Anda di halaman 1dari 3

1 Pengenalan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING:


PENGENALAN
Kaunseling merupakan satu cabang bidang
psikologi yang mengaplikasikan pengetahuan
psikologikal dan kemahiran-kemahiran tertentu
dalam membantu dan membimbing seseorang
individu yang berada dalam keadaan kebingungan
(state of confusion), atau ketidakpastian
(undecisiveness) dalam membuat keputusan
mengenai apakah matlamat dan arah tujuannya
pada masa kini dan masa hadapan.
Namun begitu, apabila memperkatakan tentang
kaunseling secara umum, ia merangkumi beberapa
elemen utama (McLaughlin, 1999).
Elemen yang pertama memperlihatkan kaunseling
sebagai satu hubungan profesional, yang mana
seorang individu bermatlamat untuk membantu
seorang individu yang lain meneroka sesuatu
peristiwa atau sesuatu masalah yang sedang
dialaminya, atau meneroka proses perkembangan

SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling Jamaludin Ramli

1 Pengenalan

yang sedang berlaku dalam diri individu yang ingin


di bantu itu.
Kedua, kaunseling melibatkan kemahirankemahiran yang dapat menjana proses
penerokaan ini. Kemahiran-kemahiran yang
dimaksudkan, antara lain adalah seperti kemahiran
mendengar apa yang diperkatakan oleh individu
yang ingin di bantu, kemahiran menunjukkan sikap
empati terhadapnya, kemahiran mencabar
pemikiran individu tersebut, serta kemahiran
tingkah laku atau bukan lisan yang dapat
membantu individu itu. Kemahiran-kemahiran ini
penting bagi membantu individu memahami
perasaan, pemikiran dan tingkah lakunya sendiri
serta individu lain yang signifikan di sekelilingnya.
Berdasarkan kefahaman ini, individu tersebut akan
dapat bertindak dengan cara yang lebih efektif dan
produktif dalam perhubungannya secara
perseorangan (intrapersonal relationship) dan
perhubungannya dengan orang lain (interpersonal
relationship).

SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling Jamaludin Ramli

1 Pengenalan

Ketiga, kaunseling mengutamakan kesedaran


kendiri individu dan setiap tahap perkembangan
ke arah pembentukan kesedaran ini merupakan
sebahagian daripada proses kaunseling.
Akhir sekali, kaunseling juga di rujuk sebagai satu
proses pembelajaran yang menggabungkan
ketiga-tiga aspek manusia iaitu pemikiran,
perasaan dan perbuatan.

Rujukan:
McLaughlin, C. (1999). Counseling in schools: Looking back and
looking forward. British Journal of Guidance and
Counseling. 27 (1): 13-22.

SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling Jamaludin Ramli

Anda mungkin juga menyukai