Anda di halaman 1dari 18

Tajuk

Oleh
Ditulis Pada

: Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak.


: Nazri Ghani.
: Mei 2011
KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

Pendahuluan

Kertas Kerja Latihan Pusat Bola Sepak

Menyediakan Jadual Latihan

10

Jadual Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak


SK Peserian

11

Perincian Sesi Latihan

15

Rumusan

18

Apendix

19

1.

PENDAHULUAN
Guru penasihat sukan dan permainan selaku jurulatih memainkan peranan penting

dalam pembangunan sukan di sekolah khususnya dan negara amnya. Mereka merupakan
aset

yang menjadi nadi penting dalam membentuk ahli sukan yang mantap dan

berkemahiran tinggi bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
yang menyerlah dalam kegiatan sukan yang disertai di peringkat antarabangsa. Amat
penting, guru-guru tersebut diberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta
kemahiran yang berkaitan agar dapat diterapkan dalam sesi latihan yang dirancang.
Sebagai jurulatih sukan di sekolah, guru-guru tersebut hendaklah diberi sedikit
ruang dan masa untuk merancang program yang bersesuaian dengan murid-murid yang
telah dipilih seterusnya melaksanakan program mengikut fasa-fasa latihan dalam jangka
masa yang bersesuaian. Selain itu faktor lain juga turut menyumbang kepada kejayaan
program antaranya sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, sumber kewangan
serta peralatan dan kemudahan yang mencukupi bagi sesi latihan yang dirancang.
Pertandingan dalam sukan merupakan satu medan yang baik dan berkesan untuk
mengenal pasti bakat, mengaplikasi taktik dan strategi permainan serta menilai prestasi
peserta dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Pengetahuan dan
kemahiran jurulatih dalam aspek penyediaan program latihan yang lengkap, sesuai dan
sistematik amat dititikberatkan bagi memastikan matlamat yang disasarkan dapat dicapai.
Di samping itu, kemahiran pengelolaan juga amat penting bagi membentuk serta
melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang berpengetahuan, versatile dan berkemahiran
dalam permainan spesifik.
Perancangan yang baik melalui kertas kerja yang lengkap serta mengandungi
butiran berkaitan sukan atau permainan yang dipilih akan memudahkan jurulatih di
sekolah mendapatkan sokongan terutama daripada pentadbir, masyarakat dan badanbadan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan latihan yang lebih berkesan terutama
berkaitan dengan soal kewangan dan kesediaan ibu-bapa melepaskan anak mereka untuk
menyertai latihan yang telah dirancang.

2.

KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT BOLA SEPAK

Tajuk

: LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA SEPAK SK PESERIAN

Pengenalan
Pasukan Bola Sepak SK Peserian mula ditubuhkan pada 15 Januari 1965. Bagi
tahun 2011, seramai 20 orang telah dipilih bagi menyertai latihan. Sehubungan itu, pihak
pengurusan pasukan telah merancang latihan pusat untuk meningkatkan keupayaan
pasukan sekolah dalam pertandingan yang bakal disertai kelak yang dijangkakan akan
dilaksanakan pada penghujung Disember 2011.
Rasional
Latihan Pusat yang dirancang akan menyediakan pasukan yang mantap melalui pemilihan
yang lebih sistemetik di samping berupaya memantapkan kemahiran sedia ada pemain
bola sepak sekolah. Semangat esprit de corp akan diserapkan dalam diri pemain di
mana kejayaan bukan hanya untuk individu tetapi pasukannya di samping dapat
menaikkan nama sekolah.
Matlamat
Matlamat latihan pusat ini ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain di
samping menerapkan teknik dan taktikal yang sesuai dalam permainan bola sepak. Selain
itu, peraturan dan undang-undang berkaitan juga dititikberatkan agar para pemain
memahami aspek pengadilan bola sepak seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri
serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pemain. Aktiviti yang diadakan dalam
latihan pusat ini diharapkan dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam
kalangan pemain. Pemukiman pemain dalam latihan pusat ini diharapkan membantu
pemain agar lebih kreatif dalam merencana strategi bagi memburu kemenangan dalam
setiap perlawanan yang telah diatur.

Objektif
1.

Memberi bimbingan dalam pengambilan makanan dan diet yang sesuai


dengan sukan bola sepak.

2.

Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang undang-undang dan


peraturan bola sepak secara khusus.

3.

Menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan pemain dan bermain untuk


menang.

4.

Meningkatkan kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran dalam


kalangan pemain mengikut fasa yang ditetapkan serta mengurangkan risiko
kecederaan dalam sukan.

5.

Menerapkan strategi dan taktikal yang berkesan dalam permainan berpasukan.

6.

Menajamkan kemahiran asas bola sepak secara individu dan berpasukan.

Maklumat Pelaksanaan
Tarikh

: 1 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011

Tempat

: Padang SMK Semerah, Batu Pahat.

Masa

: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Kitaran Latihan

: 12 minggu.

Kumpulan Sasaran

: Murid Tahun 3 Tahun 6 ( berumur 9 12 Tahun )


SK Peserian Murid yang telah dipilih menyertai
pasukan bola sepak sekolah.

Bilangan Peserta

: 20 orang.

Bilangan Hari Latihan


1. Fasa Persediaan

- Umum

- 4 minggu

- Khusus

- 4 minggu

2. Fasa Pertandingan - Pra

- 1 minggu

- Pertandingan - 1 minggu
3. Fasa Transisi

- Rehat Pasif - 1 minggu


- Rehat aktif

- 1 minggu

Peralatan
BIL

BUTIRAN

BILANGAN

Jersi Pasukan / Seluar Pendek

20 pasang

CATATAN
Disediakan oleh
Jawatankuasa
Latihan

Shin Guards

20 pasang

Kasut Bola / Stoking

20 pasang

Bola

30 biji

- sda Disediakan oleh


pemain sendiri.
Disediakan oleh
Jawatankuasa
Latihan

Mini Skitel

30 buah

- sda -

Jam Randik ( Stopwatch )

5 buah

- sda -

Video Bola Sepak

Sarung Tangan Penjaga Gol

3 pasang

- sda -

Fail Pengurusan

10 buah

- sda -

Mengikut
Kesesuaian Jurulatih

Jawatankuasa Latihan
5

- sda -

Penasihat

: Encik Khalidi Senan

GB SK Peserian

Penyelaras

: Encik Mohd Khalid Zaharin

GPK Kokurikulum

Pengerusi

: Encik Abd Ghafar Ahmad

Setiausaha

: Encik Nazri Ghani

Bendahari

: Puan Khalsom Ahmad

Jurulatih

: Encik Anuar Albar Bakri

Pen. Jurulatih

: Encik Alias Abd Kadir

AJK
1.

Peralatan / Persediaan Tempat

3.

a. Tn Hj Masri Buang

Dokumentasi
a. Encik faiz Abd Rahman

b. Encik Mohd Amri Siben


c. Encik Mesri Seral
2.

Makanan / Minuman

4.

Kecemasan / Fisioterapi

a. Encik Mohd Hadip

a. Encik Khalidi Atan

b. Pn Azizah Mahfood

b. Encik Nazri Ghani

Anggaran Perbelanjaan
BIL

BUTIRAN

Makan dan minum pemain

Kotak First Aid


Pengangkutan Perlawanan

PERBELANJAAN
RM 500.00
RM 200.00
RM 100.00

CATATAN
Fasa Persediaan
Fasa Pertandingan
2 unit

RM 200.00

persahabatan / pertandingan
4
Saguhati pemain / pegawai
BIL
BUTIRAN

RM 300.00
PERBELANJAAN

Bola

RM 300.00

Shin Guards

RM 100.00
6

CATATAN
Tambahan kepada
bola sedia ada
-sda-

7
8
9
10

Fail Pengurusan / Pelbagai


Yuran Pendaftaran pertandingan
Jurulatih Jemputan
Perbelanjaan Luar Jangka
JUMLAH

RM 50.00
RM 30.00
RM 150.00
RM 70.00
RM 2000.00

Sumber Kewangan
1. Peruntukan Kokurikulum.
2. Sumbangan PIBG.
3. Sumbangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Peserian.
4. Sumbangan ibu-bapa / penjaga.
5. Sumbangan individu.
Strategi
1. Pemilihan pemain melalui pertandingan antara kelas.
2. Memaklumkan program kepada ibu-bapa / penjaga.
3. Latihan mengikut Fasa.
4. Perlawanan persahabatan dengan sekolah yang berhampiran.
a. SK Seri Comel, Batu Pahat.
b. SK Seri Maimon, Batu Pahat.
c. SK Pekan Baru, Muar.
d. SK Orang Kaya Ali, Muar.
5. Menyertai pertandingan peringkat Zon Semerah.
6. Jemputan Jurulatih Luar ( Program JKID )

Senarai Pemain Terpilih Menjalani Latihan Pusat


Nama

Posisi Pemain

1. Muhd Nur Hakim Rusdan

Tengah

2. Muhd Aiman Naqib Mohd Rahim

Penjaga Gol

3. Mohd Hamizan Md Fauzan

Pertahanan

4. Mohd Fazlee Saadon

Sayap
7

5. Muhd Idham Nordin

Penyerang

6. Mohd Hilmi Aris

Penyerang

7. Nuqman Abd Halim

Penyerang

8. Mohd Syukri Wagiman

Tengah

9. Mohd Aminuddin Johari

Sayap

10. Ahmad Anwar Mujahid Jaafar

Pertahanan

11. Muhd Fikri Abu Bakar

Sayap

12. Muhd Haziq Zulkifly

Pertahanan

13. Muhd Izwan Azhar

Tengah

14. Muhd Taqiuddin Masri

Pertahanan

15. Muhd Amir Farhan Abd Ghafar

Penjaga Gol

16. Mohdi Khairul Nizam Abd Jalil

Penyerang

17. Muhd Rashidi Sulaiman

Sayap

18. Muhd Rashidi Suhaimi

Pertahanan

19. Muhd Aswad Mohd Samsudin

Tengah

20. Muhd Syihabudin Muhidir

Tengah

Disediakan Oleh :

Disahkan oleh :

.......................................

.......................................

( NAZRI BIN GHANI )


Setiausaha,
Program Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak,
SK Peserian, Batu Pahat.
3.

MENYEDIAKAN JADUAL LATIHAN


Jadual Latihan biasanya disediakan berpandukan keperluan tahap kecergasan

pemain, teknikal, taktikal dan psikologi peserta latihan. Sebelum sesuatu pertandingan,
beberapa fasa latihan disediakan bagi menentukan keperluan latihan yang perlu
ditekankan. Dalam fasa persediaan umum misalnya, tumpuan lebih diberikan kepada
8

pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutama dalam aspek daya tahan


kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas. Aktiviti ini meliputi 70% daripada
latihan yang dijalankan dan 30% lagi dikhususkan kepada pendedahan dan latihan teknik.
Jadual Latihan haruslah fleksibel mengikut tahap penerimaan murid. American
Coaching Effectiveness Programme (1996), menyarankan sekiranya jurulatih mendapati
pemain tersangkut pada sesuatu kemahiran, mereka seharusnya diberikan masa yang
lebih lama untuk menyesuaikan diri walaupun ini bermakna berlaku sedikit penundaan
dalam jadual latihan. Pemain yang tidak dapat menangani kemahiran asas akan pasti
tidak dapat melaksanakan kemahiran yang lebih sukar.
Jadual Latihan juga hendaklah mengambil kira aspek-aspek seperti prinsip-prinsip
latihan, jenis latihan yang sesuai dengan fasa, kaedah latihan, tempoh latihan Periodisasi,
Jangka masa latihan dan jumlah sesi latihan
Pada awal musim, pemain boleh dilatih dengan meningkatkan tahap kecergasan
dan kemahiran yang penting serta kurang sukar. Objektif program boleh ditetapkan tetapi
jurulatih boleh mempelbagaikan aktiviti bagi mencapai objektif tersebut. Susunan aktiviti
yang tidak terlalu padat haruslah dipertimbangkan bagi mengelakkan pemain atau pelatih
mengalami kelesuan melampau selepas sesuatu sesi latihan.
Selain itu, aspek keselamatan dan pemakanan pemain juga mesti diambil kira
dengan memberikan panduan yang berterusan kepada mereka. Aspek kebajikan pemain
perlu diambil berat bagi meningkatkan motivasi mereka dalam latihan dan pertandingan
yang disertai.

4.

JADUAL LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA SEPAK SK PESERIAN


Tarikh latihan pusat

1 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011

Tempoh

3 bulan

Masa

8.00 pagi hingga 6.00 petang

Bilangan peserta

20

Permainan

Bola Sepak
9

Strategi Latihan

5 hari latihan / minggu


2 hari cuti.

4.1

Fasa Persediaan

4.1.1

Persediaan Umum

MINGGU

MINGGU

AKTIVITI
- Pembahagian Jadual Latihan

CATATAN
Teknik Sepak Bola :

- Mengenal Sukan Bola Sepak.

- Sepak leret.

- Teknik Menyepak Bola.

- Sepak kuis depan.

- Pemakanan / Diet Pemain Bola Sepak.

- Sepak kuis luar kaki.

- Motivasi / team spirit.

- Sepakan tumit.

- Panduan Kecergasan Fizikal


- Undang-undang Bola Sepak

- sepakan tinggi dan volli.


Rujuk Modul latihan

- Warming up / Cooling Down

Sukan Untuk Guru

- Latihan menahan dan menghantar bola.

Penasihat Kelab Sukan

- Latihan Kecergasan

Sekolah Sukan Bola

- Permainan Kecil.
- Kecergasan Fizikal.

Sepak Sekolah Rendah.


Teknik Menyerkap Bola :

- Teknik sepakan asas / kawalan bola.

- sebelah dalam kaki.

- Teknik Menyerkap bola / hantaran leret.

- Bahagian atas kaki / peha.

- Latihan Menanduk bola.

- Bahagian tapak / hujung.

- Latihan kawalan bola ketika berlari.

- Bahagian perut / dada.

- Permainan Kecil
AKTIVITI
- Kecergasan Fizikal.

- menggunakan kepala.
CATATAN
Latihan Kecergasan :

- Latihan hantaran tepat.

- Latihan LSD.

- Latihan variasi sepak bola / hantaran jauh.

- Latihan fartlek.

- Latihan mengelecek / merebut bola.

- Latihan Litar.

- Latihan variasi menyerkap bola.

- Latihan Jeda.

- Latihan Khusus ikut posisi pemain.

*dijalankan mengikut

- Permainan kecil.

isipadu dan intensiti yang


berbeza
10

4.1.2 Persediaan Khusus


MINGGU

AKTIVITI
- Kecergasan Fizikal.

CATATAN
Latihan Intensif Penjaga

- Strategi 4-2-4 / 4-3-3.

Gol :

- Latihan mengelecek bola.

- Tangkapan bola leret.

- Latihan menyerkap / Menanduk bola.

- Bola paras dada.

- Latihan Menghantar / menerima bola.

- Menepis bola.

- Latihan Intensif penjaga gol.

- Menumbuk bola.

- Permainan Kecil.

- Lompat junam (diving).


- Tendang gol.
- Lemparan bola.

- Kecergasan Fizikal.

- Strategi 4-4-2 / 1-4-3-2.

Strategi Permainan :

- offside / Lontaran ke dalam.

Digunakan bagi menguji

- Latihan menghantar / menerima /

kesesuaian pemain dengan

mengelecek pemain lawan.

formasi dan posisi pemain

- Latihan Variasi Jaringan Gol / Penjaga Gol.

yang akan dipilih.

- Tendangan sudut.
MINGGU

AKTIVITI
- Latihan Kecergasan.

CATATAN
Psikologi Pemain :

- Strategi / taktikal.

- Memberi Penumpuan.

- Latihan Variasi Jaringan / tendangan

- Sikap Positif (perlawanan)

percuma.

- Sikap Positif (latihan)

- Counter Attack.

- Sentiasa bersedia / stabil.

- Motivasi / psikologi pemain.

- Berani mengambil risiko.

- Permainan simulasi.
- Latihan Kecergasan.

- keyakinan / kemahuan diri


Latihan Variasi Jaringan :

- Taktikal pasukan.

- Peluang jaringan.

- Kawalan bola dan permainan.

- Peratusan sudut jaringan.


11

- Latihan kemahiran mengawal lawan /


menutup ruang gol.

- Jaringan melalui sepak

- Latihan Variasi Jaringan / Tendangan penalti


/ Tendangan sudut.

Fasa Pertandingan.

4.2.1

Pra Pertandingan.

MINGGU

terus, penalti, tendangan


percuma, tendangan sudut,

- Penilaian pemain / pemilihan pemain utama.

4.2

- minit kekerapan jaringan.

AKTIVITI
- Kecergasan Fizikal.

tandukan bola, volli dll.

CATATAN

- Pemakanan / diet pemain.


- Video taktikal bola sepak / perlawanan
9

pilihan.
- Motivasi Bermain macam bintang.
- Perlawanan Persahabatan.
- Penilaian pemain.

4.2.1

Pertandingan.

MINGGU

AKTIVITI
- Kecergasan Fizikal.

CATATAN

- Pemakanan / diet pemain.


- Persediaan mental / taktikal / bermain secara
berpasukan.
10

- Video taktikal bola sepak / perlawanan


pilihan.
- Konsep Fair Play
- Perlawanan Peringkat Zon Semerah.
- Rawatan / pemulihan.
12

4.3

Fasa Transisi

MINGGU
AKTIVITI
11
-Cuti / Latihan individu.

CATATAN
Rehat Pasif

- Kecergasan Fizikal.
12

- Rekreasi / Regangan / kelenturan.

Rehat Aktif

- Undang-undang Bola sepak.


5.

PERINCIAN SESI LATIHAN

5.1

Persediaan Fizikal
Latihan kecergasan fizikal disediakan untuk murid-murid yang terlibat dalam

program bola sepak tersebut. Menurut Wee Eng Hoe ( 1994 ), sebelum sesuatu program
dirancang, komponen-komponen kecergasan perlu dikenali dan diketahui secara
mendalam. Oleh itu, latihan yang disediakan akan merangkumi kecergasan berasaskan
kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran.
Empat kaedah latihan disediakan dalam perancangan iaitu latihan jeda, latihan
LSD, latihan Fartlek dan latihan litar. Kaedah latihan tersebut dipilih kerana didapati
sesuai dalam meningkatkan tahap kecergasan para pemain bola sepak. Latihan LSD
melibatkan aktiviti larian sederhana laju yang menggunakan sistem tenaga aerobik di
mana tubuh menggunakan oksigen.
Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana ia
dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang
membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam
metabolisme asid lemak. Perubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardio
respiratori dan seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. Pemain tidak
dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapi
mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah ditetapkan.
Kadar denyutan nadi diambil sebelum, sepanjang dan selepas LSD bagi
menentukan pemain mencapai tahap prestasi yang diperlukan. Wee Eng Hoe (1997),
menyatakan bahawa untuk memastikan kita menjalani latihan mengikut intensiti yang
13

betul, kita perlu mengetahui kadar nadi sebelum, semasa dan selepas latihan. Kadar nadi
boleh dikira dengan manual melalui cara menggunakan 2 jari diletakkan di leher dan
mengiranya selama 1 minit. Justeru, pada kebiasaanya kadar rehat atau sebelum
memulakan latihan adalah diantara 60-80 denyutan seminit. Jadi, pemain akan berada
ditahap yang optimum warm up bila mencapai diantara 120-140 bpm (beat per minute).
Latihan Fartlek yang digunakan dalam jadual melibatkan aktiviti joging ringan (5
minit), Lari pecut (20 meter), joging perlahan (100 meter), jalan keliling (200 meter) dan
lari undur (20 meter ) bagi set 1 manakala bagi set 2 pula melibatkan aktiviti lari biasa 50
m, lari perlahan 5 minit, lari pecut 50 m dan berjalan 100 m. Selain meningkatkan
keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan
daya tahan otot.
Melalui kaedah latihan Litar, pemain disediakan latihan melibatkan aktiviti tekan
tubi (stesen 1), lari ulang alik (stesen 2), skipping (stesen 3), mengangkat kaki (stesen 4)
dan bangkit tubi. Kaedah latihan ini dapat meningkatkan motivasi kendiri, menambah
daya tahan dan kelenturan fizikal pemain. Latihan ini juga dapat membina dan
meningkatkan kecergasan aerobik.
Kaedah latihan keempat yang digunakan dalam jadual latihan ialah latihan jeda.
Latihan jeda mengandungi sesi senaman, kerja atau latihan yang diselang-selikan dengan
masa rehat. Menurut Mohd Ramli Nordin (1989), tujuan utama latihan jeda ialah untuk
menambahkan kecekapan sistem tenaga aerobik supaya menambahkan kebolehan
individu dalam prestasi yang lebih hebat.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam latihan jeda ialah lari naik dan turun tangga,
lari striding 50 m bagi sesi 1 serta lari pecut 50 m dan lari bergalop. Latihan ini juga
melibatkan penentuan masa larian, masa rehat serta nisbah kerja kepada jeda rehat.
Latihan jeda melibatkan intensiti tinggi dan kemungkinan untuk cedera juga adalah
tinggi. Ini kerana ia memberi tekanan ke atas otot-otot. Sebaik-baiknya kuantiti setiap
aktiviti dan jumlah ulangan perlu dikawal tanpa menjejaskan kualiti latihan serta dapat
mengekalkan masa rehat yang ditetapkan.
5.2

Fasa Utama ( Teknikal )

14

Beberapa latihan berkaitan kemahiran dan teknik bola sepak diajar dan
diaplikasikan dalam jadual latihan. Peraturan asas bola sepak diperkenalkan bagi
menambahkan dan memperkayakan input sedia ada tentang bola sepak dalam diri
pemain. Di akhir setiap sesi fasa utama, jurulatih boleh memberi peluang kepada pemain
mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari melalui permainan kecil bola sepak.
Antara kemahiran yang dicadangkan dalam jadual latihan ialah kemahiran
menyepak bola, menyerkap, menanduk bola dan beberapa jenis kemahiran hantaran bola
yang sesuai dijalankan dalam jangka masa latihan. Jenis kemahiran seharusnya tidak
terlalu padat hingga mendatangkan masalah kepada para pemain untuk mengingati
seterusnya menguasai kemahiran yang diajar dengan baik. Pemain tidak harus ditekan
untuk menguasai sesuatu kemahiran bagi mengelakkan mereka mengalami kelesuan dan
psikologi mereka terganggu dengan corak latihan yang terlalu keras dan melampau.

5.3

Fasa Taktikal
Melalui fasa ini para pemain didedahkan dengan strategi perlawanan sama ada

menggunakan format 4-3-3, 4-4-2 dan sebagainya. Pemain akan dinilai tahap keserasian
dalam pasukan dan posisi yang sesuai untuk setiap pemain. Persefahaman dan
komunikasi yang baik antara pemain juga ditekankan agar dapat mewujudkan semangat
berpasukan dengan lebih kukuh dan berkesan. Latihan-latihan jaringan juga dilakukan
bagi memberi pemain memilih cara dan peluang jaringan yang sesuai.
Dalam Fasa ini, Perlawanan persahabatan juga diadakan bagi menilai tahap
kemahiran individu dan berpasukan serta keberkesanan latihan kecergasan yang telah
dilaksanakan.
5.4

Fasa Psikologi.
Murid yang menyertai latihan pusat ini diberikan motivasi secara berkala bagi

meningkatkan keyakinan diri dan sentiasa bersikap positif sama ada semasa sesi latihan
15

dan perlawanan yang disertai. Tayangan video perlawanan pilihan yang melibatkan
bintang-bintang bola sepak juga membantu meningkatkan keazaman dan semangat
pemain agar cuba bermain mengikut pasukan pilihan dan idola mereka. Sikap sentiasa
bersedia dan berani mengambil risiko demi kemenangan pasukan juga diterapkan melalui
sesi motivasi yang dijalankan.
6.

RUMUSAN
Perancangan yang sistematik dan memenuhi keperluan pemain dalam sesuatu

jenis sukan hendaklah diteliti dan diperhalusi agar segala yang dirancang dapat mencapai
objektif iaitu mempertingkatkan tahap kecergasan pemain, mempertingkatkan kemahiran
teknikal dan taktikal serta menguatkan lagi tahap psikologi dan fizikal pemain seterusnya
mencapai kemenangan berpasukan dalam pertandingan yang disertai.
Dengan merancang program latihan secara sistematik, jurulatih dan pemain akan
dapat menilai sejauh mana pontensi, mutu pencapaian dan kemajuan pemain tersebut. Di
samping itu jurulatih mahupun guru-guru akan mendapat panduan tentang kemahiran
bola sepak yang masih belum dikuasai oleh pemain.
Mengikut Abdullah Ali ( 1989 ), seorang pemain bola sepak perlu belajar selok
belok permainan. Seorang pemain perlu cekal menerima tunjuk ajar daripada
jurulatihnya. Oleh itu, sebagai seorang jurulatih yang dipertanggungjawabkan, kita
hendaklah meningkatkan pencapaian para pemain dalam setiap aspek dan perlu lebih
cekap berkomunikasi supaya pemain dapat menerima apa yang diajar dengan mudah dan
berkesan.

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Ab. Alim Abdul Rahim (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.

16

Abdullah Ali ( 1989 ). Bola Sepak. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
American Coaching Effectiveness Programme ( 1996 ). Rookie Coaches Soccer Guide /
Bola Sepak : Panduan Jurulatih Baru. Shah Alam : Federal Publications Sdn.
Bhd.
Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Kursus Kejurulatihan Tunas
Bola Sepak MSSM 1999 Zon Tengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Modul Latihan Sukan Untuk
Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hasbullah Ismail, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Borhan Yusof (2011). HBPE3103
Kegiatan Profesional (Permainan). Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Mohd Ramli Nordin ( 1989 ). Pendidikan Jasmani Untuk Kecergasan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Harun, Dr Norlena Salamuddin ( 2010 ). HBPE1203 Kecergasan Fizikal.
Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Stacey Chapman, Edward Derse, Jacqueline Hansen (2008). Soccer Coaching Manual.
Los Angeles : LA84 Foundation.
Wee Eng Hoe ( 1997 ). Kecergasan Satu Panduan Hidup Sihat. Shah Alam : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe ( 1994 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

17

Wee Eng Hoe, Teng Boon Tong ( 1998 ). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia ; Dewan Bahasa dan Pustaka ;
Media Network Sdn. Bhd.

18

Anda mungkin juga menyukai