Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

GURU KADET REMAJA SEKOLAH 1


( CUP 2021 )

KARANGAN SESAT DI HUTAN


Disediakan oleh

NURUL HANIM OMAR


D20122062097
910405-08-6344
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
AT31-ISMP KEMAHIRAN HIDUP
KUMPULAN A
Tutor:

ENCIK MEOR HASBULLAH BIN MEOR AKIM


Tarikh Hantar:

6 MAC 2015
Soalan:

Anda mengadakan perkhemahan di luar kawasan sekolah (hutan) dan tersesat semasa
membuat aktiviti jalan malam. Apakah tindakan yang anda buat untuk menyakinkan
pelajar yang seramai 80 orang itu selamat dan cara-cara untuk anda kembali keluar.

Unit beruniform Kadet Remaja Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri


Harmoni telah mengadakan aktiviti perkhemahan tiga hari dua malam pada 15 hingga 17
Oktober 2014. Pada kali ini saya selaku guru penasihat unit uniform ini telah mencadangkan
agar aktiviti ini diadakan di tapak perkhemahan Kuala Woh, Tapah, Perak kerana lokasinya
yang tidak terlalu jauh dari sekolah dan kemudahan yang disediakan di tempat tersebut yang
dapat memudahkan pelbagai aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Seramai lapan
puluh orang pelajar yang merupakan ahli pasukan KRS serta lapan orang guru pengiring telah
mengikuti aktiviti perkhemahan ini.
Tiga hari sebelum perkhemahan berlangsung, sesi taklimat telah diberikan
kepada para pelajar dan guru-guru tentang peralatan yang perlu dibawa untuk tujuan
keselamatan, pakaian, bahan makanan dan sebagainya. Peralatan keselamatan seperti tali,
kompas, lampu suluh, pisau dan lain-lain amat penting terutamanya ketika berada di dalam
hutan manakala bahan makanan perlu dibawa oleh para pelajar kerana adanya aktiviti masuk
hutan dan memasak oleh para pelajar supaya mereka dapat belajar cara untuk ikhtiar hidup.
Menyetuh kepada pakaian adalah bertujuan untuk memastikan para pelajar membawa
pakaian yang perlu sahaja serta bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilaksanakan seperti
memakai seluar sukan, t-shirt berlengan dan kasut sukan.
Tepat jam 3.00 petang pada 15 Oktober 2014, sebanyak dua buah bas bergerak dari
perkarangan sekolah menuju ke tapak perkhemahan di Kuala Woh yang memakan masa
selama 30 minit.

Setibanya di tapak perkhemahan, para pelajar di kehendaki untuk

membersihkan kawasan tapak sebelum memasang khemah dan membuat pintu gerbang.
Setelah selesai mereka dikumpulkan untuk diberikan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang
bakal dijalankan selama di sana dan kemudiannya dibahagikan kepada lapan kumpulan kecil
yang dipimpin oleh seorang guru bagi memudahkan proses kawalan guru. Tugasan pertama
yang mereka perolehi adalah untuk membuat gajet yang perlu dijadikan sebagai lambing
kumpulan di mana aktiviti ini bertujuan untuk pelajar berkomunikasi, berfikir dan secara
tidak langsung dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat. Pada malamnya, mereka
dikehendaki untuk berkenalan ice breaking dan mempersembahkan gajet yang telah mereka

buat kepada kumpulan lain dan bersurai pada jam 11.00 malam untuk memberi ruang kepada
semua pelajar berehat.
Hari kedua, mereka telah dipecahkan kepada empat kumpulan pula untuk mengikuti
sesi pembelajaran dari instruktor terlatih dari anggota Jabatan Pertahanan Awam. Mereka
mempelajari asas ikatan, bantu mula, kawad kaki dan gajet yang amat penting dan perlu
diketahui. Sesi ini berlangsung sehingga jam 6.00 petang di mana setiap kumpulan akan
bergilir-gilir mempelajari ilmu tersebut selama dua hingga dua jam setengah bagi satu sesi.
Pada malam hari yang merupakan malam terakhir perkhemahan, aktiviti malam kebudayaan
seperti persembahan tarian, drama dan sebagai di jalankan untuk memberi hiburan kepada
para pelajar setelah penat di siang hari. Tepat jam 11.00 malam mereka di arahkan bersurai
untuk tidur dan digerakkan semula untuk bersiap dan bangun tepat jam 2.00 pagi.
Aktiviti kemuncak iaitu jalan malam di dalam hutan akan dilaksanakan yang akan
dipimpin oleh guru-guru pengiring dan ia telah di maklumkan kepada pihak polis terlebih
dahulu sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Aktiviti ini
dilakukan di kawasan berhampiran tapak perkhemahan kerana ia telah disediakan trek oleh
pihak pengurusan. Namun begitu, para pelajar diingatkan untuk membawa semua peralatan
keselamatan dan bekalan makanan dan minuman secukupnya bagi menjalankan aktiviti ini.
Tepat jam 3.00pagi aktiviti jalan malam bermula diketuai oleh saya dan tujuh orang lagi guru
pengiring.

Para pelajar diselang selikan kedudukan mereka dengan guru-guru. Mereka

diingatkan untuk tidak berpecah dan memberi tahu sekiranya kepenatan dan ingin berehat.
Setelah sejam setengah berjalan di kawasan hutan lipur itu, semua dibenarkan berehat
sebelum memulakan perjalanan untuk kembali ke tapak perkhemahan. Rata-rata pelajar
berasa teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka dan ada juga yang agak
takut namun ia di atasi dengan sokongan dari rakan-rakan dan guru-guru.
Setelah hampir setengah jam melepaskan lelah dan berbual, kami memulakan
perjalanan pulang ke tapak perkhemahan. Kami berjalan dengan penuh semangat untuk
pulang sambil berbual-bual kosong sesama sendiri. Sejam berlalu saya dapati kawasan yang
sepatutnya dilalui yang telah ditanda tidak jua ditemui. Saya cuba menenangkan diri dan
berbincang dengan rakan guru lain setelah mendapati bahawa kami telah sesat. Berdasarkan
maklumat yang saya telah perolehi dalam pembacaan buku Asas Perkhemahan dan Ikhtiar
Hidup karya Khairil Azaman Arshad (1997), situasi sesat di dalam hutan boleh beraku kepada
mana-mana individu sama ada yang mahir dengan sesuatu kawasan atau tidak. Di dalam
buku penulisan beliau turut menerangkan antara langkah yang perlu di lakukan jika

menghadapi situasi sesat di dalam hutan ini dan saya bersama rakan-rakan guru cuba
mempraktikkan langkah tersebut. Antara langkah yang saya dan rakan-rakan guru lakukan
yang pertama adalah kami mengarahkan para pelajar untuk berehat dan menenangkan diri
terlebih dahulu dan kami menjelaskan situasi yang terjadi.

Bagi pelajar muslim kami

meminta mereka membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan berzikir sementara pelajar bukan
muslim berdoa dalam versi mereka.

Kami memberikan kata-kata semangat yang kami

sentiasa bersama mereka dan keselamatan sentiasa terjamin dengan adanya kawalan dari
pihak polis yang akan menjalankan gerakkan mencari sekiranya kami tidak pulang ke tapak
perkhemahan setelah jam 6.00 pagi. Apabila mengetahui maklumat itu, rata-rata pelajar
kelihatan mula tenang dan memakan bekalan yang dibawa secara berjimat sekadar untuk
memberikan tenaga meneruskan perjalanan.
Saya mula teringat akan satu buku cerita kanak-kanak milik adik saya yang bertajuk
Sesat di Hutan keluaran Orbit Buku yang ada menyatakan tips sekiranya tersesat di dalam
hutan. Berdasarkan cerita tersebut saya dan beberapa orang rakan merujuk dan meneliti
semula peta yang dibawa. Kami cuba mencari kedudukan sungai supaya dapat memudahkan
kami untuk pulang ke tapak perkhemahan yang kedudukannya sangat hampir dengan sungai.
Setelah mendapati pelajar kembali tenang dan bersedia serta kami telah dapat mengenalpasti
arah sungai tersebut, saya mengarahkan semua pelajar berkumpul untuk menerangkan kepada
mereka langkah perjalanan yang akan dilakukan.

Setiap sepuluh langkah kami akan

meninggal tanda seperti botol minuman yang telah kosong dan mengikat tali pada tiang
pokok yang berhampiran bagi memudahkan kami mencari jalan kembali ke tempat tersebut
sekiranya berpatah balik ke belakang atau memberi petanda kepada pasukan menyelamat
bagi memudahkan mereka untuk menjejaki kami. Kami menyusuri sungai dengan berhatihati kerana keadaan jalan yang licin kerana embun pagi mula menutupi bumi.
Jam hampir menunjukkan 7.00 pagi namun kami masih belum menemui kawasan
perkhemahan. Saya mengarahkan pelajar muslim untuk bersiap sedia menunaikan solat
subuh manakala pelajar bukan muslim untuk menyalakan unggun api untuk menarik
perhatian penyelamat yang dinyatakan dalam buku Sesat di Hutan di samping
membolehkan kami memasak untuk sarapan pagi. Seusai solat dan memohon pertolongan
dari Dia yang berkuasa, saya mengarahkan para pelajar untuk mempraktikan kemahiran yang
mereka pelajari tentang ikhtiar hidup semasa aktiviti praktikal di sekolah untuk menyediakan
sarapan pagi. Penghulu yang dilantik dalam kalangan pelajar membahagikan tugas kepada
semua ahli supaya proses menyediakan makanan dapat dilaksanakan dengan baik. Pelajar

lelaki mengikut cikgu Asri untuk menangkap ikan dengan gajet yang mereka buat untuk
menangkap ikan manakala pelajar wanita menyediakan makanan dengan bahan makanan
yang di bawa seperti roti, sardin dan telur. Ikan yang diperolehi hasil tangkapan disiang dan
dibakar untuk dinikmati bersama bagi mengalas perut. Namun begitu, saya mengingatkan
mereka untuk tidak menghabiskan bekalan makanan dan minuman kerana perjalanan pulang
yang tidak diketahui bakal mengambil bmasa berapa lama. Setelah selesai bersarapan kami
mengemas semula kawasan tersebut sebelum memulakan langkah mencari jalan keluar.
Sementara menunggu pelajar bersedia, cikgu Asri memberi cadangan supaya kami
cuba menyusuri sungai memandangkan hari semakin siang di samping cuba menarik
perhatian penyelamat dengan cara pantulan cahaya dan meninggalkan kesan seperti yang
dilakukan sebelumnya iaitu mengikat tali pada pokok. Kami memulakan langkah tepat jam
8.00 pagi setelah memastikan semua anggota cukup dan bergerak bersama-sama.

Para

pelajar kelihatan tenang dan berbual sesama sendiri bagi memecah kesunyian sementara itu
beberapa orang pelajar cuba melakukan kaedah memantulkan cahaya matahari bagi
mendapatkan bantuan. Cara tersebut dapat menarik perhatian orang yang melihatnya nanti.
Hampir setengah jam berjalan kami berhenti seketika kerana terdapat pelajar yang kurang
sihat bagi melepaskan lelah. Semua pelajar senyap dan berehat sementara saya dan rakan
rakan-rakan guru melakukan proses menarik perhatian secara berterusan. Tidak lama selepas
itu, kami terdengar bunyi suara asing. Saya mengarahkan para pelajar untuk berkumpul dan
berada dalam lingkungan selamat. Beberapa saat berlalu dan kelibat anggota polis mula
kelihatan.
Riak kelegaan terpancar di wajah para pelajar dan guru-guru. Masing-masing
memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya anggota penyelamat menemui kami untuk
membawa pulang ke tapak perkhemahan. Saya dan guru-guru berbual seketika bersama
anggota polis tersebut sementara menunggu beberapa orang anggota polis dari daerah Tapah
yang lain tiba. Beliau mengatakan bahawa kami telah melalui laluan yang bertentangan pada
malam tadi dan langkah yang kami ambil dengan mencari kedudukan sungai dan mengikut
arah aliran sungai merupakan langkah yang tepat. Selain itu, tindakan kami meninggalkan
jejak iaitu dengan menanda pada pokok, unggun api yang dipasang serta pantulan cahaya
yang dibuat memudahkan pihak penyelamat untuk menjejaki kami tanpa memerlukan
bantuan anjing penyelamat. Kami memulakan pergerakkan pulang dengan bantuan anggota
penyelamat.

Hanya beberapa minit berjalan, telah kelihatan dipandangan kami kawasan tapak
perkhemahan yang kami tinggalkan semalam. Kami berasa sangat gembira dan teruja untuk
tiba di situ. Rupa-rupanya, perjalanan kami tadi telah hampir ke destinasi. Setibanya di
tapak perkhemahan, saya mengarahkan para pelajar untuk berehat dan membersihkan diri
dalam masa satu jam setengah sebelum proses mengemas kawasan dilaksanakan kerana ratarata kelihatan mengharungi hutan tebal tersebut semalaman.

Proses mengemas tapak

perkhemahan dilakukan dengan baik oleh semua pelajar dan pelajar di berikan peluang untuk
memberi refleksi terhadap aktiviti yang dilaksanakan ini sementara menunggu makanan
tengah hari disediakan dan berangkat pulang.

Wakil pelajar menyatkan bahawa ini

merupakan perkhemahan yang mencabar namun ia memberi banyak ilmu baru serta berasa
seronok kerana dengan sesat di hutan mereka berasa lebih akrab antara satu sama lain dan
lebih berani atas sokongan dari rakan-rakan dan guru. Perjalanan pulang kira-kira jam 1.00
petang ke perkarangan sekolah meninggalkan seribu kenangan di hati para gura dan pelajar di
Kuala Woh.
(1594 patah perkataan)

Rujukan:
Dewi Cendika, Noor Shahriza, Boon Kim Tan. (2008). Sesat di hutan. Selangor : Orbit Buku.
Sdn. Bhd.
Khairul Azman Arshad (1997). Asas perkhemahan dan ikhtiar hidup. Selangor: Fajar Bakti
Pengenalan

aktiviti

ketahanan

diri.

Diperoleh

pada

Mac

1,

2015

daripada

http://epic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725_Topik
%209%20Pengenalan%20Aktiviti%20Ketahanan%20Diri.pdf

Anda mungkin juga menyukai