Anda di halaman 1dari 2

30 April 2015

11 Rejab 1436H

Tuan/Puan,

MEMOHON TAJAAN SEMPENA PROGRAM SEJUTA KASIH SERIBU BAKTI

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.


2.
Adalah dimaklumkan bahawa pelajar kursus Penyediaan Makanan Barat (VEF 3066)
Semester 2 Sesi 2014/2015, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan Program
Sejuta Kasih Seribu Bakti di Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak bertujuan untuk untuk
merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat dari aspek kebajikan sosial yang
akan dilakukan. Di samping itu, melalui program ini ia dapat memberi pendedahan kepada
masyarakat berkaitan dengan makanan barat dan resepi-resepi dari makanan barat yang
ringkas, sedah dan mudah disediakan yang akan dikongsikan oleh para pelajar kursus VEF
3066 ini secara langsung kepada anak-anak yatim di sini.
3.

Program ini akan diadakan seperti butiran berikut.


Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 24 Mei 2015
: Ahad
: 7.00 pagi 5.30 petang
: Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak Darul Ridzuan.

4.
Sehubungan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon penajaan daripada
pihak tuan/puan bagi menjayakan kejohanan tersebut. Sumbangan boleh diberikan oleh pihak
tuan/puan dalam bentuk wang tunai mahupun cek.
5.
.Pihak kami amat menghargai sumbangan tuan dan didahului dengan ribuan ucapan
terima kasih. Bersama-sama ini juga disertakan kertas kerja program tersebut sebagai rujukan
buat pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

..
(CIK NUR AMILIN BINTI ABDUL HALIM)
Penasihat Program Sejuta Kasih Seribu Bakti,
merangkap Pensyarah kursus VEF 3066,
Fakulti Pendidikan Sultan Idris,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai