Anda di halaman 1dari 8

SULIT

Bahagian Satu
(40 Markah)
Jawab semua soalan
1. Baca petikan puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Puisi A
Burung serindit di dalam cempaka,
Jatuh menimpa dayung petani,
Sumpah perajurit di bumi merdeka,
Taat setia gagah berani.

Puisi B
Si burung pun tahu ertinya,
Beladu jangan turut bertanya,
Jikalau tiada ada mulanya,
Maka Nuri demikian lakunya

(a) Nyatakan jenis bagi puisi A dan puisi B


Puisi A :
Puisi B :
(2 Markah)
(b) Berikan dua perbezaan antara puisi A dengan puisi B
i.
..
ii.
..
(2
Markah)

2. Berdasarkan cerita Hikayat Indera Nata dalam teks Seuntai Kasih Secebis Harapan:
(a) Nyatakan nama isteri Indera Nata
..
(1 Markah)
1

SULIT

(b) Siapakah yang menyihir Tuan Puteri Cenderawati menjadi orang hutan?
..
(1 Markah)
(c) Nyatakan dua latar tempat yang digambarkan dalam cerita tersebut.
i.
..
ii.
..
(2 Markah)
3. Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh, lengkapkan jadual di
bawah dengan menyatakan nama watak yang mengungkap dialog tersebut:
Dialog

Nama Watak

Kamu rupanya Jalil yang mahu membeli tanah


orang-orang kampung. Saya membantah dan tidak
bersetuju untuk menjual tanah saya kepada kamu.
Jalil, aku nak bagitahu kamu sesuatu. Sebenarnya,
abangmu tidak bersalah.
Kalau kamu tidak bersetuju, tidak mengapa. Tanah
kamu nanti akan terpencil di tengah-tengah
pembangunan yang akan saya buat.
Kau bertanya menunjukkan kau juga percaya dengan
cakap orang. Abang kau tidak begitu!
(4 Markah)

4. Drama terdiri daripada pelbagai jenis. Berikan pengertian bagi jenis drama berikut:
(a) Drama realisme

..
(2 Markah)
(b) Drama bangsawan

..
2

SULIT

(2 Markah)
5. Drama Menggapai Pelangi karya Taha Abdul Kadir, menyerlahkan pemikiran tentang
konflik kejiwaan akibat perjanjian dan sikap tanggungjawab terhadap sesuatu perbuatan.
a) Nyatakan konflik yang dimaksudkan tersebut.

(2 Markah)
b) Berikan dua perwatakan Imran yang anda ketahui.
i.

ii.

(2 Markah)
6.
Meski ayah telah berangkat pulang
Dia tetap hidup di hati kami
Dingin dahi ayah waktu kukucup
Mudah-mudahan sesejuk itulah pusara ayah
Penuh lapang dan bercahaya
(dipetik daripada sajak keberangkatan Ayah, oleh Ratna Laila
Shahidin)

(a) Terangkan maksud baris pertama dan baris kedua sajak di atas
Baris 1: .
Baris 2: .
(2 Markah)
(b) Nyatakan dua gaya bahasa serta contoh yang terdapat dalam petikan sajak di atas.
i.
..
ii.
..
(2 Markah)
7. Lengkapkan jadual yang berikut:

Nama Penulis

Judul

(a) Ria Asmira


(b)
(c) Ghazali Lateh
(d)

Jeriji Kasih
Dongeng Sang Puteri
3

SULIT

8.
Syarifah Farisya juga semakin murung dan seakan-akan ada sesuatu perkara yang
dirahsiakan. Apabila Anuariza menanyakan masalahnya, gadis itu hanya memberi
alasan dia letih dan sering rindu akan arwah ibunya.

(a) Nyatakan teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas ?


..
(1 Markah)
(b) Berikan tiga teknik penceritaan yang telah anda pelajari.
i.
.
ii.
.
iii.

(3 Markah)
9. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid, konflik yang berlaku telah
banyak memberikan pengajaran kepada pembaca.
a) Apakah konflik yang dimaksudkan?
i.

ii.

(2 Markah)
b) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
i.

ii.

(2 Markah)
10. Imbas kembali merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh pengarang untuk
menghasilkan sesebuah karya.
a) Nyatakan definisi imbas kembali

..
(2 Markah)
b) Berikan dua peristiwa yang menunjukkan unsur imbas kembali digunakan dalam
novel Dari Lembah ke Puncak.
i.

ii.

(2 Markah)

SULIT

Bahagian Dua
(60 Markah)
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada soalan 1 atau soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
GURINDAM SEUNTAI KASIH SECEBIS HARAPAN
Kami tak mahu keadaan begini,
Azab sengsara di abad ini.
Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan.
Mengapalah perang terus meletus,
Suara kedamaian sering diutus.
Memohon kasih mengharap sayang,
Aman bahagia sukar ditayang.
Hulurlah bantuan berilah harapan,
Demi kebahagian masa hadapan.
Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa,
Susah derita hidup terseksa.
Seuntai kasih secebis harapan,
Berhati bersih berbudi bersopan.
Kepada para pemimpin yang berkuasa,
Pastikan penghuni alam aman sentosa.
[Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki)]
(a) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam gurindam ini.
(b) Jelaskan tiga ciri gurindam di atas.
5

(8 Markah)
(6 Markah)

SULIT

(c) Berikan tiga langkah untuk mempopularkan gurindam


(6 Markah)
2. Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan, dalam teks Seuntai Kasih Secebis Harapan;
(a) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerita tersebut. (10 Markah)
(b) Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut.
(10 Markah)

Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
6

SULIT

Jawab sama ada soalan 3 atau soalan 4


3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
PENGGILAP REZEKI
Di celah-celah pasar kesibukan hidup
Sekujur kecil bersalut kemiskinan
Melaung perhatian minta didekati
Peti kecil tersandang di bahu kerdil
Dia bukan pengenis jalanan
Tapi menjual perkhidmatan
Dia bukan pencopet buruan
Tapi menagih pengertian.
Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu !
Itulah suara kegigihan
Dari gubuk kelaparan pinggir kota
Dia merungkai segala rasa malu
Dari sepasang kaki ke sepasang kaki
Di kulit sepatu, tangan menggilap rezeki
Hingga memancar puas si pemilik
Menyinar ruang sekolahan hari esok
Dan pembungkus rezeki buat sehari.
Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu !
Dia lebih khuatir pada kulit dan harga
Sepatu di kaki orang lain
Daripada rabik selipar di kaki sendiri.
Herdik perli adalah simbahan baja
Yang menyuburkan ladang perjuangan
Si tubuh kecil penggilap sepatu
Sebelum malam bertandang
Waktu-waktunya, dalam diam anak itu
Menabung azam mahu jadi imigran
Menggali emas di bumi seberang
Yang anak-anak sebangsa dan sebayanya
Tak pernah kenal berus penggilap
Walau untuk sepatu sendiri.
Mohd Hashim Osman.
Tinggi,
Sumatera)
(a)(Bukit
Huraikan
lima
unsur gaya bahasa sajak di atas.
(b) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(10 Markah)
(10 Markah)

SULIT

4. Berdasarkan drama Muzikal Kampung Baru karya Hatta Azad Khan/ Dongeng Sang
Puteri karya Wan Ahmad Ismail.
(a) Jelaskan watak dan perwatakan Gulam Russel.
(b) Tiga persoalan dalam drama.
(c) Lima nilai murni yang digarap oleh pengarangnya.

(4 Markah)
(6 Markah)
(10 Markah)

Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6
5. Berdasarkan cerpen Benar Kata Ayah, karya Ria Asmira:
(a) Jelaskan definisi plot.
(b) Nyatakan tiga teknik plot cerpen tersebut.
(c) Huraikan lima citra masyarakat dalam cerpen tersebut.

(4 Markah)
(6 Markah)
(10 Markah)

6. Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak oleh Ghazali Lateh, bincangkan perkaraperkara yang berikut:
(a) Novel ini membuktikan jati diri seorang anak Melayu yang bangun menentang
kemiskinan yang membelenggu dirinya.
Berikan lima alasan untuk menyokong pernyataan ini.
(10 Markah)
(b) Bincangkan lima bukti ketabahan watak yang dikemukakan dalam novel tersebut.
(10 Markah)

Anda mungkin juga menyukai