Anda di halaman 1dari 2

1

ISL M9 Topik 10
b. Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi pelajar di
sekolah?
Berkongsi Fail
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
Menimdahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll.
Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi.
Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh
semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Kesimpulannya, dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna
kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh
dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer
yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu
pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam
perancangan, pemantauan dan kawalan.
Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer,
maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan
dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang
mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan
2

seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai
dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang
berbangkit.Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata
kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah.
Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik,
penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh
diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan
teknologi ICT.
Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan
kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat
bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat
sentiasa dapat dikemaskinikan.
Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan,
pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang
memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. Sistem
Sokongan Keputusan (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan
dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan.
Reigelath (1987), berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila
masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat.
Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan
peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan
keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus
perkembangan ICT terkini.
Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi ?

Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk
menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan
sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi
maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu
menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer,
komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data,
pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai