Anda di halaman 1dari 3

JUMAAT 5 / 9 / 2014

PENANDA WACANA
Nota ringkas:
1. Penanda wacana merupakan perkataan atau frasa yang digunakan untuk
mewujudkan hubungan antara idea dalam percakapan atau penulisan.
2. Biasanya, penanda wacana digunakan untuk menghubungkan idea dalam ayat,
antara ayat dengan ayat, dan antara perenggan dengan perenggan.
3. Contoh penanda wacana:
Jenis Penanda Wacana Contoh
Penanda tambahan selain itu, tambahan pula, lebih-lebih lagi,
Penanda contoh misalnya, contohnya, khususnya, terutamanya
Penanda keterangan atau
penjelasan
dengan kata lain, ringkasnya, iaitu, secara
empirikalnya, menurut kajian
Penanda kesimpulan akhirnya, kesimpulannya, konklusinya,
sesungguhnya
Penanda umum dengan ini, lazimnya, pada hemat saya
A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan penanda wacana yang betul.
1. Farah memang layak dipilih sebagai ketua pasukan hoki sekolah. ______________
dia pernah mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan peringkat kebangsaan.
2. Kami melihat Pak Akob terbongkok-bongkok di hadapan rumahnya. _____________
dia sedang mencari sesuatu yang terjatuh.
3. ________________, masalah salah laku dalam kalangan murid semakin
membimbangkan semua pihak.
4. Siti Hajar berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, _____________
permohonannya tidak berjaya.
5. ______________ segala kehendak Qumaira akan dituruti oleh ibu dan ayahnya.
B. Bubuh penanda wacana yang sesuai pada ayat-ayat di bawah ini.
1. Kita perlu cukup tidur. Badan kita akan menjadi sihat dan cergas.
_________________________________________________________________
2. Hutan menyimpan pelbagai khazanah yang bernilai. Semua pihak harus
menghargainya.
_________________________________________________________________
3. Setelah tiga hari sesat di dalam hutan, mereka menemukan jalan keluar.
_________________________________________________________________
4. Mila amat memerlukan rawatan jantung. Kos rawatannya sungguh mahal.
____________________________________________________________
5. Pemain itu telah menjaringkan gol. Jaringannya telah dibatalkan oleh pengadil.
_______________________________________________________________
KATA BANTU DAN KATA PENGUAT
NOTA RINGKAS:
A. Kata Bantu
i. Kata bantu berfungsi untuk menerangkan perbuatan atau kata kerja.
ii.Terdapat dua jenis kata bantu, iaitu:
a) Kata bantu aspek
* Menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa sama ada belum dilakukan, sedang
dilakukan, atau sudah dilakukan.
*Contoh: sudah, telah, pernah, masih, sedang, akan, belum, belum pernah, dan masih
belum
b) Kata bantu ragam
* Menerangkan sesuatu perbuatan dari segi perasaan.
* Contohnya: mahu, ingin, mesti, dapat, boleh
B. Kata Penguat
i. Kata penguat digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
ii.Terdapat tiga jenis kata penguat,iaitu:
a) Kata penguat hadapan
* Contoh: agak, paling, terlalu, begitu, lebih
b) Kata penguat belakang
* Contoh: benar, betul, nian, sekali
* Kata penguat bebas
* Contoh: amat, sangat, sungguh
A. Gariskan perkataan yang sesuai dengan konteks ayat-ayat di bawah ini.
1. Muka Hamizan agak pucat. Dia sakit (barangkali, agaknya).
2. Mereka (sedang, tengah) berbincang tentang objektif lawatan ke Memorial
Kemerdekaan.
3. Pemandangan sawah yang terbentang di kaki bukit itu indah (sangat, nian).
4. Walaupun semua anaknya sudah bekerja di Kuala Lumpur, Pak Cik Iskandar dan
isterinya (masih, sudah) tinggal di kampung ini.
5. Murid yang berumur lebih daripada 12 tahun tidak (dapat, boleh) menyertai program
ini.
B. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata bantu dan kata penguat
yang sesuai.
1. Ibu yakin bahawa ayah ______________ terlupa untuk memberi kucing-kucing
kesayangannya makan.
2. Nizamuddin ___________ memulangkan buku teks Matematik itu setelah dia
membuat kerja rumah.
3. Saya _____________ ke rumah Eugene Yeong dahulu sebelum ke sekolah.
4. Jaslina bercuti hari ini kerana terpaksa menjaga ibunya yang ___________ sakit.
5. ______________ Farah masih marah kepadaku kerana dia tidak membalas
teguranku tadi, kata hartini kepada Linda.
C. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata bilangan dan penjodoh bilangan
yang sesuai.
1. _______________ perkara dibincangkan dalam mesyuarat agung yang berlangsung
selama satu jam itu.
2. Encik Waziq Ilham menghadiahi isterinya _____________ cincin berlian sempena
hari ulang tahun kelahiran isterinya itu.
3. Pengunjung yang __________ akan mendapat baucar potongan harga sebanyak 20
peratus daripada pihak Telekom Malaysia.
4. Mereka ditahan oleh pegawai pencegah maksiat kerana duduk ______________ di
taman pada waktu malam.
5. Sudah ___________ tahun Ravindran menamatkan pengajian di sebuah universiti,
tetapi masih menganggur.
D. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata na dan kata pemeri
yang sesuai.
1. Saya menarik diri daripada pertandingan tersebut kerana ____________ mampu
untuk mendaki bukit itu lagi.
2. Setahu kami Sabariah _____________ sombong tetapi pemalu.
3. Ayah saya _________ bekas tentera yang pernah bertugas di Congo.
4. Perkara yang dibincangkan oleh mereka tadi ___________ tentang faedah
menghadiri kelas tambahan kepada para pelajar.
5. Percayalah kepada kami, cikgu. Cerita ini __________ benar,kata Tania dan Emelia
Usna.

Anda mungkin juga menyukai