Anda di halaman 1dari 7

sosialisasi

1.1

PENGENALAN

Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di
mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir,
merasakan, dan bertindak, di mana kesemuanya itu merupakan hal-hal yang sangat
penting dalam menghasilkan hubungan sosial yang efektif. Sosialisasi juga
merupakan proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Disamping itu, fungsi
sosialisasi adalah mengalihkan segala macam maklumat yang ada dalam
masyarakat tersebut kepada anggota-anggota barunya agar mereka dapat
berkomunikasi dalam institusi sosial dengan baik.

Sosialisasi bermula daripada pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta
budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari
ketika kanak-kanak selalunya akan menjadi pendirian atau membentuk konsep diri
pada individu. Apabila seseorang itu bertambah dewasa, ia akan mempelajari lebih
banyak perkara hasil interaksi dengan pihak-pihak lain. Faktor penentu sosialisai
disebut sebagai agen sosialisasi. Oleh itu, keluarga adalah agen sosialisai yang
asas. Kemudian diikuti dengan agen-agen sosialisai yang lain seperti rakan, guru,
media dan sebagainya. Sosialisasi dapat mengubahsuai tingkah laku awal individu
untuk diselaraskan dengan kehendak kehidupan social masyarakat semasa.

Secara umum, teori-teori sosialisasi menumpukan perhatian kepada beberapa


perkara seperti melihat perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan identiti
personal melalui hubungan kekeluargaan, penerapan kategori moral dan nilai,
pemerolehan konsep diri dan identiti sosial, dan perkembangan kemahiran sosial
yang menjayakan interaksi terutamanya dalam komunikasi linguistik. Dalam
sosiologi setiap teori mempunyai gaya penghuraian yang berbeza tentang
sosialisasi. Fungsionalisme menekankan bahawa sosialisasi akan menyesuaian
individu ke dalam masyarakat. Perspektif konflik pula menyatakan konflik antara
kumpulan dan di dalam kumpulan akan menyebabkan sosialisasi dalam banyak
keadaan tidak berlaku secara langsung.
Secara khususnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sosialisai membawa
maksud i) usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara
atau proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana
(sikap,nilai, norma) yang dapat diterima dalam masyarakat.
PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan


dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis
dan mempunyai daya kreatif.Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal
dan kegiatan psikomotor.Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang
kepada manusia,khasanya generasi muda.Untuk menguasai berbagai-bagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam
dan kemahiran yang dififirkan sesuai menyesuaikan diri dalam perkembangan
masyarakat dan kehidupan harian.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga


menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat.Bagaimana,pada masa kini masyarakat perindustrian yang maju dalam
bidang teknologu sedang mengalami perubahan sisial yang pesat.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga


menanam sikap,nilai dan sahsia yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat.Pada masa kini,masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang
teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat.
Peranan Guru Terhadap Institusi Pendidikan

Sosialisasi merupakan proses bergaul dan bermesra antara satu sama lain.
Sosialisasi memberi pengaruh yang kuat ke arah sahsiah dan secara tidak langsung
ia mempengaruhi cara pergaulan, sikap dan minat kita secara umumnya.
Dalam sosiologi pihak-pihak yang melaksanakan sosialisasi disebut sebagai agen
atau media sosialisasi. Fuller dan Jacobs membahagikan empat agen sosialisasi
utama iaitu pihak-pihak yang melaksanakan proses sosiologi utama. Keempatempat agen atau media sosialisasi tersebut adalah keluarga, rakan sebaya, sekolah
dan media massa.
Sekolah merupakan salah satu agen sosialisasi yang paling berpengaruh. Menurut
Dreeben, dalam institusi pendidikan seseorang pelajar belajar membaca, menulis,
dan mengira. Apabila di rumah seorang anak mengharapkan bantuan dari orang
tuanya dalam melaksanakan pelbagai pekerjaan, tetapi di sekolah sebagian besar
tugas sekolah harus dilakukan sendiri dengan penuh rasa tanggung jawab.

Di sekolah, mereka belajar tentang perspektif yang lebih luas tentang segala hal
yang membantu mereka untuk menjalankan peranan yang ada di luar keluarga
seperti patriotisme, kebaikan, demokrasi, kejujuran yang diterapkan dalam
pelajaran. Ini menunjukkan peranan guru sebagai agen sosialisasi begitu penting
dalam kehidupan pelajar. Guru berupaya menggalakkan pergaulan yang mesra
dalam kalangan pelajarnya. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Kerja kumpulan yang diadakan akan menggalakkan interaksi
antara pelajarnya. Sebaliknya, jika guru menganjurkan kerja kumpulan, peluang
untuk bersosialisasi akan berkurangan sesama pelajar.

Peranan guru seterusnya ialah menekankan aspek komunikasi dua hala. Guru perlu
mempunyai kemahiran dan dinamika untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan
dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang menekankan aspek ini akan mendorong
pelajar pelajar untuk menyoal dan menjawab soalan dan dengan itu dapat
membantu pelajarnya mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan
membaiki sikap terhadap sekolah dan pembelajarannya. Jika guru itu memilih untuk
menyampaikan maklumat sahaja, maka kemahiran berkomunikasi tidak
dikembangkan. Kemahiran berkomunikasi adalah penting untuk sosialisasi.

Guru juga bertanggungjawab memupuk nilai-nilai murni seperti belas- kasihan,


bertolak ansur, bertimbang rasa dan bekerjasama. Pelajar yang muda amat
memerlukan keperluan-keperluan psikologi tersebut dan ini dapat dipenuhi oleh
seorang guru yang baik hati serta ada perasaan belas kasihan. Kesemua nilai ini
amat dihargai dalam sosialisasi. Dengan adanya penekanan nilai-nilai tersebut,
suasana yang kondusif telah wujud untuk sosialisasi.

Selain itu, guru perlu mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan
kawasan sekolah, balai raya, pusat warga tua, rumah anak yatim dan sebagainya.
Usaha seperti ini akan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi sesama
mereka atau dengan penghuni-penghuni di pusat-pusat tersebut. Ini juga
merupakan peluang untuk pelajar bersosialisasi.

Tingkah laku guru merupakan salah satu pengaruh sosialisasi dalam kalangan
pelajarnya. Ini kerana guru berdiri di hadapan beratus-ratus orang pelajar. Segala
percakapan, tindakan dan tingkah laku guru diperhatikan dengan rapi oleh para
pelajar. Ini membawa implikasi bahawa perwatakan guru sering diteliti oleh pelajar.
Lantaran itu, guru hendaklah memainkan peranan sebagai contoh teladan atau role
model kepada pelajar-pelajarnya. Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra

dan sentiasa menyapa pelajar- pelajar dengan baik, maka pelajar itu juga berasa
lebih selesa. Sahsiah guru itu akan dicontohi oleh para pelajarnya. Justeru, pelajar
akan membesar menjadi individu yang lebih peramah, mesra dan mudah untuk
berdampingan dengan orang lain.

Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan etika agama dan
nilai.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan
mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan
yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu,
dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan
maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan
tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak
kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum.
FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan
faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi
agama haruslah menjadi perkara yang first and foremost dalam diri seorang
individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat
meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi
lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan
yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh
menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah
guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina
intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan
keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan
meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini
mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan
matlamat membangunkan insan.

2.1

Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai

Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan dan
asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan
dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi
maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar

terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu
pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan
pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al Quran dan Assunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung
dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya
membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran.
Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka
akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan
sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak
bertentangan dengan agama dan wahyu.
Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk
dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka
cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas
ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya
sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan
menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan
dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

2.2

Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku

Antara matlamat pendidikan ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih dan
mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita berhadapan dengan
tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di
sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin
kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas
sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan,
tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke
alam dewasa dan kehidupan.
Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran
sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan
sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika
guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan
sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam
menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

2.3

Pemantapan akidah teras perubahan dan kemajuan

Fitrah atau tabii manusia sentiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih baik.
Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk meningkatkan penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan amalan sikap yang baik dan positif. Dalam usaha

untuk mencapai matlamat ini, kita terlalu bersifat akademik, mekanistik dan
materialistik sehingga kadang kala melahirkan pelajar yang begitu jauh daripada
pencipta. Lama kelamaan akan tiba keadaan kepercayaan kepada Tuhan semakin
luntur. Dengan perkataan lain akidah hendaklah selari dengan peningkatan
pendidikan.
Sebenarnya kita memerlukan pendidikan bersepadu iaitu di samping
peningkatan dalam kecemerlangan pendidikan,pemantapan akidah perlu berlaku
pada masa yang sama. Hasrat ini hanya dapat dilaksanakan menerusi peranan
hakiki guru. Maksudnya etika keguruan ( tugas hakiki guru ) menuntut guru
memantapkan akidah pelajar selari dengan peningkatan pencapaian
kecemerlangan akademik.

2.4

Pembangunan insan asas kualiti hidup

Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan


kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup
bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan.
Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya
kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang
sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian
kualiti hidup yang lebih lengkap.
Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang
harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii
atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT.
Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan?
Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagai
ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Insan
itulah juga yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri
insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara
harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang
dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika
keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan
yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah
SWT.

Rujukan:

www.sabah.edu.my/.../guru%20dan%20alam%20pend...
www.academia.edu/.../Peranan_dan_Tanggungjawab_..
BIBLIOGRAFI

Achmad Hufad (2007). Teori Sosiologi Pendidikan. Ilmu dan Aplikasi Pendidikan,
Bagian 1: Ilmu Pendidikan Teoretis. PT.IMTIMA, ms 242
Amir Hasan Dawi (2009). Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books
Dave Hill, Mike Cole (2001), Schooling and Equality: Fact, Concept and Policy. USA:
Routledge.
Ee Ah Meng. (2003). Pendidikan Di Malaysia (Semester V). Selangor : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng.(2003), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Ilmu Pendidikan Pengetahuan
dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester II), Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Ishak Ramly (2005), Inilah Kurikulum Sekolah. PTS Professional.
Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolahdan IPT. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2003). Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008). Insak (Inventori Sahsiah Keguruan) & Temuduga, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor
Nik Aziz Nik Pa, Noraini Idris (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di
Malaysia, Pengalaman 50 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Philip Wexler (2009), Social Theory in Education. NY: Peter Lang Primer.
Prof. Atan Long (1983). Fikiran-Fikiran Tentang Pendidikan Di Malaysia, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai