Anda di halaman 1dari 4

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia

melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahirankemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan
keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap
aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani
memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman
pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,
neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktivitiaktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal
dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta
tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program
pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalamanpengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan,


pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh
di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet,
kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan
pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan
sukan ialah:
a. Merancang
b. Menyediakan bajet

c. Mengawal
d. Mengarah
e. Mengelola
f. Menyediakan jadual pertandingan
g. Membuat keputusan
h. Menilai Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan
pendidikan jasmani dan sukan.
Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:
a. Persediaan profesional
b. Sikap profesional
c. Perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan
pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan
pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.
See

more

at:

http://www.zairedin.com/2010/09/konsep-dan-definisi-

pengurusan.html#sthash.tNrSl9nK.dpuf

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Pengenalan : Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani


Pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi
aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan
fizikal yang berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan
lazimnya diajar dan dilatih. Ada pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi
aktiviti-aktiviti tersebut yang bukan berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat
komuniti, persatuan belia dan sebagainya. Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti
tertentu yang direka untuk pembelajaran.

Namun

secara

menyeluruh

Pendidikan

Jasmani

adalah

proses

pendidikan

yang

memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk


mengembangkan dan meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual,
kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya
pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan.
Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan, kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara
kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan tingkah laku
moral melalui aktiviti jasmani.

Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk


mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut
seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan
dan pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah
aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada
pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada
kegiatan di padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan
melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam
bidang Pendidikan Jasmani.

Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan
sebarang penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak
yang suka dengan keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh
Bunker and Thorpe (1982) meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar
yang mana taktik, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut
dikembangkan dalam masa yang sama. Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan
antaranya ialah Game Sense (den Duyn, 1997), Games for Understanding (Bunker &
Thorpe, 1982), Play Practice (Launder, 2001) dan Games Concept Approach (Wright, Fry,
McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003).

Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk kanakkanak yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan
aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif

Anda mungkin juga menyukai