Anda di halaman 1dari 3

NUR HAFIZAH BINTI RAZALI

A11PP0166

Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan


kerja-kerja pengorganisasian bengkel. Apakah strategi dan langkah yang akan anda
laksanakan.

Langkah pertama yang saya akan lakukan sebelum melaksanakan kerja-kerja


pengorganisasian bengkel ialah dengan melakukan perancangan awal dengan baik. Saya akan
merancang susun atur bengkel yang baik supaya dapat membantu murid dalam
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Bagi mewujudkan
suasana bengkel yang kondusif, saya akan menyediakan pelan lantai bengkel, kemudahan
pengajaran seperti ruang tunjuk cara dan pengajaran, mewujudkan bengkel kalis bunyi bagi
mengelakkan kebisingan yang membahayakan pendengaran, menggunakan warna yang
sesuai supaya mengelakkan silauan dan suasana suram, menyediakan pencahayaan yang
mencukupi, memastikan pengudaraan yang baik dan juga susunan mesin berhampiran dengan
sumber bekalan.

Seterusnya bagi menjalankan sesuatu projek dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
saya akan membuat perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti bagi tujuan
kawalan peralatan, bahan dan kemudahan di dalam bengkel. Saya juga akan memberikan
bimbingan kepada para pelajar dalam penggunaan bahan dan alatan bagi tujuan keselamatan
dan juga bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.

Untuk memudahkan lagi urusan kawalan inventori bagi bengkel, saya akan mewujudkan
satu sistem pengurusan data yang bersistematik dimana semua harta modal dan inventori di
dalam bengkel diletakkan dalam satu pangkalan data berpusat dan mempunyai aplikasi
seperti tempahan dan pesanan.

Bagi pengurusan kewangan, saya perlu mencatatkan sumber-sumber kewangan seperti


dari kerajaan, ibubapa murid mahupun dari orang awam dan seterusnya mengemaskini setiap
perolehan atau belian bagi memastikan aliran keluar masuk kewangan tidak mengalami
sebarang keraguan. Saya akan menjadikan peruntukan tersebut sebagai garis panduan untuk

diguna sebaik mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang
sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.

Bagi memastikan setiap peralatan, mesin mahupun kemudahan seperti perabut sentisasa
berada dalam keadaan baik, saya akan mengamalkan sistem penyenggaraan. Saya akan
menyelenggara setiap peralatan di dalam bengkel bagi memastikan ianya dapat berfungsi
dengan baik dan selamat untuk digunakan. Saya akan melakukan perancangan
penyenggaraan secara rapi seperti menentukan dengan tepat hayat setiap item termasuk
bangunan bengkel itu sendiri dan komponennya. Oleh itu setiap komponen-komponen
tersebut akan dapat diganti tepat pada waktu yang ditentukan. Seterusnya saya akan
merancang sistem pemeriksaan atau semakan terhadap setiap item di dalam bengkel bagi
mengelakkan berlakunya kecacatan atau kemungkinan kecacatan sebelum tiba masanya. Saya
juga akan menyediakan jadual kitaran pemeriksaan mengikut waktu yang diitetapkan.

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab menguruskan bengkel, saya akan


menguruskan aspek peralatan dan bahan dengan sebaiknya. Jika terdapat peralatan yang
rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi, keputusan untuk melupuskan peralatan tersebut perlu
dilaksanakan. Saya akan mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerana sistem pelupusan
ini bukan sesuatu yang mudah kerana ianya melibatkan hak milik kerajaan.

Sebagai seorang guru saya akan menekankan tentang kawalan keselamatan bengkel
kepada para pelajar bagi memastikan keadaan bengkel adalah selamat untuk pelajar
melakukan amali. Saya akan menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan disamping
membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan kemalangan
sebagai persediaan untuk bekerja pada masa hadapan. Saya akan mewujudkan prinsip
organisasi dan pengurusan bengkel yang mengikut keperluan keselamtan seperti mewujudkan
ruang dan kawasan kerja yang mempunyai saiz yang bersesuaian, menyediakan pintu dan
tanda keluar mengikut spesifikasi dan peraturan yang telah ditetapkan, menyediakan
peralatan pelindungan diri (PPE), menyediakan peti kecemasan bagi tujuan perubatan dan
pertolongan cemas, menyediakan alat pemadam api bagi tujuan pencegahan kebakaran, dan
menyediakan alat perlindungan mesin.

Seterusnya, bagi meningkatkan pengurusan bengkel supaya menjadi lebih terusus,


terancang dan bersistematik, saya akan menerapkan amalan 5S. Saya akan membudayakan
amalan ini bagi mengubah persekitaran bengkel supaya menjadi lebih kemas, teratur,
kondusif serta selamat bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan mewujudkan
organisasi untuk melaksanakan amalan ini dimana mempunyai penglibatan pelajar supaya
amalan ini terus menjadi budaya bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
berkualiti.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan yang setanding dengan negara yang maju boleh
diadaptasi sebagai penambahbaikan bengkel. Sebagai contohnya, saya akan cuba
mewujudkan suasana pembelajaran dalam bengkel setanding dengan 21st century. Antaranya
mewujudkan penambaikan dari segi pembelajaran penggunaan alatan iaitu melalui sistem
simulasi. Ia juga akan menggalakkan pembelajaran kendiri serta membolehkan pelajar
mempelajari teknik yang betul sebelum melakukan kerja sebenar.

Anda mungkin juga menyukai