Anda di halaman 1dari 49

BMW3032: Wacana Akademik Bahasa Melayu

TEKNIK MENULIS PENULISAN ILMIAH


Penulisan ilmiah menjelaskan bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu konsep, idea atau kajian dengan merujuk kepada sesuatu sumber.

Kertas dan Saiz

Penggunaan Tanda Baca dan Pemerenggan

Jidar atau Margin

FORMAT PENULISAN ILMIAH

Muka Surat

Huruf, Saiz dan Jarak antara Baris

TEKNIK MENULIS PENULISAN ILMIAH


Kutipan perlu ada dalam penulisan ilmiah. Kutipan membawa maksud gagasan, pandangan, pendapat atau idea yang diambil daripada pelbagai sumber. Ada 2 jenis kutipan, iaitu: 1. Kutipan langsung 2. Kutipan tidak langsung

KUTIPAN LANGSUNG
Menjelaskan kutipan yang ditulis dalam susunan ayat asal tanpa mengalami sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri dan terpisah dari teks. Kutipan langsung diperlukan apabila:
Penulis tidak dapat menjelaskan idea dengan ayat sendiri. Petikan asal mengandungi bahasa yang terlalu teknikal Penulis hendak mempertikaikan isi atau idea yang diambil dari petikan penulis asal

KUTIPAN TIDAK LANGSUNG


Ungkapan kembali pendapat, ringkasan, gagasan pokok atau kesimpulan daripada sesebuah penulisan dengan gaya, bahasa dan ayat sendiri (Mohd Azhar Abd Hamid et al ,2001). Lebih menarik jika penulis berjaya mengolah semula petikan yang dipetik bagi tujuan memudahkan pemahaman pembaca. Maklumkan nama penulis dan tahun bahan diterbitkan jika terdapat sebarang perubahan daripada teks asal. Tujuan kutipan ini adalah untuk menyokong idea penulis asal dan bukannya menambah maklumat sedia ada.

KAEDAH KUTIPAN LANGSUNG


Kutipan langsung ditulis dalam satu baris. Jika kutipan lebih daripada satu baris sesuatu rujukan itu hendaklah diindentkan. Nyatakan nama pengarang, tahun diterbitkan karya dan muka surat. Gunakan elipsis () jika ingin memotong mana-mana bahagian dalam petikan yang diambil. Tujuan mengungkapkan suatu pernyataan yang dapat memberi gambaran menyeluruh terhadap isu yang sedang dibincangkan. Ada dua jenis, iaitu:
1. 2. Kutipan Langsung Petikan Pendek Kutipan Langsung Petikan Panjang

Kutipan Langsung Petikan Pendek


Kutipan ini kurang daripada tiga baris Diberi tanda petik () Perlu nyatakan nama penulis dan muka surat Kedudukan selari dengan teks
Tesis adalah perdebatan yang kekal (Jonathan Anderson, 2011: 27)

Kutipan Langsung Petikan Panjang


Dibuat dalam perenggan khusus (indentation) Diindent kiri dan kanan sekurang-kurangnya 5 langkau Saiz huruf dalam petikan kutipan hendaklah 1 poin lebih kecil daripada saiz taip teks Ditaip langkau 1 baris (spacing 1.0)
Pandangan Abdul Halim (2011) menjelaskan bahawa:
Misteri keindahan yang tergambar dalam fikiran dan yang hadir di hadapan mata atau yang dapat dirasai dan dinikmati oleh pancaindera dan perasaan hanya dapat difahami jika kita memahami rahsia dalam penciptaan manusia itu sendiri.

Bagaimanakah indentation dibuat?


1. 2. 3. Hitamkan maklumat yang ingin diindent. Tekan butang kanan tetikus. Pilih paragraph.

Sambungan
3. Tukarkan maklumat indentation pada sebelah kanan dan kiri.

4. Tukar maklumat kepada 1.0 langkau baris (spacing).

Sambungan

6. Tukar maklumat yang diinden kepada saiz fon 1 poin lebih kecil daripada teks.

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENULISAN KUTIPAN LANGSUNG


Nama pengarang sebahagian daripada ayat Tanda kurungan ( ) yang menyatakan tahun penerbitan dan muka surat perlu dimasukkan selepas nama pengarang Tanda titik bertindih (:) dimasukkan antara tahun terbitan dengan muka surat.
Merujuk pandangan Mohd Rashid Md Idris (2007: 59), kesalahan bahasa memang berlaku bukan sahaja kepada bahasa Melayu, malahan bahasabahasa yang lain juga.

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENULISAN KUTIPAN LANGSUNG


Nama pengarang bukan sebahagian daripada ayat Nama pengarang, tahun terbitan,dan muka surat di masukkan dalam tanda kurungan ( ) dan diletakkan pada hujung teks kutipan sebelum noktah (.). Tanda koma (,) diletakkan di antara
Melihat Hang Jebat dalam dua zaman, satu sebagai penderhaka dan satu lagi sebagai wira tentulah menarik (Mana Sikana, 2013 :56)

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENULISAN KUTIPAN LANGSUNG

Karya ditulis dua orang

kedua-dua nama pengarang itu hendaklah ditulis.


membaca boleh dianggap sebagai aktiviti mengenal lambang, bertindak balas terhadap lambang tersebut, dan memberikan makna kepadanya (Muhammad Saiful Haq Hussin dan Noor Aina Dani, 2011: 299).

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENULISAN KUTIPAN LANGSUNG


Karya ditulis oleh tiga orang atau lebih Catat nama pengarang pertama sahaja, kemudian diikuti dengan et al .
Menurut Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi et al. (2010: 422) budaya menjadi sebahagian daripada perilaku komunikasi yang dapat menentukan, memelihara, mengembangkan atau mewarisi budaya.

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENULISAN KUTIPAN LANGSUNG


Rujukan bukan daripada penulis asal Catat nama pengarang dan nama pengarang yang dirujuk oleh sumber
Fairclough (2003, dalam Idris Aman, 2010) mentafsirkan wacana ialah pandangan khusus tentang bahasa penggunaan sebagai satu unsur kehidupan sosial yang berkait rapat dengan unsur lain.

KUTIPAN TIDAK LANGSUNG


Menulis petikan idea penulis lain dengan mengolahnya menggunakan perkataan sendiri. Pendokumentasian seperti ini tidak memerlukan penggunaan nota kaki.

Kutipan Tidak Langsung dengan Perubahan


Mengubah petikan dengan menggunakan ayat sendiri tanpa ada tokok tambah maklumat. Nyatakan nama penulis dan tahun terbitan sahaja.
PETIKAN ASAL: Kata nama ialah kata yang menyatakan nama sesuatu benda, haiwan, tempat atau orang. Kata nama disebut juga kata benda (Aziah Tajudin, 2007: 13) PERUBAHAN: Kata nama atau kata benda menjelaskan kata yang menunjukkan nama benda, haiwan, orang dan tempat (Aziah Tajudin, 2007) atau Menurut Aziah Tajudin (2007), kata nama atau kata benda menjelaskan kata yang menunjukkan nama benda, haiwan, orang dan tempat.

KAEDAH PENULISAN NOTA KAKI


Nota kaki amat diperlukan sebagai catatan tambahan tentang asal-usul sumber yang boleh dirujuk. Berada di bawah setiap muka surat penulisan ilmiah. Kebanyakannya digunakan dalam bidang sejarah. Hendaklah dinomborkan mengikut nombor secara berturutan.

sambungan
Kandungan yang terdapat dalam kaedah penulisan nota kaki (Mohd Azhar Abd.Hamid et al, 2001).
1. Ditulis pada halaman yang sama dan dipisahkan dari bahagian teks dengan satu garisan sepanjang 2.5cm Nombor urutan pada nota kaki perlu sama dengan nombor urutan dalam teks dan ditulis agak ke atas pada kedudukan 1 langkau dari teks atau nota kaki Saiz tulisan adalah 2 poin lebih kecil daripada saiz tulisan dalam teks Penomboran nota kaki adalah berurutan mengikut bab, bermakna setiap bab akan menggunakan nombor baru.

2.

3.
4.

memberi penghargaan kepada penulis dan sumber yang dirujuk.

memberi maklumat lengkap tentang asal usul sumber yang telah dirujuk. memberi maklumat tentang sumber rujukan

memindahkan petikan langsung kepada bahagian nota kaki

FUNGSI NOTA KAKI

membuat rujukan silang (cross reference)

membuat rujukan tambahan

memberi pandangan, cadangan dan komen

APA (American Psychological Association)


Hanya nyatakan nama keluarga pengarang, tahun terbitan dan halaman dalam kurungan ( ) Maklumat lengkap tentang bahan rujukan disusun mengikut abjad dalam bibliografi

MLA (Modern Language Association of America)


Sesuatu petikan disusuli nama pengarang Petikan diakhiri dengan nombor halaman dalam kurungan ( ) Maklumat lengkap di bahagian bibliografi

Chicago (The Chicago Manual Style)


Hanya ditulis dengan nama pengarang Kebanyakan maklumat dipisahkan oleh koma (,) kecuali penerbitan yang dinyatakan dalam kurungan

Dewan
Mengandungi nama penulis, tarikh terbitan dan halaman dalam kurungan ( ). Maklumat lengkap dikemukakan dalam senarai bibliografi Jika nota melebihi satu halaman, bahan akan dijadikan nota bab atau nota hujung yang akan diletakkan di bahagian akhir bab.

Ratu lebah mempunyai kuasa mengawal keseluruhan aktiviti yang dijalankan 3 oleh kumpulan lebah pekerja dan lebah jantan. --------------------------------------------------------------------------------------------APA
3

Lebah pekerja merupakan kumpulan lebah dalam kalangan lebah betina

Dalam buku Mari Kita Berbahasa, Muhammed Salehudin Aman menyatakan, kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am 5 yang tidak perlu diulang. MLA --------------------------------------------------------------------------------------------5

Untuk penjelasan lanjut tentang kata kata nama am, rujuk Abdul Hamid Mahmood (10-12).

Ada dua jenis asap yang dihasilkan daripada pembakaran rook, iaitu asap pembakaran utama 2 dan asap pembakaran sisi. --------------------------------------------------------------------------------------------Chicago
2

Harmy,ANCAMAN Perokok Pasif. Kosmik Majalah Sains dan Teknologi, 21, 6, (2013), 18.

Kajian frekuensi perkataan dari aspek sejarah 1 sudah lama dilakukan oleh para penyelidik di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa. --------------------------------------------------------------------------------------------Dewan
Lihat perbincangan tentang hal ini pada bahagian akhir.

APA

Dewan

GAYA

MLA

Chicago

Gaya Penulisan APA MLA

Bidang Sains Sosial Kemanusiaan (Pengajian bahasa Inggeris, bahasa moden dan kesusasteraan) Kemanusiaan (Kesusasteraan, sejarah dan Kesenian) Penggunaan khas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Chicago

Dewan

Kaedah Penulisan Bibliografi dan Rujukan


Bibliografi senarai bahan yang dirujuk dan tidak dirujuk, tetapi berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan dalam sesebuah karya yang diterbitkan itu. Senarai rujukan senarai semua sumber bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesebuah karya. Tatacara penulisan bibliografi dan rujukan
Dimulakan pada muka surat baharu Ditulis menggunakan saiz 12 huruf Times New Roman atau Arial 11 Disusun secara urutan abjad berasaskan abjad pertama nama penulis Perlu ditaip tanpa langkau (single spacing) Santak kiri bagi baris pertama dan kanan bagi baris kedua dan seterusnya Penulisan perlu di justify.

Sambungan
unsur-unsur yang ditulis dalam rujukan/bibliografi ialah:
Nama penulis Tahun penerbitan Tajuk digariskan atau dicetak miring (italic) Tempat penerbitan Nama penerbit Halaman Jilid Bagi jurnal/ majalah/ surat khabar atau bahan elektronik Bilangan URL

struktur rujukan atau bibliografi


1

Membuat senarai secara konsisten Boleh dicampur atau dipisah-pisahkan mengikut jenis dokumen Urutan nama pengarang disusun mengikut abjad//huruf Tidak diberi nombor Jika tiada nama pengarang, tajuk dimasukkan dalam urutan abjad

struktur rujukan atau bibliografi


6
Jarak antara baris adalah satu rujukan adalah langkau 1 baris (1.0 spacing) Jarak antara rujukan dengan rujukan yang lain adalah satu setengah sampai 2 langkau (1.5/2.0 spacing ) Baris pertama dimulai dengan margin paling kiri, manakala baris kedua dan seterusnya perlu dimasukkan (1 tab)

Diletakkan pada bahagian terakhir tulisan

Gelaran pangkat dan ikhtisas tidak dimasukkan

Supaya sesebuah penulisan tidak dianggap sebagai meniru atau mencuri idea penulis lain

FUNGSI BIBLIOGRAFI

Penting kepada pembaca yang ingin mengetahui maklumat lanjut sesuatu idea yang dikemukakan dalam bahan yang sedang dirujuk

Memberi gambaran atau fakta selanjutnya terhadap bahan yang dibaca

Tatacara penulisan nama pengarang


Nama Pengarang Nama Asal Perubahan

Melayu
Barat Cina

Profesor Madya Dr. Halim Harun Halim Harun


David Wray Pang Nyok Ging Cindy Pang Nyok Ging Wray, David/ Wray, D. Pang, Nyok Ging Pang, Cindy Nyok Ging, Kasturi Muthusamy Karenjit Kaur Al-Attas, Syarifah Qaffif Sukarno, Sulastri Putri

India Sikh/Punjabi Arab Indonesia

Kasturi a/p Muthusamy Karenjit Kaur Syarifah Qaffif Al-Attas Sulastri Putri Sukarno

Jenis Bibliografi APA


A) Buku B) Artikel C) Tesis dan Disertasi D) Prosiding Persidangan E) Sumber-sumber lain

UBM 1032: Wacana Akademik Bahasa Melayu

Penulisan Bibliografi APA


a) Buku
Tanpa penulis Give me liberty. (1969). New York: World. Judul. (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. Satu penulis Asmah Omar (2002). Setia dan santun bahasa. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul. (Edisi). Tempat penerbitan: Penerbit. Dua penulis Sulaiman Masri dan Razali Ayob (2002). Komunikasi kewartawanan. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Nama pengarang pertama & pengarang kedua (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

Penulisan Bibliografi APA


Tiga hingga enam penulis Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2009). Tatabahasa Dewan. (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nama pengarang pertama, pengarang kedua, pengarang ketiga & pengarang keempat (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. Lebih daripada enam orang penulis Mohd Azhar Abd. Hamid, Halimah Maalip, Paimah Atoma, Sanitah Mohd Yusuf, Sofri Ibrahim, Yusof Boon et al. (2001). Pengenalan kepada penulisan ilmiah. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Nama pengarang pertama, pengarang kedua, pengarang ketiga, pengarang keempat, pengarang kelima , pengarang keenam, et al. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.

Penulisan Bibliografi APA


Penulis & Penyunting Welty, E. (1994). A writers eye: Collected book reviews (P.A. McHaney, Ed.). Jackson: University Press of Mississippi. Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul. (Nama penyunting, Ed.). Tempat penerbitan: Penerbit. Penyunting David, S. (Ed.). (1991). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press. Nama penyunting (Ed.). (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. Terjemahan Palmer, F.R. (1989). Semantik (Abdullah Hassan, Terjemah). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. (Karya asli diterbitkan 1979). Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul (Nama penterjemah, Terjemah.). Tempat penerbitan: Penerbit. (karya asli diterbitkan )

Penulisan Bibliografi APA


Institusi / Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan BM. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan DBP. Nama korporat (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. Bab dalam buku Asmah Haji Omar (2003). Pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing: kaedah dan prinsip. Dalam Atiah Hj. Mohd Salleh & Ramlah Muhammad (Ed). Pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. (hlm 1-16). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul bab dalam buku. Dalam nama penyunting pertama & nama penyunting kedua (Ed.). Judul buku. (hlm ). Tempat penerbitan: Penerbit.

Penulisan Bibliografi APA


Kamus Kamus Dewan. (edisi ketiga.). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit. Ensaiklopedia Bergmann, P.G. (1993) Relativity. Dalam The new encyclopedia britannica (Jilid.26, hlm 501-508). Chicago: Encyclopedia Britannica. Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul artikel. Dalam Judul enasiklopedia (Jilid, hlm). Tempat penerbitan: Penerbit. Buku Elektronik Vibert, C. (2000). Web-based analysis for competitive intelligence. Nova Scotia: Greenwood. Diperoleh pada September 9, 2007, daripada http://site.ebrary.com.eserv. um.edu.my/lib/uum/Top?%3Fnosr=1&id=10017981&layout=document. Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit. Diperoleh pada tarikh bahan diakses, daripada URL.

Penulisan Bibliografi APA

b) Artikel
Artikel dalam jurnal Hassan Ahmad (1999). Dasar bahasa dan pembangunan negara Malaysia. Dalam Dewan Bahasa, 43(9), 783-797. Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul artikel. Dalam nama jurnal, jilid(bulan/bilangan), muka surat. Artikel dalam jurnal elektronik Kerin, J. (2002). Doctors trom teen novel approach [Versi elektronik]. The Australian, 4. Diperoleh pada November 20 , 2001 daripada http://www.theaustralian.com.au Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul artikel. [Versi elektronik]. Nama jurnal, jilid. Diperolehi pada tarikh bahan akses daripada URL.

Penulisan Bibliografi APA


Artikel daripada internet tetapi bukan jurnal elektronik (dengan nama pengarang) Sinclair, J.M. (1996). Preliminary recommendations on corpus typology. Diperoleh pada Ogos 18, 2004 daripada http://www.ilc.cnr.it/EAGLES96/texttyp/texttyp.html. Nama pengarang (Tahun penerbitan/ dikemas kini). Judul artikel. Diperoleh tarikh akses daripada URL. Artikel daripada internet tetapi bukan jurnal elektronik (tanpa nama pengarang) Creative thinking (2004). Diperoleh pada Ogos 20, 2004 daripada http://www.virtualsalt.com/crebook2/html Judul artikel. (Tahun penerbitan/ dikemas kini). Diperoleh tarikh akses daripada URL.

Penulisan Bibliografi APA


Artikel dalam akhbar Fazli Abdullah (2005, April 5). Boleh ambil pekerja asing. Berita Harian, 1& 8. Nama pengarang (Tahun, bulan, tarikh penerbitan). Judul artikel. Nama Akhbar, muka surat. Artikel dalam akhbar atas talian (online) Tidak ada masalah kekurangan doktor: MMA. ( 2010, Febuari 21) Berita Harian Online. Diperoleh pada Februari 21, 2010 daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/201002211 14932/Article/index_html Judul artikel (Tahun, bulan tarikh penerbitan)Nama Akhbar Online. Diperoleh pada tarikh akses daripada URL

Penulisan Bibliografi APA


Artikel dalam majalah bulanan Zaidi Mohamad (2001, Jun). Kecemerlangan. Dunia Pendidikan, 17-20 Nama pengarang (Tahun, bulan penerbitan). Judul artikel. Nama Majalah, muka surat. Artikel dalam majalah mingguan Vygotsky, L. (2002, Ogos 4). Mind in Society. Newsweek,100, 76-80 Nama pengarang (Tahun, bulan, tarikh penerbitan). Judul artikel. Nama Majalah, jilid, muka surat.

Penulisan Bibliografi APA


c) Tesis dan Disertasi
Tesis/ disertasi tidak diterbitkan Mohd. Rain (2003). Perilaku morfo-sintaksis imbuhan meN--kan : Analisis data korpus berkomputer. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti KebangsaanMalaysia. Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul Tesis/ Disertasi. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Tempat penerbitan: Penerbit. Tesis/ disertasi daripada pangkalan data atas talian Meor Ahmad Shukri bin Zainal Abidin. (2006). The study of e-book in learning and teaching: primary and secondary school. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia. Diperoleh pada Ogos 23, 2007 daripada http://www.psb1.uum.edu.my/TESIS/Tesis/200521.pdf Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul Tesis/ Disertasi. Tesis Sarjana , penerbit/ universiti. Diperoleh tarikh akses daripada URL

Penulisan Bibliografi APA

d) Prosiding Persidangan
Seri Lanang Jaya Haji Rohani (2004). Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan. Dalam Prosiding Seminar Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Tafsiran Sukatan Pelajaran Baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (m.s. 68-78). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Sultan Idris.
Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul artikel. Dalam Nama Prosiding Persidangan, muka surat. Tempat penerbitan: Penerbit.

Penulisan Bibliografi APA f) Sumber-sumber lain


Pita video Language and verbal skills. (1976). [Pita video]. Virginia: Association for Retarded Citizen. Judul pita video. (Tahun penerbitan). [Pita video]. Tempat penerbitan: Penerbit. Program televisyen Towers, J. (Pengarah). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel. Nama penerbit rancangan (Pengarah). (Tahun penerbitan). Judul program televisyen. Tempat penerbitan: Penerbit.

UBM 1032: Wacana Akademik Bahasa Melayu

Penulisan Bibliografi APA


Kaset Bolles, R.N. (2000). What color is your parachute? 2000: A practical manual for job-hunter and career changers [Rakaman kaset]. San Bruno, CA: Audio Literature. Nama pengarang/ jurucakap (Tahun penerbitan). Judul kaset [Rakaman kaset]. Tempat penerbitan: Penerbit. Nota atau slaid atas talian(online) Roberts, K.F. (1998). Federal regulation of chemical in the invironment [slaid Power Point]. Diperoleh daripada http://siri.uvm.edu./ppt/40hrenv/index.html Nama pengarang (Tahun penerbitan). Judul slaid [slaid PowerPoint]. Diperoleh daripada URL

Penulisan Bibliografi APA


Al- Quran/ Hadis (dengan nama pengarang)

Amin, Bakri Syaikh (1978). Al takbir al-fanni fil al-Quran. Beirut: Dar al-Syuruq
Nama pengarang/ (Tahun penerbitan). Judul hadis .Tempat penerbitan: Penerbit. Al- Quran/ Hadis (tanpa nama pengarang)

Al- Quran dan terjemahannya. (1985). Jakarta: Yayasan Penyelenggaraan dan Penterjemahan Al-Quran. Judul hadis/ al- Quran. (Tahun penerbitan). Tempat penerbitan: Penerbit.

CARA PENULISAN RUJUKAN BUKU BAGI KEEMPAT-EMPAT GAYA: PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Gaya penulisan APA MLA

Tatacara penulisan Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Ahmad Khair Mohd Nor. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2007.

Chicago
Dewan

Ahmad Khair Mohd Nor. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2007.
Ahmad Khair Mohd Nor , 2007. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
NOTA:

Persamaan Binaan : APA = Dewan Nama pengarang- tahun terbitan- judul buku - tempat terbit- penerbit. : MLA = Chicago Nama pengarang- judul buku - tempat terbit- penerbit- tahun terbitan Cara penulisan tajuk : Dewan = Chicago = MLA (setiap pangkal perkataan huruf besar kecuali kata hubung dan kata sendi) Perbezaan 1. Cara penulisan judul/ tajuk 2. Kedudukan tahun penerbitan.

Anda mungkin juga menyukai