Anda di halaman 1dari 13

Soalan Nabi s.a.

w : : "Siapa yang
mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa,
bersumpah bohong, saksi palsu,
pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w : : "Apakah rahsia engkau


kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang
air besar serta Tidak membaca doa
pelindung syaitan, maka hamba gosokgosokkan Najisnya sendiri ke badannya
tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w : "Jika umatku bersatu dengan


isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan
isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah
hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu
dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan
benih isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada
pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua
kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka
makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan
daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa
kenyang."

Soalan Nabi s.a.w : "Dengan jalan apa


boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia
kembali bertaubat kepada Allah, menangis
kesal akan perbuatannya. Apabila marah
segeralah mengambil air sembahyang, maka
padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w : "Siapakah orang yang


paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang
tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau
bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri,
bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat
pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan
bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda,
maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu,
hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang
menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang
lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerakgerak yang membangkitkan nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan
bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu
hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu
daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya.
Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak
terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara
kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w:


"Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis:
"Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu,
Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain
daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati
mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan
yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah
hamba pesongkan masuk ke rumah berhala
Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa
nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi s.a.w :"Hai Iblis !


Siapakah yang menyokong engkau ?
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka
Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya
telah hamba binasakan sekelian manusia dengan
mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa
sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah
dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab
ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang
tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah
hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba
mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu
penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi s.a.w: "Hai Iblis !


Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas
umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi
menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada
iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke
hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau,
sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguhsungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada
berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam
batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi
bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba
mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :


"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)!
Demi kebesaran Ku dan ketinggian
Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia
Mengampuni dosa umat Muhammad
selagi mereka itu meminta ampun
kepada Ku".

Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat


hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu
Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut
hasutanku.
Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu
Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad
dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa)
bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka
kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi
maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau


Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat
duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui
Oleh umat Muhammad SAW.
SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA
TIPUDAYA IBLIS INI DAN
DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA
SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA
KE SEMASA...............

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan dari Ku
walau pun sepotong ayat"

(mutpg.20.4.05)

Anda mungkin juga menyukai