Anda di halaman 1dari 3

Soalan 4

Bincangkan tentang kaedah-kaedah asas pembuktian.


Kaedah pembuktian teorem. Kaedah yang akan disentuh boleh digolongkan ke dalam beberapa
kumpulan seperti berikut;
Katakan P, Q , R adalah pernyataan , iaitu sebarang ayat yang mempunyai nilai kebenaran, sama ada
benar atau palsu.
a). Pembuktian jika P maka Q
i). Pembuktian secara langsung
ii). Pembuktian secara kontraposisi
iii). Pembuktian secara percanggahan

a). Pembuktian jika P maka Q


Teorem dengan ayat bersyarat boleh dibuktikan dengan kaedah berikut.
i). Pembuktian secara langsung
Katakan diberi;
Teorem : Jika P maka Q
Untuk membuktikan teorem tersebut secara langsung kita andaikan P benar, dan kita perlu buktikan Q
benar.

Contoh ;
Teorem : jika n genap , maka n + 1 genap
Bukti: Mula-mula kita andaikan bahawa n genap . Maka wujud integer k dengan keadaan n = 2k
Kita perlu buktikan bahawa n + 1 genap. Di dapati
n+1= 2k+1

k sesuatu integer

Ini menunjukkan n + 1 genap . maka teorem terbukti.

ii). Pembuktian secara kontraposisi


katakan diberi;
Teorem : Jika P maka Q.
Untuk membuktikan teorem tersebut secara kontraposisi, kita andaikan Q tidak benar (atau palsu), dan
kita perlu buktikan P tidak benar (atau palsu).

Contoh :
Teorem : Jika nganjil , maka n ganjil.
Bukti: Mula mula kita andaikan bahawa n tidak ganjil iaitu n genap. Maka , wujud integer k
dengan keadaan n = 2k . Kita perlu buktikan bahawa n tidak ganjil, iaitu n genap. Didapati
n = (2k)
= 4k
= 2 (2k)
= 2m

m suatu integer

Ini menunjukkan n genap . Maka teoram terbukti.

iii). Pembuktian secara percanggahan

katakan diberi;
Teorem : P Q
Untuk membuktikan teorem tersebut secara percanggahan. Kita andaikan P benar. Kita perlu buktikan Q
benar, tetapi kita anggap Q palsu dan tunjukkan percanggahan berlaku. Jika percanggahan telah berlaku,
ini bermakna anggapan kita yang kedua, iaitu Q palsu adalah salah , maka didapati Q benar.

Contoh:
Teorem : Jika n ganjil, maka n ganjil

Bukti: Andaikan n ganjil. Kita perlu buktikan n ganjil, tetapi andaikan n genap. Maka
wujud integer k dengan keadaan n = 2k . Didapati;

n = (2k)
= 4k
= 2 (2k)
= 2m

m suatu integer

Ini menunjukkan bahawa n genap, yang berupa satu perancangan oleh sebab itu telah andaikan
bahawa n ganjil. Oleh itu, andaian kita yang kedua iaitu n genap adalah palsu, maka dibuktikan n
ganjil.

Anda mungkin juga menyukai