengguna membuat poster atau laman
web yang mempunyai elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, video, imej, grafik,
lukisan dan data (http://edu.glogster.com/whatis-glogster-edu/).
Glogster EDU merupakan platform pendidikan global yang utama untuk mengungkapkan
pengetahuan dan kemahiran secara kreatif di dalam dan di luar kelas. Ia memperkasakan
pendidik dan pelajar dengan teknologi untuk membina GLOG poster multimedia dalam
talian menggunakan teks, gambar, video, grafik, audio, lukisan dan lampiran data dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai