2. Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan
maklumat
daripada pemerhatian.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.
b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
Langkah penggunaan:
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
3. Menghubung kaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.
Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,
membuat kesimpulan dan mengitlak.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti masalah.
b) Buat analisis tentang keadaan.
c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkan
d) Buat pernyataan tentang perkaitan.
4. Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan
mempertimbangkan
pilihan.
Langkah penggunaan :
a) Perhati atau kumpul maklumat.
b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.
c) Buat jangkaan yang paling sesuai.
5. Membuat Hipotesis
Membuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubahpembolehubah
bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji
untuk
membuktikan kesahihannya.
Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan
sesuatu
eksperimen, kajian atau penyelidikan.
Langkah penggunaan :
a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.
b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.
c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.
d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.
6. Mensintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk
menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.
b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan
laporan.
Langkah penggunaan:
a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.
b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.
c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan
tajuk,
perkara atau subjek.
d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan
tajuk.
7 Mengitlak
8. Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu
dengan
perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.
Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat
dengan
cara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.
Langkah penggunaan:
a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.
b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.
c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.