Anda di halaman 1dari 5

Razali: Universiti khusus untuk sukan

perlu diwujudkan
19 September 2012

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0

Datuk
Razali Ibrahim

<1/1>
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim hari ini berkata sebuah
universiti khusus untuk sukan perlu diwujudkan untuk memberi manfaat kepada para atlet negara dan
generasi
akan
datang.
Beliau berkata cadangan itu penting untuk dilaksanakan bagi melengkapkan pembangunan sukan
dalam negara dan perkara itu telahpun dibincangkan di mesyuarat peringkat kementerian.
"Sebagai permulaan, kementerian sedang melihat untuk mengadakan program berkembar dengan
universiti-universiti sukan di luar negara untuk mengadaptasikan model digunakan di universiti itu,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Bola Sepak Institusi
Pengajian Tinggi Malaysia 2012 di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Razali berkata kementerian menerusi program berkembar bakal mengadaptasikan
model digunakan Universiti Sukan Kebangsaan Korea (KNSU), satu-satunya universiti sukan di Korea
Selatan.
Media melaporkan universiti itu menjadi pilihan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan
Negara (MSN) berikutan kecemerlangan universiti itu melahirkan pemenang pingat di Sukan Olimpik
yang lalu dan juga tenaga pengajarnya yang hampir semuanya menggunakan khidmat bekas atlet.
Sementara itu, Razali yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata Pemuda Umno akan
mendekati seramai 130,000 mahasiswa yang berminat berpolitik di kawasan masing-masing.
Beliau berkata pihaknya akan mengagihkan senarai mahasiswa itu mengikut kawasan Parlimen

sebagai salah satu usaha Pemuda Umno untuk membentuk barisan pemimpin pelapis dalam Umno.
Razali bagaimanapun berkata perkara itu hanya akan dibuat selepas Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) dipinda sepenuhnya.- Bernama

Tubuh universiti sukan


Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

RAZALI (tiga dari kiri) bersama Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said (dua dari kiri)
melakukan simbolik perasmian Seminar Pembangunan Bola Sepak IPT Malaysia 2012 di UiTM, Shah Alam semalam.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan bahawa sebuah universiti khusus
untuk sukan perlu ditubuhkan di negara ini demi memberi manfaat kepada atlet muda
pada masa depan.
Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, universiti tersebut dapat
melengkapkan pembangunan sukan di Malaysia kerana proses pembangunan dalam
bidang itu didapati terhenti pada peringkat sekolah sukan sahaja.

Menurutnya, cadangan untuk menubuhkan universiti itu telah dibawa kepada


kementerian dan telah dibincangkan termasuk mengadakan program berkembar dengan
universiti sukan terkenal di luar negara sebagai permulaan.
Melalui program ini, kita tidak perlu mewujudkan prasarana sebuah universiti sukan
sebaliknya menjalinkan hubungan dengan universiti luar seperti Universiti Sukan
Kebangsan Korea di Korea Selatan untuk pengambilan atlet, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar
Pembangunan Bola Sepak institusi pengajian tinggi Malaysia 2012 di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam semalam.
Bagi pembangunan sukan bola sepak, Razali memberitahu, Jawatankuasa
Pembangunan Bola Sepak kini sedang melatih seramai 2,600 pemain berumur sembilan
tahun di 14 buah pusat latihan di seluruh negara.
Menurutnya, pembangunan sukan itu juga akan terus dipertingkatkan dengan
pembukaan Akademi Bola Sepak Kebangsaan di Gambang, Kuantan, Pahang yang
dijangka siap selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Kementerian sebenarnya berusaha keras bagi memajukan sukan ini dan kami
membiayai kira-kira RM2 juta untuk kejohanan mencari bakat di peringkat sekolah.
Kita dapat hantar Skuad Harimau Muda kita ke Yugoslavia baru-baru ini menggunakan
dana tabung khas bagi memantapkan persembahan mereka, jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2012&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz3M8adLP7A
Hakcipta terpelihara

Masih bincang isu universiti sukan

WARTAWAN SINAR HARIAN


3 Oktober 2013

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0

Khairy
Jamaluddin

<1/1>
KEMENTERIAN Belia dan Sukan sedang berbincang dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan
(GLC)
berhubung
cadangan
menubuhkan
sebuah
universiti
sukan.
Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penubuhan universiti itu bukanlah satu keutamaan
memandangkan
kerajaan
sedang
berusaha
untuk
mengurangkan
defisit
negara.
Sebahagian besar atlet tidak dapat mengikuti pengajian tinggi disebabkan kekangan waktu yang
bertindih dengan jadual latihan. Idea universiti sukan ini baik untuk memberi kelonggaran dan satu
jadual
fleksibel
kepada
atlet.
Kita ada berbincang dengan GLC supaya ia dibuat dalam bentuk perkongsian sektor awam dan
swasta, dan dengan sebuah universiti sukan terkemuka di United Kingdom. Bagaimanapun, ia masih
di peringkat perbincangan, katanya menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKRBukit
Katil)
di
Parlimen
di
sini,
semalam.
Beliau ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat meneruskan cadangan mewujudkan sebuah universiti
sukan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi dan memperkasa industri sukan.
Khairy berkata pada tahun lalu, industri sukan juga merupakan satu daripada sektor untuk
pembangunan negara memandangkan ia menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran
Dalam
Negara
Kasar
(KDNK)
tahun
lalu.
Terdahulu, Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) bertanyakan jumlah atlet muda bertaraf
dunia
yang
telah
dilahirkan
oleh
sekolah-sekolah
sukan
di
Malaysia.
Khairy berkata lebih kurang 350 atlet dari sekolah-sekolah sukan telah mewakili negara dalam 18
temasya sukan bermula dari Sukan Komanwel 1998 sehinggalah Sukan Olimpik di London tahun

lepas

dengan

jumlah

kutipan

pingat

101

emas,

93

(perak)

dan

89

(gangsa).

Ia termasuk Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee (terjun), Mohd Azizulhasni Awang (basikal) dan
Tan
Boon
Heong
(badminton).
Kementerian percaya penubuhan sebuah lagi sekolah sukan di Gambang, Pahang yang mula
beroperasi tahun lepas dapat menempatkan lebih ramai bakal atlet kebangsaan untuk kita gilap bakat
mereka
ke
peringkat
antarabangsa,
kata
Khairy.
Terdahulu, menjawab soalan asal Mohd Fasiah mengenai perancangan kementerian melahirkan atlet
negara yang berprestasi tinggi sejak alam persekolahan, Khairy berkata program pencarian bakat
telah dan sedang diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan membabitkan kanak-kanak
berusia tujuh hingga 12 tahun.

Anda mungkin juga menyukai