Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MOTIVASI

Bismillahirrahmanirrahim,

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, dan Salam Sejahtera.

Yang dihormati, Cik Liha Binti Dahlan guru besar Sk Beliau Isa,
Yang berusaha, Beliau Isa,Cik Kho Ling Hong selaku penceramah jemputan kita pada petang ini.
Yang dihormati, Penolong Kanan Kurikulum Pn Belkes,Penolong Kanan Kurikulum Pn Liza anak
Uwie,
rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Buah pauh si bunga rampai,


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan Izin Kasih-Nya pada petang yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi
melangsungkan Program Motivasi UPSR 2018 Sk Beliau Isa. Semoga dengan kehadiran semua,
maka majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

Bila berselisih buat tak cakna,


Sungguhpun sudah bertentang mata,
Benarlah sungguh pujangga Cina,
Jika tak kenal maka tak cinta.

Hadirin,

Kini, tibalah kita ke acara yang paling dinantikan semua. Untuk itu, Majlis mempersilakan Cik Kho
Ling Hong bagi memulakan slot matematik.

****selesai****

Terima kasih diucapkan kepada Cik Kho Ling Hong atas perkongsian yg telah beliau berikan tadi.
Diharapkan sama2lah kita mendapat manfaat dan pedoman dari ceramah beliau tadi. ******

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cik Kho Ling Hong atas kesudian
mengendalikan slot sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Guru Besar Sk Beliau Isa, Cik Liha Binti Dahlan bagi
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar Cik Liha atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi..

Dipersilakan Guru Besar Cik Liha Binti Dahlan diiringi oleh Penolong Kanan Kurikulum Pn Belkes
untuk menyampaikan sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan untuk Cik Kho Ling Hong.
Dipersilakan.

Hadirin yang dikasihi..


Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Sebelum Majlis melabuh Maka majlis kita telah
sampai ke penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Cik Kho Ling Hong
serta para tetamu atas kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini.
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah


hiwabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai