Anda di halaman 1dari 2

Agama

Sep 25, 2011


admin
No Comments

Empat Golongan Yang Ditarik Oleh


Perempuan Ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya
ke dalam neraka. Nauzubillah.
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di
dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup
kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abangabangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya
dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam,
maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan
ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan mereka yang sebenar.
Firman ALLAH S.W.T.:HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI
API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATUBATU..
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki
anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan
bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh
mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim
dengan SYURGA, semua kaum muslim masuk syurga dan janganlah kita membuang atau
tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM AHLI SYURGA.
homefamilysite http://homefamilysite.com/blog/empat-golongan-yang-ditarik-olehperempuan-ke-neraka/#ixzz1exg9K7fw

Anda mungkin juga menyukai