Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara padang terdiri
daripada acara lompatan dan balingan.

Acara-acara ini boleh dipertandingkan serentak

dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek.


memerlukan peralatan dan kawasan tertentu.

Acara-acara padang

Antara acara-acara padang yang

dipertandingkan adalah acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lombol bergalah,
merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi. Kebanyakan
acara lompatan memerlukan aspek

kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa yang

tinggi.

Acara Lompatan
Acara lompatan dalam tajuk ini ialah lompat jauh dan lompat tinggi.

Sub Tajuk 5.1 : Lompat Jauh


Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu gaya layar, gaya
gantung dan gaya tendang kayuh.

30

Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut:
i.

Fasa lari landas (Approach)

ii.

Fasa lonjakan (Takeoff)

iii.

Fasa penerbangan/layangan (Flight)

iv.

Fasa pendaratan (Landing)

i.

Fasa Lari Landas


Anda bermula dengan berlari pantas secara optimum dan terkawal dari tempat
permulaan ke papan lonjak. Langkah pertama mestilah bermula dengan kaki
lonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak biasanya 11 14 langkah (pelompat
novis), 17 19 langkah (pelompat wanita pakar) dan 23 langkah (pelompat
lelaki pakar).
31

ii.

Fasa Lonjakan
Semasa tiba di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan
maksimum. Melonjak dengan menggunakan kaki lonjak. Kaki bebas dihayun
tinggi ke atas untuk mendapatkan lonjakan yang tinggi.

iii.

Fasa penerbangan/layangan
Gaya badan dan pergerakan anda bergantung kepada gaya yang digunakan.
Bagi gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

Bagi

gaya layar, anda mestilah melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan


dengan badan condong ke hadapan dan tangan dihulur ke hadapan hingga ke
hujung kaki. Bagi gaya gantung pula, angkat kedua-dua belah tangan ke atas
seolah-olah bergantung diudara di mana kedua-dua belah kaki diangkat ke
belakang.
iv.

Fasa pendaratan
Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan dan digerakkan ke
hadapan. Apabila tangan mencecah tumit, tangan digerakkan ke belakang dan
kemudian ke hadapan semula. Mendarat dengan tumit dahulu mencecah pasir.

Peraturan 185: Lompat Jauh

Seseorang peserta itu gagal sekiranya :

menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian


badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa
membuat lompatan

melonjak dari luar hujung papan lonjakan, sama ada selepas atau sebelum
garisan lonjakan

menyentuh tanah di antara papan lonjakan dan kawasan pendaratan

melakukan apa jenis balik kuang (somersault) semasa membuat larian atau
semasa melompat

32

semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat di antara


tapak lonjakan dan bahagian kesan jatuh yang paling hampir

tidak kira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana
bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari.

tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas
kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara
yang betul.

semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling
hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke
garisan lonjakan atau lanjuran garisan lonjakan. Ukuran hendaklah dibuat
serenjang (bersudut tepat) dengan garisan lonjakan atau lanjurannya.

Rujuk buku undang-undang KOAM

Sub Tajuk 5.2 : Lompat Tinggi:


Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya
pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Hanya gaya Fosbury Flop ini akan
dibincangkan dalam tajuk ini.
Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:

i.

Fasa lari landas/penujuan

ii.

Fasa lonjakan

iii.

Fasa penerbangan/layangan

iv.

Fasa pendaratan

33

Petaruran 182: Lompat Tinggi


Palang :

Panjang : L/Tinggi 4.00m, L/Bergalah 4.50m

Berat

: L/Tinggi 2kg, L/Bergalah 2.25kg

Seri :

Peserta membuat lompatan kurang di ketinggian seri, adalah pemenang.

Peserta yang kurang kegagalan di sepanjang pertandingan adalah pemenang.

Untuk tempat pertama, peserta diberi 1 percubaan ketinggian paling rendah


yang tidak dapat melepasi sehingga dapat pemenang.

34

Melonjak dengan sebelah kaki


Kegagalan :

Palang jatuh

Peserta sentuh bumi sama ada di luar atau di antara tiang, sebelum melepasi
palang.

Landas Lari dan Kawasan Lonjak

Jarak minimum : 15 m

( 20 m bagi kejohanan mengikut P 12.1(a), (b) dan (c)

Jika keadaan mengizinkan : 25 m

Keceruman maksimum keseluruhan landas lari dan kawasan lonjak TIDAK


melebihi 1:250 ke arah palang

Kawasan lonjak hendaklah rata

Tiang :

Apa jua bentuk yang tegap

Mempunyai sangga untuk menompang palang

Cukup tinggi melebihi 10 sm drpd. paras sebenar palang dinaikkan

Jarak antara tiang TIDAK kurang 4 m dan TIDAK lebih 4.04 m

TIDAK boleh dianjak, melainkan Refri merasakan landas lari dan kawasan
mendarat sudah tidak sesuai lagi. Ini hanya boleh dilakukan selepas satu
pusingan

Sangga Palang :

Rata, berbentuk empat segi bujur : 4 sm x 6 sm

Ruang di antara hujung palang dengan tiang sekurangnya 1 sm.

Kawasan Mendarat

Tidak kurang 5 m x 3 m
( Bagi pertandingan di bawah P 12.1, kawasan mendarat disarankan TIDAK
kecil dari 6m x 4m x 0.7m )

NOTA :
Ruang antara Tiang dan Kawasan Mendarat sekurangnya 10 sm

35

Anda mungkin juga menyukai