Anda di halaman 1dari 14

ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


DENGAN UNIVERSITI AWAM
(AKJ SKK-UA) 2016

PANDUAN STANDARD KRITERIA PENILAIAN


AKJ SKK-UA 2016

LATAR BELAKANG
Mesyuarat Permuafakatan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 31 Julai 2007 telah mencadangkan
untuk mewujudkan kerjasama dalam bentuk Kluster Universiti-Sekolah.
Permuafakatan ini menekankan konsep asas iaitu setiap Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) akan menjadi mentor kepada beberapa sekolah yang terpilih. Program
Jalinan SKK-UA diuruskan oleh satu jawatankuasa bersama (Task Force) yang
terdiri daripada Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Akademik (BPPA),
Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK),
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Jalinan yang melibatkan SKK-UA diwujudkan bagi pelaksanaan program kolaborasi
dan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada kecemerlangan sekolah dalam tiga
aspek utama iaitu:
1. Kemudahan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan;
2. Kemudahan dan peralatan; dan
3. Penempatan/ penglibatan murid dalam program akademik dan kemasyarakatan
UA.
Sehingga 31 Mac 2016, sebanyak 413 SKK telah dijalinkan secara rasmi dengan 19
UA. Impak yang dicapai melalui pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan
bersama oleh SKK-UA telah membuktikan bahawa kolaborasi ini telah membuahkan
kejayaan yang cemerlang di SKK dan kejayaan ini wajar menjadi contoh bagi
memberikan inspirasi kepada sekolah-sekolah lain.
TUJUAN
Tujuan AKJ SKK-UA dilaksanakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada
SKK dan UA atas kecemerlangan pelaksanaan program jalinan SKKUA.

KONSEP ASAS AKJ SKK-UA


Pengiktirafan AKJ SKK-UA dilaksanakan dua tahun sekali (dwitahunan). Terdapat
10 kategori utama AKJ SKK-UA iaitu:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Akademik


Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Kokurikulum
Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Kemasyarakatan
Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Pengantarabangsaan
Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Penyelidikan dan Pembangunan
Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Reka Cipta
Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Amalan Terbaik
Anugerah Tokoh Program Jalinan SKK-UA:
i. Penyelaras SKK
ii. Penyelaras UA
j.
Anugerah Perdana Jalinan SKK-UA (Keseluruhan)

SYARAT DAN PERATURAN UMUM


1. Permohonan AKJ SKK-UA hanya terbuka kepada SKK dan UA.
2. Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada jalinan pendidikan yang
paling aktif dan berjaya antara SKK Fasa 1 hingga Fasa 9 bersama UA yang
ditindikkan. Program/ Aktiviti yang diterima dan layak untuk dinilai ialah program
yang telah dilaksanakan mulai 1 Ogos 2014 hingga 31 Julai 2016 sahaja.
3. Sekiranya tiada calon yang layak bagi sesuatu kategori maka anugerah bagi
kategori tersebut tidak akan diberi.
4. Sekiranya tiada calon yang layak bagi sesuatu kategori maka anugerah bagi
kategori tersebut tidak akan diberi.
5. Permohonan/pencalonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini
dimuat turun dari laman web http://www.myklusterakademik.blogspot.com.
Permohonan/pencalonan hendaklah diperakukan oleh Pengetua/Guru Besar dan
Dekan/wakil. Setiap permohonan/pencalonan hendaklah menggunakan borang
berasingan mengikut kategori anugerah yang dimohon.
6. Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan
maklumat dan bukti yang sah dan lengkap. Permohonan/pencalonan yang
tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2016.
8. Permohonan lengkap hendaklah dihantar dan dialamatkan kepada:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
dan Sekolah Kecemerlangan
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor
(UP: Urus Setia AKJ SKK-UA 2016)
9. Ahli Jawatankuasa Pemilih yang menjadi calon dalam sesuatu kategori tidak
boleh terlibat dalam proses penilaian bagi kategori tersebut pada tahun yang
dinilai.
10. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, Panel AKJ SKK-UA
berhak untuk menarik balik anugerah tersebut.
11. Keputusan Panel AKJ SKK-UA adalah muktamad.

SYARAT DAN PERATURAN


A. ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI AKADEMIK
Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan cemerlang dalam melaksanakan program
dan aktiviti jalinan akademik akan dinobatkan sebagai Penerima Anugerah
Kecemerlangan Jalinan Kategori Akademik.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Sijil dan Trofi.

SYARAT DAN PERATURAN


B. ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI KOKURIKULUM
Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan cemerlang dalam melaksanakan program
dan aktiviti jalinan kokurikulum akan dinobatkan sebagai Penerima Anugerah
Kecemerlangan Jalinan Kategori Kokurikulum.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Sijil dan Trofi.

SYARAT DAN PERATURAN


C. ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI KEMASYARAKATAN
Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan cemerlang dalam melaksanakan program
dan aktiviti jalinan kemasyarakatan akan dinobatkan sebagai Penerima Anugerah
Kecemerlangan Jalinan Kategori Kemasyarakatan.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Sijil dan Trofi.

SYARAT DAN PERATURAN


D. ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI
PENGANTARABANGSAAN
Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan cemerlang dalam melaksanakan program
dan aktiviti jalinan pengantarabangsaan akan dinobatkan sebagai Penerima
Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Pengantarabangsaan.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Sijil dan Trofi.

SYARAT DAN PERATURAN


E. ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN
Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan paling cemerlang dalam melaksanakan
program dan aktiviti jalinan penyelidikan dan pembangunan akan dinobatkan
sebagai Penerima Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Penyelidikan dan
Pembangunan.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Sijil dan Trofi.

SYARAT DAN PERATURAN


F.

ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI INOVASI DAN


PENGKOMERSIALAN PRODUK

Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan paling cemerlang dalam melaksanakan
program dan aktiviti jalinan inovasi dan pengkomersialan produk akan dinobatkan
sebagai Penerima Anugerah Kecemerlangan Jalinan Kategori Inovasi dan
Pengkomersialan Produk*.
*Jalinan Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk berasaskan
penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh SKK dan UA yang telah
dikomersialkan, dan berpotensi memberi impak yang positif ke arah peningkatan
kualiti hidup. Produk penyelidikan dan pembangunan boleh merupakan reka bentuk,
reka cipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Sijil dan Trofi.

10

SYARAT DAN PERATURAN


G. ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI REKA CIPTA
Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan paling cemerlang dalam melaksanakan
program dan aktiviti jalinan reka cipta* akan dinobatkan sebagai Penerima Anugerah
Kecemerlangan Jalinan Kategori Reka Cipta.
*Reka cipta bermaksud ciptaan yang terhasil daripada sesuatu idea yang baharu.
Rekaan atau ciptaan baharu ini boleh merujuk kepada idea, kaedah atau amalan
yang baharu.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.

UA
Sijil dan Trofi.

11

SYARAT DAN PERATURAN


H. ANUGERAH KECEMERLANGAN JALINAN KATEGORI AMALAN TERBAIK
Asas Anugerah
SKK dan UA yang menunjukkan kejayaan paling cemerlang dalam melaksanakan
program dan aktiviti jalinan amalan terbaik* akan dinobatkan sebagai Penerima
Anugerah Jalinan Amalan Terbaik.
*Amalan Terbaik ialah aktiviti kreatif dan inovatif yang direkabentuk untuk
meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan mengembangkan kebolehan, bakat
serta minat murid. Pelaksanaan hendaklah berbentuk kaedah atau metodologi
dalam pengurusan, kepimpinan, kurikulum dan kokurikulum serta pembelajaran dan
pengajaran yang meningkatkan kecemerlangan pendidikan.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.

UA
Sijil dan Trofi.

12

SYARAT DAN PERATURAN


I. ANUGERAH TOKOH PROGRAM JALINAN SKK-UA
Asas Anugerah
Penyelaras SKK dan Penyelaras UA yang cemerlang dan aktif dalam melaksanakan
program dan aktiviti jalinan masing-masing akan dinobatkan sebagai Penerima
Anugerah Tokoh Program Jalinan SKK-UA*.
*Anugerah Tokoh Program Jalinan SKK-UA disediakan untuk dua (2) kategori iaitu
Anugerah Tokoh Jalinan Penyelaras SKK dan Anugerah Tokoh Jalinan Penyelaras
UA.

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.

13

SYARAT DAN PERATURAN


J. ANUGERAH PERDANA JALINAN SKK-UA (KESELURUHAN)
Asas Anugerah
SKK dan UA yang mendapat markah keseluruhan tertinggi akan dinobatkan sebagai
pemenang Anugerah Perdana Jalinan SKK-UA (keseluruhan).

Kriteria Anugerah
Kriteria pemberian anugerah ini adalah berdasarkan pelaksanaan/penganjuran,
penglibatan, pencapaian dan impak program bagi setiap kategori.

Nilai Anugerah
SKK
Wang Tunai, Sijil Pengiktirafan dan Trofi.
UA
Sijil dan Trofi.

14

Anda mungkin juga menyukai