Anda di halaman 1dari 2

PROJECT TITLE : MODEL MONGREAL INTEGRASI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH

RENDAH
PROJECT AIMS : UNTUK MEMBANGUNKAN SATU MODEL INTEGRASI PENGAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI SEKOLAH RENDAH YANG MENGAMBIL KIRA KOMPONEN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN
AFEKTIF.
RESEARCH QUESTIONS :
1. Apakah tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab peribadi dan sosial,
kemahiran dan pengetahuan pelajar tahun 6 dalam permainan Penyerangan atau
Pertahanan menggunakan Model Pengajaran Mongreal?
2. Apakah pembangunan tingkahlaku tanggungjawab peribadi dan sosial, kemahiran
dan pengetahuan pelajar tahun 6 dalam permainan Penyerangan atau Pertahanan
menggunakan Model Pengajaran TGfU?
3. Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab
peribadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap kemahiran pelajar tahun 6 dalam
permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran
Mongreal?
4. Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab
peribadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap pengetahuan pelajar tahun 6
dalam permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran
Mongreal?
5. Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab
peribadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap kemahiran pelajar tahun 6 dalam
permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran TGfU?
6. Adakah terdapat pengaruh tahap pembangunan tingkahlaku tanggungjawab
peribadi dan sosial pelajar tahun 6 terhadap tahap pengetahuan pelajar tahun 6
dalam permainan Penyerangan atau Pertahanan menggunakan Model Pengajaran
TGfU?
PROJECT SIGNIFICANT:
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengolahkan pembangunan model Mongreal iaitu satu integrasi
model pengajaran pendidikan jasmani yang menggabungkan ketiga-tiga aspek domain pembelajaran
psikomotor, kognitif dan afektif. Model Mongreal adalah satu integrasi model pengajaran yang
menggabungkan Model TGfU dan Model Pengajaran Tanggungjawab Peribadi dan Sosial. Kedua-dua
model ini akan menggabungkan tiga teori iaitu teori permainan, teori konstruktivisme dan teori
pembangunan belia positif. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji bagaimana guru Pendidikan
Jasmani boleh memanipulasikan kategori permainan ini untuk menyediakan pelbagai pengalaman
pembelajaran yang berkualiti tinggi untuk pelajar. tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai
keberkesanan model pengajaran Mongreal kepada pembangunan tingkah laku peribadi dan
tanggungjawab sosial individu (Hormat, Penglibatan, Self-Direction dan Penyayang) bagi pelajarpelajar tahun 6 dalam persekitaran permainan aspek Penyerangan atau Pertahanan
(Striking/Fielding). Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan bahan-bahan
pembangunan profesional yang berkesan untuk guru-guru bagi membantu pelajar membina peribadi

dan tanggungjawab sosial persekitaran menggunakan Model Pengajaran TGfU (contohya, rancangan
pengajaran harian).
Keputusan kajian ini memberi implikasi yang penting bukan sahaja untuk guru malah untuk pelajar
dan pentadbir sekolah. Cadangan pelaksanaan kajian ini berpotensi untuk mengumpulkan maklumat
berkaitan teknik pedagogi yang mampu meningkatkan kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif
pelajar. Kualiti pengajaran guru juga dapat ditingkatkan bagi memberi pengalaman pembelajaran
yang menyeluruh kepada pelajar.
BACKGROUND/ DESCRIPTION OF PROJECT:
Projek ini bermatlamat untuk membangunkan Model Mongreal yang dapat memberikan
pengalaman pembelajaran yang holistik kepada pelajar di samping dapat meningkatkan domain
pembelajaran pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 6 sekolah rendah di
Negeri Johor. Kajian rintis akan dijalankan untuk mengambil gambaran awal tahap psikomotor,
kognitif dan afektif pelajar dengan pendedahan Model Mongreal. Rancangan pengajaran harian
dibangunkan bagi 8 minggu berdasarkan Model Mongreal. Asas Model Mongreal dibangunkan
berdasarkan kajian literatur, pandangan pakar dan pandangan guru. Instrumen penilaian Model
Mongreal juga akan dibangunkan bagi melihat keberkesanan model ini.

PROPOSED METHOD:
Kajian ini akan membangunkan Model Mongreal iaitu satu integrasi model pengajaran berasaskan
model TGfu dan model pembangunan tingkah laku dan sosial. Konstruk dan instrumen kajian akan
diuji menggunakan Model Rasch bagi mendapat kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Proses
mengesahkan instrumen ini akan mengambil kira polariti item, kesesuaian item, PCA,
kebolehpercayaan item dan responden dan DIF. Analisis penilaian keberkesanan model akan
dijalankan menggunakan SPSS Ver.21.0

Anda mungkin juga menyukai