Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN
KELAS ORKESTRA CINA
(Persatuan Bahasa Cina)











1.0 Pengenalan
Orkestra Cina merupakan alat-alat muzik warisan Cina. Orkestra Cina dibahagi
kepada tiga kumpulan, iaitu meniup, memetik dan menarik. Semua alatan muzik ini
merupakan warisan dari zaman-zaman destinasi China. Kini, orkestra cina menjadi
semakin popular seperti orkestra Eropah dan semakin banyak orang mempelajarinya.
Dengan belajar orkestra cina, bukan sahaja dapat mengisikan masa lapang maka juga
dapat melindungi dan mewarisi budaya yang diwarisi turun-temurun. Selain itu juga dapat
menambah ilmu pengetahuan guru pelatih dan amat berguna kepada mereka semasa
mengajar dalam kelas.

2.0 Rasional
Penubuhan kelas ini adalah di atas dasar untuk mewarisi budaya dan
memperkenalkan orkestra cina kepada semua warga IPGKBL supaya lebih ramai orang
mengenali orkestra cina dan seterusnya memupuk minat mereka untuk belajar unsur-
unsur muzik yang lain. -Dengan itu,warisan budaya dapat diteruskan biarpun apa-apa jua
kaum warga IPGKBL. Semua warga IPGKBL yang berminat bolehlah menyertai kelas ini.

Rasional penubuhan kelas ini adalah untuk:
i. Mendedahkan dan memperkenalkan orkestra cina kepada warga IPG Kampus Batu
Lintang.
ii. Memberikan pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan (kelas).
iii. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.
iv. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur.
v. Memupuk semangat melindungi warisan budaya.
vi. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang
berbilang kaum dan dari kumpulan pengajian yang lain.

3.0 Matlamat
Matlamat utama penubuhan kelas orkestra cina adalah untuk memperkenalkan
kepada para pelajar orkestra cina ini.





4.0 Objektif
Objektif penubuhan kelas orkestra cina adalah:
i. Memperkenalkan atau mempopularkan orkestra cina kepada warga IPGKBL.
ii. Menggunakan ilmu yang ada untuk melatih para pelajar apabila menjadi pendidik
kelak.
iii. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan semua warga IPGKBL.
iv. Memupuk semangat mewarisi budaya dalam kalangan pelajar.
v. Mengisi masa lapang pada waktu petang.

5.0 Perkara
Permohonan Menubuhkan Kelas Orkestra Cina IPG Kampus Batu Lintang

6.0 Dikemukakan kepada:
Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Jalan College, 93200 Kuching, Sarawak.

7.0 Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Batu Lintang

8.0 Logo













9.0 Alatan Muzik yang Dipelajari


Er Hu Zhong Ruan




Di Zi Gu Zheng



10.0 Sumber Kewangan
Setiap pelajar akan membawa yuran sebanyak RM35 setiap bulan untuk kelas 4 kali
sebulan dengan masa satu jam setiap kali, kecuali pelajar yang mempelajari Gu Zheng
akan membayar RM50 tetapi dengan masa belajar yang sama. Insturmen muzik akan
dibeli oleh pelajar kecuali Gu Zheng kerana harga yang mahal. Jadual berikut
merupakan pembayaran yuran, masa belajar, tempat dan harga instrumen:
Alat Muzik Harga Yuran Masa Latihan
Tempat
Latihan
Er Hu RM400 RM35
Setiap Selasa
(5.00-6.00pm)
Bilik Kuliah
A01
Zhong Ruan RM500 RM35
Bilik Kuliah
A02
Di Zi RM200 RM35
Bilik Kuliah
A03
Gu Zheng RM1800 RM50
Setiap Ahad
(1.00pm-2.00pm)
Koloj Muzik
Shang Yin

Jurulatih kelas Orkestra Cina adalah guru muzik dari Kolej Muzik Shang Yin, Kuching.
Antaranya adalah Encik Bong Ngee Peng, Encik Lee Boon Ywai dan Encik Yap Ting.




11.0 Jawatankuasa Kelas Orkestra Cina
Penaung : Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan
Penasihat : Encik Yap Chin Huat
Pengerusi : Chong Jia Qian PISMP BC(SK) Januari 2013
Naib Pengerusi : Ling Seng Hua PISMP BC(SK) Januari 2013
Setiausaha : Chung Shuk Fong PISMP BC GSTT Jun 2013
Naib Setiausaha : Yvonne Chua Sin Len PISMP BC(SK) Januari 2013
Bendahari : Chan Chun Meng PISMP SN Jun 2014
Auditor : Sandy Lo Lee Jung PISMP BC(SK) Januari 2013

Ketua Kelas : Doris Kueh Lee Sing PISMP BC(SK) Januari 2013
Penolong Ketua : Wong Sheng Hui PISMP SN Jun 2014
Setiausaha : Catherine Ngui You Ling PISMP SN Jun 2014

* Kelas Orkestra Cina adalah di bawah jagaan Persatuan Bahasa Cina. Ahli jawatankuasa
kelas orkestra cina dilantik dalam kalangan pelajar yang berada di dalam kelas.

12.0 Senarai Nama Ahli
Lampiran 1

13.0 Sumber Kewangan
Sumber kewangan kelas orkestra cina adalah dari yuran yang akan dikenakan kepada
semua pelajar yang menyertai kelas ini. Yuran akan dikenakan sebanyak RM35.00 setiap
individu pada setiap bulan.

14.0 Pengisian Aktiviti
i. Latihan mingguan
ii. Mesyuarat tahunan

15.0 Borang Keahlian
Lampiran 2




16.0 Penutup
Kesimpulannya, kelas orkestra cina merupakan satu aktiviti yang membawa faedah
kepada guru pelatih. Berharap jika ada suatu hari, kelas orkestra cina akan menjadi satu
badan bermain instrumen muzik yang dapat menyumbang kepada IPG. Oleh itu, pihak
kami amat berharap tuan akan meluluskan permohonan kami supaya lebih ramai pelajar
dapat mengenali budaya ini.


Disediakan oleh,


________________
(CHONG JIA QIAN)
Pengerusi
Persatuan Bahasa Cina sesi 2014/2015
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Disemak oleh,


_____________________
(ENCIK YAP CHIN HUAT)
Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Institut

Disokong oleh,


____________________
(PUAN TAY PUI HOON)
Ketua Unit Pengajian Cina
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang



Diluluskan oleh,


__________________________________________________
(TUAN HAJI AWANG HAMBALI BIN HAJI AWANG HAMDAN)
Tuan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Anda mungkin juga menyukai