Anda di halaman 1dari 6

Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan

pembelajaran sains sekolah rendah.


Pengawetan spesimen tumbuhan secara kering.
Nama tumbuhan: Petai belalang.
Nama binomial: Leucaena leucocephala
Keluarga:

Fabaceae

Subkeluarga: Mimosoideae
Tribus:

Mimoseae

Genus:

Leucaena

Spesies:

L. leucocephala

Petai belalang ialah sebuah pokok daripada keluarga kekacang. Ia adalah antara
tumbuhan pemberi sumber protein terbaik untuk makanan lembu, dimakan segar,
muda, matang, hijau ataupun kering. Nilai pemakanannya sama atau lebih elok jika
dibandingkan dengan alfalfa. Pokok petai belalang semakin mendapat tempat dalam
memulihkan tanah, mengawal hakisan, pemuliharaan air, penghutanan semula dan
pengurusan tanah, dan baik sebagai tanaman penutup bumi dan tanaman baja hijau.
Penggunaan daunnya sebagai sungkupan pada tanaman dikatakan berjaya
meningkatkan hasil tanaman tersebut secara signifikan.
Pokok petai belalang kini digunakan sebagai sumber biojisim bagi menjana
tenaga untuk kilang-kilang di Kertih, Terengganu. Cip kayu petai belalang dan pokok
akasia akan digunakan dalam menjana tenaga untuk Taman Bio Polimer Kertih kelak.
Herbarium berasal daripada perkataan hortus dan botanicusyang bermaksud
kebun botani yang dikeringkan.(Onrizal,2005)mendefinisikan herbarium sebagai satu
koleksi spesimen yang telah dikeringkan dan disusun berdasarkan sistem klasifikasi.
Secara ringkasnya herbarium merupakan spesimen dari tumbuhan yang telah
dimatikan dan diawet dengan kaedah tertentu yang dilengkapi dengan maklumat
lengkap tumbuhan tersebut.Herbarium dibuat dengan tujuan untuk pembelajaran dan
kajian terhadap spesis tumbuhan(Steenis,2003)
Kegunaan Herbarium
Herbarium secara umum digunakan sebagai:

1. Pusat rujukan:sumber utama bagi ahli taksonomi untuk mengenal pasti

spesis

tumbuhan,mengkaji

dan

mengkelaskan

tumbuhan

serta

mengnalpasti spesis baru.


2. Dokumentasi:herbarium

merupakan

koleksi

yang

mempunyai

nilai

sejarah,contoh tumbuhan baru dan mempunyai nilai ekonomi.


3. Pusat penyimpanan data:ahli kimia memanfaatkan untuk mengkaji
alkaloid manakala ahli farmasi menggunakan untuk mengkaji dan mencari
bahan ramuan untuk merawat penyakit seperti kanser.
Kaedah: Herbarium
Penyediaan herbarium melibatkan proses-proses berikut:

1.

Pengumpulan

Bagi mengumpul sesuatu jenis spesimen tumbuhan, kita terpaksa mengumpul


beberapa bahagian pentingnya seperti contoh buah, daun dan bunga bagi membantu
kita semasa peringkat (e) dan seterusnya. Jika tumbuhan itu bersaiz kecil, adalah lebih
jika bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan itu dimasukkan. Keratan
spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.

Daun petai belalang atau


leucocephala

Leucaena
2.

Penekanan

Spesimen perlu
disusun mendatar di antara
kertas akhbar lama.
Pastikan bahagianbahagiannya seperti
daun dan bunga
terbuka/terkembang untuk mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan
antara bahagian yang terlentang dan tertiarap. Letakkan papan lapis di bahagian atas
dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Untuk menambah tekanan, ketatkan
ikatan susunan papan lapis atau tindih dengan pemberat.

Daun yang telah disusun di atas kertas kemudiannya dilapisi dengan sehelai kertas lagi.

Kenakan tekanan ke atas lapisan kertas.

Tindih dengan sebarang objek berat dengan sekata.


3.

Pengeringan

Bahagian-bahagian daun dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu kita
terpaksa mengeringkannya dalam alat tekanan. Jika ini tidak dapat dilakukan, kita boleh
mengeringkannya di dalam ketuhar pada suhu 45 60 oc selama 3 6 hari. Jika ini juga
tidak dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya dalam udara biasa tetapi kertas
akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah
selama kira-kira 2 minggu)

Nota: spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak boleh dikeringkan. Jika tidak,
spesimen berkenaan akan layu semasa pengeringan. Bagi mengatasi masalah ini,
kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%. Buangkan
kertas yang sudah dilembapkan apabila penukaran berikutnya dilakukan.
4.

Pemanjangan

Spesimen yang kering disusun di atas kertas tebal dan terang (putih atau cerah) bersaiz
28cm X 43cm. Spesimen perlu dilekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas
pelekat atau bena. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan spesimen ke atas
bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan kerana ia
boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula kurang sesuai kerana ia mudah
rosak dan bertukar warna serta hilang pelekatnya. Untuk mengelakka serangan
perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida
2% di dalam alkohol.

5.

Pengelasan

Untuk mengenal pasti spesimen, pengumpul perlu membuat rujukan sama ada pada
buku atau pakar dalam bidang pengelasan misalnya muzium, universiti atau Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

6.

Pelabelan

Nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan yang tepat mengenai
maklumat-maklumat berikut:

Nama saintifik/botani

Nama tempatan/asal

Nama bahasa inggeris

Lokasi spesimen boleh ditemui

Nama orang yang menemui/mengumpul

Tarikh

Warna asal dan bentuk bunga

Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran

Jika pokok warna batang, tebal kulit dan sebagainya

Tarikh berbuah atau berbunga

Jenis tanah tempat spesimen tumbuh

Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih

Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu. Pastikan anda menomborkan
setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan (khususnya apabila anda ingin
menghantar spesimen untuk dikenal pasti oleh pihak yang tertentu.

7.

Penyimpanan

Untuk memastikan herbarium tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan dalam


keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

Anda mungkin juga menyukai