Anda di halaman 1dari 11

ISL MINGGU KE-7 TEORI KEDATANGAN

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Nama: Lylian Ching Manjan


Kumpulan: PISMPMZ 1113

TEORI KEDATANGAN ISLAM


DALAM TAMADUN MELAYU

Terdapat 3 teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia


Tenggara iaitu dari:
Tanah Arab
China
India

ISLAM DATANG DARI TANAH


ARAB

Terdapat bukti-bukti bahawa islam adalah datang dari


tanah Arab.
Cth: Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun
diislamkan pada tahun 531H/ 1136 M, oleh Sheikh Abdullah
bin Shiekh Ahmad al-Qaumiri al-Yumani seorang ulama
berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak,
1990:60).

ISLAM DATANG DARI TANAH


ARAB

Menurut catatan yang ditemui, sebuah perkampungan


Islam di Sumatera Utara Tashih telah ditemui pada tahun
650M dihuni oleh orang-orang arab yang datang ke
Sumatera pada abad ke-7 MAbdullah Ishak, 1900:35). S.M.
Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan
persuratan Malayu Islam dengan istilah dan konsep serta
tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab
atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa,
2001:165).

ISLAM DATANG DARI TANAH


ARAB

Secara tidak langsung hubunga perdagangan antara Alam


Melayu dengan Tanah Arab telah pun terjalin sebelum
kelahiran Islam.
Kesannya, penyebaran Islam di Tanah Arab telah pon
meluas termasuklah di Yaman yanag mempunyai pelabuhan
perdagangan yang penting. Melalui pelabuhan tersebut
pedaganag-pedagang Islam turut menjalankan aktiviti
perdagangan dengan Asia Tenggata terutama untuk
mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan
sebagainya.

ISLAM DATANG DARI INDIA

S.Q. Fatimi, Morison Harison, R.A. Kern dan Snouk Hurgronje para
sarjana berpendapat bahawa penyebaran Islam terjadi melalui
perdagangan dan bandar pelabuhan Gujerat di Inda memainkan
peranan peting.
Mereka juga berpendapat ramain pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah
di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa,
sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan
juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada
persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison
berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi
mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal
perniagaan dan kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu
penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti
oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990:61).

ISLAM DATANG DARI INDIA

Buktinya: penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja


Samudera yang bertarikh 1297 M.
Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan
persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua
tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987: 253). Walau
bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju
Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan
itu adalah sebagai buktinya.

ISLAM DATANG DARI CHINA

Islam samapai ke china pada zaman pemerintahan Dinasti


Tanag iaitu sekitar tahun 650M dan Canton menjadi
kawasan tumpuan utama para pendakwah islam (Azhar,
2000: 256).
Teori yang menyokong: Emanuel Godinho De Evedia
mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui
Canton dan Hainan pada kurun ke-9 M. Pendapat ini
terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang,
terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu
(Othman Soh, T.t: 72).

ISLAM DATANG DARI CHINA

Pada tahun 878 M, pemberontakan di Canton yang


menyebabkan seramai 100000 orang asing terbunuh.
peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam
yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang.
Dalam masa yang sama catatan Dinasti Sung pula
mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu
melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa
oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977
(Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).

Hubungan perdagangan antar a orang-orang arab dengan


China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum
kelahiran agama Islam lagi.
Barang-barang dagangan adalah seperti mmtiara, sutera
dan tembikar dari China
Telah mewujudkan hubungan antara China dengan
Kepulauan Melayu.

ISLAM DATANG DARI CHINA

Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orangorang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa
zaman pemerintahan Maharaja Tai tsung dari Dinasti Pang
(627-650M) (Abdullah Ishak, 1990: 65).

Anda mungkin juga menyukai